Skip to main content

Aida Join Group Yasin




Assalammualaikum

Salam hari khamis buat semua pembaca .

"Sekejap je sudah khamis .. " kata anak bongsu maq yg kini berada di tingkatan 1 di SDBL ,Batu Pahat.

Maq  tanya dia semula .

" kalau sekejap je sudah hari khamis , kenapa pulak ? Takkan Aida nak hari Rabu jadi  2 hari "

Hehehehehe ...aida hanya gelak


" bukanlah ,malam nanti malam jumaat dan tiap malam jumaat kan aida kena pergi kerumah ustazah untuk belajar yasin . "


oh .. elok la tu.bukan buat apa pun kat sana. Cuma duduk lepas tu buka kitab yasin,baca. Dapat pahala, dapat ilmu , dapat jumpa kawan kawan , dapat makan ustazah belanja . Kan? Kalau 2 jam kat rumah ni , apa je yg aida dapat ?? Pegang handset , online , chatting , komen moment kawan lepastu bila ter silap komen , jadi gaduh ! Betul tak?



Aida cuma senyum bila emak dia sudah mula bermukadimah untuk  meneruskan membebel .



Hah ! Lagi satu ni maq nak pesan kat aida , rajin rajin pergi mengaji al -Quran tu.Bila nak khatam ni?kakak kakak dulu tingkatan satu dah khatam dah al Quran , aida nak khatam ditingkatan berapa pulak? 5?  Kawan lain semua dah khatam al-Quran tapi aida asik ponteng kelas je ,macamana ni ??



Jawab aida bernada perlahan ...


" tapi kan ..aida dah boleh baca al Quran dengan bertajwid yg betul la maq , masa sekolah agama pun subjek tajwid aida lulus dengan baik tau mak  ..." 


La budak ni lain pulak jawapan dia, tapi dalam hati maq sempat berbisik ...

" Alhamdulillah "


Kalau berselfie , memang rajin
= emak dia hehehe



Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha