Skip to main content

Allah Lebih Sayangkan Angah



Assalamualaikum.

13 Oktober 2019 - sekali lagi keluarga Ninda Hajah Fatimah dikejutkan dengan satu kehilangan insan tersayang.

Sepupu perempuan maq belah ibu telah pergi mengadap Penciptanya untuk selama lamanya.

AlFatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Dalam usia 40 tahun , Angah Linda telah meninggalkan kami termasuklah suami ,dua orang cahaya mata berusia 18 dan 15 tahun.

Arwah Angah Linda sekeluarga


Angah Linda - seorang wanita hebat. Biarpun  seorang  pesakit darah tinggi dan kencing manis ,angah tak pernah putus asa dalam hidup.


Cara angah berusaha nak majukan diri sangat sangat maq kagumi. Angah suka bantu orang. Terutama kawan kawan yang dalam kesusahan. Tetapi siapa kita nak melawan takdir Allah ?

😭

Angah telah mengalami kenaikan tekanan darah yang mendadak sehingga menyebabkan pembuluh darahnya pecah.


Setelah koma selama 2 hari , doktor gagal membantu angah setelah berusaha sedaya upaya.


Akhirnya petang Ahad ( 13 -10 -  2019 ) lebih kurang pukul 3 petang , angah telah pergi dengan tenang.


Segala urusan sangat dipermudahkan sehinggalah  dihari perkebumian arwah. Alhamdulillah.Orang baik memang Allah sayang.


Angah , selamat tinggal. Kini semua kenangan bersama kita hanya menjadi satu cerita indah. Keletah angah , tak akan kak long lupa sampai bila bila.


Angah seorang adik sepupu yang sangat perihatin ,kuat dan tabah dalam keluarga.


Pengganti Ayah dan Emak bagi ahli keluarga Pak Long dan Mak Long. Kesayangan semua orang. 


Bila ada majlis , angah lah orang harapan keluarga sebab angah serba boleh dan kuat mengarah kepada adik adik lain buat itu dan ini.  


Sehingga adik adiknya menganggap angahlah emak kepada mereka .

Semoga roh angah tenang disana.

Allah, Kau balas lah syurga bagi semua kebaikan arwah Angah Linda semasa hayatnya. Aamiin..❤

Al Fatihah.

Nota Maq : Angah Linda dah selamat selesaikan  semua urusannya didunia.

Bagaimana dengan kita? Peluang yang Allah bagi harini, eloklah kita perbaiki mana mana kesilapan diri.

Kalau dah baik ,kita tambah baikan lagi, kalau masih pincang ,kita usaha luruskan.

Mudah mudahan Allah terima semua amalan kita nanti ,insyaallah ,Aamiin..❤


Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha