Skip to main content

Raya PKPB covid19


Assalamualaikum.

 Raya kita jaga kita ❤

Sejujurnya 2020 ni kami memang tak sambut Raya. 360` berbeza!  Apa yang diraikan pada 1 shawal semalam semata mata untuk meraikan anak anak dan cucu yang ada dirumah, tu je.


Plan duduk dirumah atas arahan kerajaan Malaysia kami turutkan 100%. Kami taknak tanggung risiko. Ye beraya cuma sehari dan ianya hanya dirumah sendiri!


Pertamakali berhari raya tanpa menyembah salam kat ayah ibu serta adik adik dan ahli keluarga lain. Hanya bermaaf maafan dengan ahli keluarga  yang duduk serumah. Pedihnya kat hati tu Allah je yang tahu.

Hasil usaha kat dapur dengan anak anak


Masak pun apa yang ada je sebab itu memang syarat yang ditetapkan oleh encik suami sebagai ketua keluarga. Masak sendiri, siap siap, kemudian makan sendiri. Tiada aktiviti ziarah menziarahi dihari raya itu satu ujian yang mengharukan,namun kami redha.



Kepada emak abah, kami sayang emak abah serta semua yang lain. Kami nak kalian senantiasa sihat disepanjang menjalani kehidupan seharian bukan je pada hari raya tapi setiap hari selepas hariraya jugak. 


Bukan bermakna tak sayang ,bukan bermakna tak rindu. Tapi kami akur bahawa raya pada tahun 2020 ni kita kena jaga kita biarpun dari jarak jauh.

Raya 2019

Raya 2020

Sebelum ni pun kita dah raikan hariraya disetiap tahun dan tak salah rasanya jika cuma setahun je,  iaitu pada tahunni kita abaikan raya asbab perintah kerajaan. Kalau kita ada perasaan kemanusiaan  kat frontliner, kita sanggup untuk korbankan keceriaan hariraya keluarga kita kali ini.




Tapi tulah, masing masing punya pendapat masing masing. Keluarlah 1juta arahan apa pun dari kerajaan,kalau jenis degil, manusia tetap akan bangkang. Alasan mereka nanti orangtua mereka sedih sebab hari raya anak anak tak balik.


Padahal bukan ibubapa kita sorang je anak anaknya tak balik beraya, tapi hampir semua orangtua diMalaysia ni alami situasi tu!  Apa pun kluster aidil fitri bukan nampak harini, tunggulah 14 hari nanti. Masatu menangis airmata darah sekali pun dah tak guna dah. Nauzubillahiminzaliq.

Moga  kita dan ahli keluarga kita dihindari dari semua gejala yang menular .


Kami tak minta semua ni ya Allah tapi kami terima pemberianMu ini dengan redha kerana hanya Kamu yang tahu apa yang kami semua perlukan.Alhamdulillah.

Kata ucapan kata maaf pun telah dihantar. Yang iklas telah membalas, yang ego  tebal dan masih anggap dia manusia yang lebih  hebat hanya membalas dengan bluetick. Alhamdulillah, Allah dah beritahu siapa kita dihati mereka. Apa pun maq masih kekal dengan pesanan dibawah ini.



Terima kasih Allah untuk sekali lagi. Alhamdulillah ❤

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha