Skip to main content

Fail Faraidh Peribadi

 

Bismillah,

Pernah tak korang terfikir nak buat fail faraidh peribadi macamni?

Ini hanya sebagai hiasan

Cuba korang tengok contoh yang diberi dibawah ini.Manalah tahu kot korang nak senaraikan harta dan hasil yang sudah diusahakan selama puluhan tahun tu.

Atleast dapat juga memudahkan pihak waris bila terjadinya satu satu perkara dikemudian hari nanti.Ini hanyalah antara contoh dan idea untuk menyediakan Fail Faraidh Peribadi.

----------------------------------------

FAIL FARAIDH PERIBADI( ASAS )


1) Jenis fail ( plastik seperti album )

2) ▶️Dokumen asal + fotostate 

     ▶️Dokumen fotostate sahaja


❇️DOKUMEN APA YANG DIPERLUKAN❇️


1) MAKLUMAT ASAS PERIBADI

    a) Nama

    b) IC

    c) Alamat

    d) No Telefon

    e) Waris


2) SIJIL KEMATIAN (kosongkan)


3) SENARAI HARTA

❗️Tidak termasuk duit tunai ❗️


📚HARTA ALIH📚

1) Bank statement ( No akaun + Nama )

2) Tabung Haji

3) KWSP

4) Socso

5) Barang Kemas

6) Kereta ( Geran )

7) Polisi Insuran

8) Saham contoh ( Bank Rakyat )

9) Kripto

10) Asb

11) Fix deposit

12) Sijil Simpanan Premium (SSP)

13) Public Gold


📕HARTA TIDAK ALIH📕

1) Rumah

2) Tanah

3) Bangunan

4) Geran Tanah @ Rumah

5) Perjanjian Jual Beli SNP


4) PENGURUSAN JENAZAH

1) Khairat Kematian


✅SENARAI TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN✅

‼️Ini bukan Pusaka sebab dapat selepas kematian‼️


1) ASB

2) Tabung Haji

3) Kwsp

4) Bank Rakyat

5) Bsn

6) Pesara Kerajaan 


5) SENARAIKAN HUTANG

 

1) Hutang dengan Allah

⏭️Haji

⏭️Fidyah

⏭️Zakat

⏭️Puasa

⏭️Nazar ( yang berkaitan dengan ibadah )


2) Hutang dengan manusia

⏭️Kereta

⏭️Undi ( jika belum habis bayar )

⏭️Telefon ( seperti line tele yang ada contract )


6) WASIAT / HIBAH


7) SENARAI AHLI WARIS

1) Nama suami @ isteri

2) Nama ibu/bapa jika masih hidup

3) Nama anak2 lelaki/perempuan


8)PENGIRAAN FARAIDH & DRAF SIJIL FARAIDH

Waris :

1. Isteri

2. Anak Lelaki 

3. Anak Perempuan 

4. Ibu

----------------------------------------

Sumber : 

Ustaz Hamka Idris

SU Kerja Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia,Pasir Gudang, Johor


****Ini bukan hasil kerja maq tau, maq hanya berkongsi,semoga ia dapat memberi manfaat. Inshaallah.

Terima kasih Ustaz Hamka Idris.

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha