Skip to main content

Nombor rahsia dibelakang bekas plastik

 Assalamualaikum.

Terjumpa satu post dalam facebook berkenaan nombor nombor yang selalu kita nampak dibelakang ( bawah )bekas plastik. Terutama produk plastik dari Eco shop.

Antara produk plastik yang selalu kita jumpa.
Jom cari maklumat pasal nombor nombor yang tertera pada produk plastik tu.


Nah,pilihan ada dipihak anda. Bukan tak boleh guna plastik ni,tapi ikutlah seperti yang telah dilevelkan mengikut piawai produk tersebut.



Bila dah tahu,maq mulalah belek plastik yang ada kat depan mata maq saat ni.

nombor 5 untuk bekas simpan ubat maq. Okey 'pilihan selamat ' katanya.
nombor 5 jugak untuk bekas simpan kuih bahulu tu. Alhamdulillah selamat jugak. Yang tak selamat kuih bahulu cermai tulah. Siang sikit habis licin lah tu heheee

Maksud untuk nombor 3 dan 6  tu ialah kalau boleh jangan dibuat isi makanan. Kalau dah ada pun ,jangan pulak dibuang. Tapi gunakan untuk isi barang barang lain yang bukan jenis makanan.  Kenapa tak boleh?


pakar plastik beritahu ,ia boleh merembeskan stirena yang bertoksid kepada otak dan sistem saraf,serta meningkatkan risiko barah. waallahhu a'lam..

Semoga dengan perkongsian maq kali ini, tiada lagi rahsia pada nombor nombor pada barangan plastik dirumah kita. Sekian,wassalam .

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha