Skip to main content

Cabaran Pertama Sejak Jadi Pengasuh

Assalammualaikum

Nampak kan maq dah sangat tidak aktif diblog kebelakangan ini . Bukan malas tapi oleh kerana tugasan harian dah makin bertambah maka aktiviti membebel kena stopkan sementara .

Tapi  apa aktiviti maq pada awal 2015 ni?

Memandangkan anak bungsu dah kena masuk sekolah sesi petang , maq kenalah siapakan masakan tengahari seawal mungkin . Makan tak makan tu tak kisahlah yg penting makanannya sudah terhidang dimeja sebelum dia pergi kesekolah nanti .

Sambil masak , tangan ni sempat lagi cuci baju ,angkat baju , lipat baju , ini antara aktiviti kalau anak dara yg berdua tu pergi kerja pagi . Kalau tak, semua tu mereka yg uruskan ,Alhamdulillah

Sambil cuci baju , sempat mop lantai ,menyapu ,kemas rumah dan tunggu anak asuhan datang pada pukul 8:15am ( paling awal setakat ni )

Tahun ni maq dapat sorang lagi anak asuhan yg berusia 1tahun 3 bulan. Besar dah . tapi disebabkan dia dah besar , dah kenal orang , memang agak payah untuk sesi suai kenal .

Apa yg menarik sehingga ke hari ini ( hari ke 5 ) dia dirumah maq , dia masih lagi menangis bila tenguk wajah maq . Dan yang peliknya dia cuma nak main dengan anak anak maq , bukan maq ! ya Allah ... kesian dia asik menangis je kalau nampak maq , lagi lagi pada hari pertama dia dihantar kesini .


Tapi insya Allah , semua ni perkara biasa bagi maq sebagai pengasuh yg dah berkecimpung dlm dunia pengasuhan selama hampir 20tahun . Rasanya masuk minggu kedua nanti semuanya akan berjalan seperti biasa . insya allah , aamiin

Cuma maq hairan lah kan , sebelum ni lebih 30 orang budak maq jaga , takde budak yg tak nak dengan maq pada hari pertama. Semua ok je . tapi kali ni , dia memang menduga maq hehe


Takpe maq , dugaan kecil jek ni , sabarrrr ...

Semua kerja pun memang ada dugaan kan ? bukan maq sorang yg mengalaminya , thinking positive **












Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha