Skip to main content

PKPP - sekolah buka

Assalamualaikum. 

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Percubaan ( PKPP )  ,kita dikhabarkan bahawa sesi persekolahan bakal dimulakan pada 24 Jun 2020. Tapi.. 

Sesi ini hanya dibuka untuk anak anak yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini sahaja! 

Alhamdulillah.. 

Pelan pelan kerajaan  usahakan untuk rakyat kembali pada keadaan seperti sebelum sebelum ini. 

Cuma, ibubapa kenalah pastikan anak anak mereka betul betul sihat untuk pergi ke sekolah nanti. SOP ketat tetap dijalankan supaya pelajar dijauhkan dari ancaman wabak Covid19. 

Suka maq tengok rakaman kat tv dimana  'orang orang kuat ' KKM, KPM, MKN dan mereka yang berkaitan turun padang, masuk ke bilik darjah ,makmal untuk buat kajian dan sebagai  persediaan awal sesi persekolahan nanti. 

Syabas! 

Kepada anak anak kecil - murid dari tadika ,sekolah  rendah darjah 1-6 dan menengah  dari tingkatan 1-4 ,awak semua rehatlah dulu. Duduk rumah elok elok. Insyaallah, lepas abang abang dan kakak  kakak ni habis exam dan keadaan terkawal, awak pulak masuk sekolah. Sama sama kita doa yang baik untuk semua*

Setiap masalah yang datang, pasti ada indahnya nanti. Insyaallah ❤



Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha