Skip to main content

Parut kenangan



Assalamualaikum ..

Kalau anda perasan di dahi maq ada terdapat kesan parut . Dahi sebelah kiri. Atas kening kiri. Nak tahu tak kisahnya? Parut itu terhasil ketika  maq berusia 3 tahun lebih ( ini cerita zaman dulu dulu).


Kata ibu maq ,ketika tu kami dirumah mak tok. Waktu tu sarapan pagi ,maq nak minta tambah lempeng kat dapur . Dengan usia sekecil 3 tahun , bawa pinggan kaca turun tangga , sedangkan ketika tu tangga tersebut licin sebab baru lepas dibasuh oleh mak Uda .


Apa jadi lepastu? Maq tergelincir ditangga yang basah dan licin , pinggan terjatuh dilantai simen lalu pecah. Kemudian dengan takdirNya ,maq pula yang jatuh diatas pinggan kaca tersebut.



Luka besar berlaku diatas dahi budak yang berumur 3 tahun tu , 🙈. Alahai budak,  nasib kaca tidak tertusuk dimata kamu , alhamdulillah.


Dan parut luka tu kekal hingga kehari ini. Bila aksi berselfie ,sepertinya maq adalah salah seorang kakak kawasan yang  berparut didahi , ala ala gengster gitu  ! Tepeklah bedak tebal mana sekali pun , parut tetap terserlah. 😑


Dan seperti yang kita selalu kata , setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.


Harini , bila anda keliru mana satu maqnie , mana satu Dato Ct , sila lihat parut didahi , nanti terlerailah semua persoalan diminda.

Eah perasan jek makcik halia ni kan , 😂 maaf kan saya ..



Nota Maq : jangan biarkan anak kecil pegang atau membawa atau bermain dengan bahan  yang diperbuat daripada kaca , kemalangan berlaku dengan sekelip mata. Na'uzubillahiminzaliq ..

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha