Skip to main content

Hari Lahir Maq-Semangat 46




Assalammualaikum

Alhamdulillah  akhirnya maq berjaya jumpa 7 julai  lagi . Dan bermakna setahun lagi usia maq  bertambah . Kali ni biarlah maq pakai semangat yg baru iaitu SEMANGAT 46 ! agak agak salah tak ye . Tiada unsur politik dalam ayat tersebut dan sila abaikannya.


Sebenarnya orang tua ni dah 46 tahun dilahirkan didunia ini . Dan pada tiap 7 julai , ada 3 orang lagi ahli keluarga maq yang sama sama menyambut hari lahir yg serupa namun berbeza tahunnya. Betapa hebatnya nombor 7.7 !


Apa harapan maq dihari lahir kali ini ?


Harapan ? Nak kurus memang tak dapat lah kan sebab bentuk badan ni memang dah disumpah untuk tidak lagi boleh mengecil  , mengembang senang lah hahha . Lain lain harapan ??


Dengan usia 46 tahun ni , maq nak Allah beri maq kesihatan yang lebih memuaskan , kehidupan dunia yg dipermudahkan disamping ahli keluarga tercinta , kasih sayang yg sempurna dan amal ibadah yg dipertingkatkan dari sehari ke sehari ,sebab maq rasa ianya masih kosong dibalang amalan .


Maq nak hati maq makin tabah untuk menghadapi tiap dugaan demi dugaan yg mendatang . Bukan mudah jadi " emak orang"  tau...


Apa pun , bukan mudah juga nak jadi sempurna ,tapi  sangat senang nak jadi orang baik . Tak perlu promote diri ,tapi yakinkan hati . Tak perlu dicanang canang , tapi simpan je kebaikan yg dilakukan tu untuk dikenang . Sebabnya 100% dalam hidup ini , 99% kebaikan kita orang lain tak nampak tetapi 1% kejahatan kita orang akan kenang sampai kita mati . Allah huakbar ~



Disini maq nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua kaum keluarga , kawan kawan  dan kenalan dialam siber kerana telah mengucapkan ucap selamat hari lahir dan juga terima kasih atas doa doa semua . Alhamdulillah ...



Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha