Skip to main content

Hanya meluah yg merapu

Assalammualaikum

Dunia makin kejam pada isinya , kekejaman itu berpunca dari penghuni dunia itu sendiri . Bila jiwa tamak , nafsu meluap luap , sejenis mahluk dipanggil manusia mula takbur dengan dirinya , dengan harta bendanya , dengan pangkat dan kuasa yg ada padanya . Semua aksinya umpama dunia ini dia yg cipta , tanpa menghiraukan apa kehendak segelintir manusia yg berada disekeliling .

Paling tertekan ialah manusia yg digelar orang bawahan . Tak kira berapa dia jauh kebawah , dia tetap ditindas . Lebih lebih komuniti yg kurang ilmu dan harta , makanya merekalah sasaran peluru si penindas.

Belas simpati ,rasa kasihan , timbang rasa bukan lagi pegangan dijiwa dan minda . Meraung kuat mana pun , golongan kau masih kekal ditindas . Ucapanmu ,rintahanmu dihempas , hanya taburan kecaian harapan yg mampu kau lihat akhirnya .

Sedang hakikatnya ,kau, dia ,mereka  sama saja darahnya dengan penindas hidup itu . Merah menyala warnanya  , hangat dan airmata kalian masih kekal jernih .


 Apa bezanya antara kalian ?????


Jelas sekali bezanya, mereka lebih tamak berbanding kalian yg hanya perlu menurut perintah dan arahan , ingat tu !! Darahmu makin kering dihisap , pandanglah wajah anak anak didepan matamu , dan katakanlah ...

" bagaimana nasib mu dimasa akan datang ... :'( "

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha