Skip to main content

Pesanan Sebelum Masuk Tidur

Assalamualaikum.
Minggu ini agak sibok dengan tanggungjawab yang ada didepan mata. Sampai tak sempat nak menaip diblog . Kelakarnya masa tengah sibuk tu lah idea datang bertubi tubi. Tapi bila dah tenang macam malam ni , satu idea pun tak masuk. Sedangkan jari dah gelisah nak tekan keypad fon. Allah huakhbar , faktor usia kah ini?😂

Sebelum masuk tidur , maq nak share sedikit nasihat. Benda ni adalah amalan maq sejak kebelakangan ini. Hasilnya alhamdulillah , jiwa jadi makin tenang dan aura positif tu sentiasa jadi kawan .

-Anggap diri sendiri sebagai pesalah yang wajib minta maaf kepada semua. Jangan malu minta maaf.

-Hormat orang yang ada bercerita buruk tentang diri kita. Mereka tu golongan yang perihatin dan kita hendaklah sentiasa bersyukur bila jumpa orang seperti ini kerana mereka jujur nak cakap buruk kita. Kadang kawan baik pun cakap yang baik jek pasal kita sampai kita tak tahu nak bezakan tu puji ke keji.

- Paling mudah ! Maafkan semua orang sebab itu hak kita yang tak perlukan modal, cuma berserta secebis hati yang ikhlas.  Tapi janganlah terlalu mengharap kemaafan dari oranglain pulak sebab itu  hak dia.

Ok, selamat malam..itu jek maq nak kongsi ketika minda maq tengah takda idea ni heeee..semuga beri manfaat.

Katanya kalau kita stress teruk, gambar atas ni akan bergerak laju. Cuba tengok situasi anda sekarang. Ok, selamat mencuba !





Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha