Skip to main content

Haiwan sebagai petunjuk



Assalamualaikum

Masuk sudah ramadhan ke 14 ,esok dah hari ke  15 ! Lajunya masa berjalan. Rasanya baru beberapa hari bangun sahur.


Fenomena di Malaysia dalam bukan puasa ini sudah seringkali kita lihat . Bazar makanan yang merata rata tempat. Harga ayam yang naik , pusat beli belah yang meriah dikunjungi , kuih muih raya  yang berbagai jenis sudah dipasarkan .


Tukang jahit sudah tak senang duduk sejak 2 bulan lepas . Dan banyak lagi yang kerap sangat kita lihat . Padahal masih dibulan puasa ,namun sambutan bulan shawal dah terlebih dari bulan ramadhan . Macamana tu ?




Kuala Lumpur ,Malaysia ! Baru baru ni dikejutkan dengan kehadiran burung unta  berlari laju dihighway MRM . Dan hari ni , seekor kuda hitam pula kelihatan berlari .


Apa yang menariknya ,kedua haiwan ini memilih lorong  kanan untuk meneruskan perjalanannya .  Berlari sekencang boleh tanpa teragak agak dan tidak mengganggu lalu lintas yang sangat sibuk itu.


Biarpun kehadiran haiwan haiwan ini merupakah kesan tidak disengajakan oleh  penjaganya ,namun bila maq perati , kejadian itu sungguh menakjubkan. Apa pendapat Maq ?


Subhanallah , sebelum ni , Malaysia telah  dihebohkan dengan sikap pengguna jalan raya yang melalui lorong kecemasan sehingga ada yang menjadi viral di media sosial malah telah menyebabkan kematian kepada mangsa kemalangan akibat ambulan yang tersekat dilaluan kecemasan dihighway. 



Makanya pada maq , Maha suci Allah , betapa berakalnya haiwan melebihi akal manusia diakhir zaman ini .



Secara sedar atau tidak , biarpun secara kebetulan , Allah  telah datangkan 2 haiwan ini sebagai motivasi  kepada semua pengguna jalan raya dibulan ramadhan yg mulia ini,apa motif ? 


Ye , sebagai petunjuk bahawa .. HAIWAN  ITU LEBIH TAHU lorong manakah yang sepatutnya dilalui ,lorong manakah yang  selamat, laluan manakah  yang tidak mengganggu pengguna jalanraya yang lain , haiwan pun tahu nak cepat , haiwan pun tahu hormat pada pengguna  pengguna jalanraya lain .


SEDANGKAN  MANUSIA ,biarpun telah disaman berkali kali , kemalangan berkali kali, tapi sekejap je insaf ,dua tiga bulan selepas tu buat semula .


Persoalannya siapa yang nampaknya lebih berfungsi akalnya ketika berada di jalan raya pada? Haiwan kah atau manusia kah?


Mungkin lepas ni gajah pulak ambil bahagian?






Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha