Skip to main content

Kelebihan hari Jumaat



Assalamualaikum.

Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya.


Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin.


Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja. 


Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada Disini ❤ , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah.


Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini.


Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 kali untuk hapuskan dosa selama 80 tahun. Dah tu apa nak tunggu lagi ? Jom lah kita selawat ..


Harini ,pada pagi Jumaat ini , seorang Ustazah mengirimkan secebis pesanan kepada sahabat hatinya  termasuklah kepada diri maq. Pesan beliau :



" Sedar tak kita ni selalu sangat mempersendakan tentang *malam jumaat* ... yang selalu membayangkan malam intim suami isteri, kononnya  permintaan kaum ibu dan banyak lagi istilah² yg berkaitan malam Jumaat.. sang suami senyum memanjang seolah2 faham akan maksud istilah malam jumaat diperkatakn.

TAPI Tahu kah kita yang mana Nabi Muhammad S.A.W. menangis pada setiap  malam Jumaat,  gementar pada setiap malam Jumaat.Dan memperbanyakkan  amalan di  sepanjang malam jumaat ??


Itu adalah disebabkan Baginda resah dan takut akan kedatangan Hari Kiamat.Hari Kiamat itu pasti terjadi.Dan terjadinya kiamat itu adalah Hari Jumaat iaitu  selepas hari Khamis yang kita sebut²  malam Jumaat.

Maka kurangkan lah mempersendakan tapi tingkatkan lah amalan kita skurang² memperbanyakkan "Istifar" 


Lantas ternyata antara yang perlu diingatkan ,pada setiap tibanya hari Jumaat , pertingkatkan lah lagi amalan. Tak perlu rushing nak kaut semua tapi latih diri buat satu persatu sehingga semua aktiviti  itu jadi  amalan rutin kita disetiap malam dan pada hari Jumaat. Manalah tahu kan kot kot , pada hari Jumaat yang kita pulun buat amalan tu merupakan hari Jumaat terakhir bagi kita.


Sebenarnya banyak lagi amalan yang bagus dilakukan disetiap Jumaat ni , tapi maq ambil sikit je buat perkongsian bersama. Apa yang maq harap , apa yang maq kongsi dalam blog peribadi maq ini dapat beri sedikit sebanyak manfaat  buat kita bersama. Inshaallah ,aamiin..


Gambar : kenangan dihari Jumaat .
Model : ibu maq ♥️
Album :  Umrah 2019
Lokasi : dipersisiran kawasan pemakaman  Baqi ,Masjid Nabawi ,Madinah. 

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha