Assalamualaikum.
Semalam 1/2/2022 - Maq dan adik adik serta ibubapa kami berkesempatan berkumpul dirumah kami di Koris ,Batu Pahat.Anak anak ,menantu dan cucu cucu maq pun semua ada.Alhamdulillah...
Masa ni baru sampai & tunggu yang lain tiba.Ainul Mardhiah & Usu
Angah & Suami
Sejak rakyat wajib menurut perintah kawal pegerakan angkara Wabak Covid19 ,Kami tak dapat nak kumpul macam ni.
Hampir 2 tahun situasi sorang datang ,sorang balik sorang datang sorang balik berlansung. Semua sebab nak ikut undang undang yang diarahkan supaya takda aktiviti berkumpul beramai ramai.
Maksima 20 orang dalam satu masa. Eh..betul ke tak ek 20 orang tu ,hahha maq dah lupa lah..
Ibulah orang yang paling seronok.Waktu maq sampai , beliau dah siapkan juadah " hari raya " awal awal lagi ! Kata ibu "jamuan raya" untuk anak cucu, sesekali berkumpul. Beliau masak sendiri je tau!
Allahhuakhbar .. moga bertambah lagi rezeki ibu dunia akhirat.Diberi kesihatan rezeki sihat yang berterusan.
Maq harapkan semoga maq dan semua ahli keluarga dan pembaca blog ini juga diberi sebaik baik pelindungan Allah swt :
*dijauhkan dari wabak
*dijauhkan dari fitnah manusia & fitnah dajjal
*diselamatkan dari azab api neraka
*dimasukan kedalam syurga tanpa hisab.