Skip to main content

Pemeriksaan darah gagal !


Assalamualaikum.

Pada 4 Jun 2019 lalu , result pemeriksaan darah maq telah gagal. Ini berlaku bila maq dengan jujurnya telah menjelaskan pada doktor tentang kesilapan yang maq dah buat pada pemeriksaan sebelumnya . Tapi apa silap maq? Lihat bawah ni perbualan  antara maq dengan cik misi dan bekas pembantu misi di hospital Pantai ,🙊





Sebab utama maq ke Klinik Kesihatan dulu tu ialah untuk masalah period maq yang dah mula meragam tapi nampaknya dah melarat larat pulak.

Apa pun maq rasa bersyukur,mungkin secara tak sengaja ,maq akan tahu bagaimana kondisi kesihatan  tubuh badan maq yang  sekarang ni. Dan lepasni maq akan sentiasa ambil berat tentang pemakanan yang sesuai diambil dikala usia kian hampir diambang senja ni ,

*hukhuk ( terus terbatuk batuk ) 😂

Alhamdulillah ,Result terkini tekanan darah dah kembali normal, 144/88 - cuma kolestrol jelah yang terganggu resultnya sebab maq ada makan sekeping roti masa nak buat rawatan tempohari.  Maq pun dah lupa tata tertib bagaimana persediaan nak check darah..maklom dah 17 tahun dah maq  simpan " kad warna pink "  tu..hehehe

Nota maq : jika nak check darah pada esok hari,kita kena berpuasa pada malam sebelum. Bermula pukul 12.00pagi sehingga keesokan hari ( waktu nak ambil darah ) dimakmal . Kalau tidak nanti keputusan darah akan dikira gagal. Macam maq..* 


Okey kita tunggu result darah seterusnya. 23hb Jun nanti darah maq akan disedut satu tabunguji lagi..dan resultnya pula akan keluar 2minggu selepas itu ( 9hb Julai 2019) ..*takbir* 😭..

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha