Skip to main content

Maqnie 2025

 

Bismillah,

Alhamdulillah.

Apa pun yang bakal terjadi pada Maqnie dimasa akan datang itu bukan hak Maq nak fikirkannya sampai pening kepala.Sebab semua itu menjadi rahsia Allah.


Sebagai manusia biasa, usaha untuk masa akan datang tu  masih perlu maq lakukan.Mungkin usaha kita tak sama dengan usaha adik beradik kita, usaha anak anak kita atau mungkin jauh berbeza dengan usaha jiran tetangga kita. Jangan samakan level rezeki kita dengan rezeki  oranglain. Inilah pegangan hidup maq sejak dulu  sampai sekarang.


Untuk tahun 2025,usaha maq inshaallah sama je macam 2024. Lebih kepada nak fokus diri sendiri berbanding oranglain. Selfish? takda la.Maq just fikir nanti dah mati ,maq tinggal  sorang sorang je dalam liang lahat takda pun bawa pengiring macam orang pergi haji tu.


Sebab tu maq tidak terlalu berharaf pada pandangan manusia.Bagi maq ,buat baik sebanyak apa  sekalipun , buruk kita juga diceritakan orang.Kisah tak baik kita juga dicari orang.


Akhirnya maq pilih untuk hentikan semua tu dengan urus diri sendiri ,berdiam diri dan inshaallah lama kelamaan keadaan akan jadi lebih tenang dan baik baik saja.


Dah berusia macam ni,dah penat nak mikir banyak pasal dunia dan isinya.

Berat mata memandang,berat lagi berat badan maq hahaha

So apa yang diharapkan oleh jiwa seorang orang  tua ini?


Dia sekadar mahukan dirinya dan semua ahli keluarganya termasuk suaminya,
anak anaknya,
menantu menantunya,
cucu cucunya dan semua yang berkaitan dengannya sentiasa sihat walafiat dan dijauhkan dari orang orang syirik dan orang orang munafik.

Dijauhkan dari musuh musuh islam dan dijauhkan dari hal hal yang sia sia.

Berjaya dalam kehidupan didunia hingga ke akhirat.


Dalam umur macam maq sekarang ni,
berusaha untuk hidup itu tetap diteruskan namun ianya kena mengikut kemampuan dan keupayaan diri.Jangan paksa diri nak buat kerja macam orang orang muda.Nanti orang muda tak boleh nak cari makan pulak haha.


 Sakit itu hadiah.
Usaha nak sembuh itu ibadah.


Dunia adalah untuk dunia ,jangan lebihkan tuntutan dunia sampai akhirat terabai.


Diumur begini, kelompok masyarakat terpaksa dikecilkan bukan bermaksud tak mahu bercampur dengan orang ramai tapi sekadar berpada pada demi mengelakkan fitnah.



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ *

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha