Skip to main content

Rambut Gugur Ketika Ihram?



Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum.

Ketika berada dalam keadaan berihram , ada pantang larang yang  mana para jemaah perlu ingat. Kalau melanggar larangan ini ,jemaah akan dikenakan denda. 

Larangan larangan tersebut adalah ,


*memakai pakaian yang bercantum ( berjahit ) bagi lelaki

*memakai capal / kasut yang menutup jari jari kaki bagi lelaki

*menutup kepala dengan serban ,songkok ,kopiah atau apa pun bagi lelaki

*memakai wangian bagi lelaki dan perempuan

*memotong ,mencabut atau mencukur  rambut  yang ada pada tubuh termasuk kuku

*membunuh haiwan

*nikah atau menikahkan

*mencaci ,mencerca ,berkata kata dengan perkataan yang kotor atau bertengkar

*bersetubuh / bercumbu cumbuan

*merosakkan tumbuhan yang hidup diseluruh kawasan Tanah Haram


Soalannya : Apakah kena dam kalau rambut saya gugur ketika saya dalam ihram ? Sebab rambut saya memang mudah gugur.



Ok baik,kita ulang semula kenyataan ini.

Dalam ihram perbuatan yang dilarang,

- menggunting rambut
- mencabut rambut
- mencukur rambut

Atau dengan kata lain kita yang buat dengan sengaja untuk rambut itu jatuh atau gugur.


Maka untuk jenis rambut yang senang jatuh atau gugur itu ianya tidak menjadi masalah sebab ia gugur dengan sendiri iaitu kejadian yang tidak disengajakan.

Makanya masalah seperti ini tidak dikenakan dam.




waallahua'lam..

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha