Skip to main content

Walker buat Ainul Mardhiah



Assalamualaikum.

Bila ainul dah mula tak reti diam. Dah aktif niarap ,buat pusingan 180darjah , rajin nangis bila dah letih, suka didukung ,diletak kat tilam menangis , berat pun dah lebih 9kilogram, tok mak dah kena buat sesuatu. Ikut idea encik suami:

 " belikan ainul walker " .

Sebenarnya maq tak berapa gemar guna baby walker ni sebab dalam memudahkan kadang ianya ada kesan sampingan kalau kita lalai. Okeylah , lebih baik bersangka baik. Demi keselesaan ,kami pun belikan ainul baby walker.

Sah dah jadi hak milik Ainul Mardhiah

Sebetulnya dengan berat badan ainul tu , kami masih lagi was was nak masukan ainul dalam tu. Ya Allah , Kau berilah sebaik baik pelindungan kepada cucu kami ini. Pertama kali masukan , riak wajah ainul memang nampak "speechless" 😅. Entah apa dia nak kata pun dia tak tahu ( kot lah kan, padahal budak tu memang belum reti bercakap )



Bila ainul aktif , tok mak akan pesan ,

"ainul ,jangan lompat lompat , tok mak ngeriiii "

Agak agak ainul kesah ke dengan ayat tok mak dia tu? Langsung tak peduli. Adeh 😅 .

Walaupun walker ni membantu maq dalam proses menjaga ainul , tapi maq tak letakkan ainul lama dalam tu. Letak bila urgent. Atau ketika nak suap makan , menonton tv , atau pun nak study.

Ainul study ?

Ye , Study bila mak usu free . Jumaat dan sabtu.


Nota maq : semuga ainul dapat manfaati walker ini dan semuga walker ini tahan dengan keaktifan ainul..aamiin..

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha