Skip to main content

Suami penyayang


Assalamualaikum..




Pukul 12 tengahari !

Apakah ada para suami diluar sana yang terfikir fikir , anak anak dan isterinya dah makan ke belum saat ini.  Makan apa je untuk alas perut hari ini? Kalau si emaknya berpuasa sunat khamis , anak anak makannya apa?

Pernah kah juga mereka terfikir , tadi sebelum keluar mencari rezeki , ada buka peti ais tak? Lauk apa kah yang boleh dimasak untuk keluarga hari ini? Untuk makan malam ini ? Jika tak ada apa didalam stock beku , ada tak anda ( suami ) hulurkan duit untuk isteri belanja ? Tepuk dada , buka wallet .

Ada sesetengah suami dia tak fikir itu semua . Pada dia isteri dia dah sangat cukup bagus urus rumah tangga milik mereka . Boleh berkerja , boleh urus anak anak yang masih kecil , boleh beli barang dapur pakai duit gaji sendiri , boleh main kutu untuk buat persiapan hari raya nanti , boleh jaga makan minum keluarga , boleh bantu besarkan anak anak dengan berkongsi pendapatan bersama. Boleh jugak hulur duit saku kat orang tua kat kampung. Si suami tahunya apa ?


" Sayang .. pandai pandai awaklah urus rumahtangga kita , saya keluar cari rezeki ni. Pergi pagi , petang saya balik , saya nak , awak pergi kerja nanti jangan pulak main mata , bila balik nanti , awak kemas lah rumah kita ,anak anak siapkan mandi , awak pun kenalah comel dan wangi kan diri , kain baju nanti dicuci , lagi bagus  sudah bersusun dilipat rapi , atas meja mestilah dah ada lauk dan nasi , saya penat keluar kerja..balik saya nak makan , saya nak rehat badan ...awak dan anak anak jangan kacau ya? "

Sweet tak  dapat suami macamni ? Dia seorang suami yang penyayang. Dia sangat perihatin pada tugas dan tanggungjawab isteri dia . Tapi dia tersorok tanggungjawab  yang seharusnya jadi hak dia sebagai ketua keluarga . ceeeeh ! Gelas sebijik pun dia susah nak cuci , masih mahu lagi suruh si isteri menaburkan jasa bakti.

Payahnya nak cari suami yang nak ucap kata kata " terima kasih" kat isterinya. Terima kasih kat insan  yang dah sama sama hidup susah dulu dulu , yang sama sama berusaha nak majukan taraf hidup keluarga. Kenapa ya?

Andai anda sudi , cuba ingatkan semula , agaknya bilakah tarikh akhir anda ucap terima kasih buat isteri anda wahai suami yang penyayang ?? Hehhee semua jawapannya ada padamu ..

Nota maQ : copypaste ayat seorang sahabat sekolah , katanya ..

" Andai kita tahu betapa banyak aib kita Allah tutup, tak mampu kita berjalan dimuka bumi dengan kemegahan dan keangkuhan, semua pinjaman Allah yg kita dustakan nikmatNya. "

Waallah hualam..

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha