Skip to main content

Keputusan UPSR esok !?





Assalammualaikum


Esok 26 haribulan November 2014  keputusan UPSR 2014 akan diumumkan !

Sedang  anak maq ( aida ) sedang berhempas pulas menjawab kertas soalan peperiksaan darjah  6 di sekolah agamanya , keputusan UPSR darjah 6 sekolah kebangsaan dia pulak diumumkan esok  ! pastinya dia dupdap malam ini kan ?Dan kesannya awal lagi dia dah tidur sebab terlalu ' nevers' .


Bila maq usik dia kata maq : 

ahha nanti maq nak check secara online lah , aida belum balik periksa nanti ,maq dah tau dah, haa camane ? 

Dia macam tidak selesa katanya : ala ...tak mahu lah maq . emm tunggulah aida balik dulu ,nanti tak surprise pulak !

Padahal maq saja nak duga dia ,rupanya dia nak sangat tahu dulu keputusannya kemudian barulah  dia nak ahli keluarga dia pula yg dapat tahu ..hehehe kalau maq tenguk jugak ? dosa tak ekk  ? hehehe yg  sebenarnya maq pun excited sangat ni , entah entah lebih excited dari aida ...ahhaa

Apa pun keputusan yg aida dapat ,maq akan terima dengan hati yg terbuka ,sebab itulah usaha aida selama hari peperiksaan berlangsung.

Dengan dugaan soalan bocor lagi ,peperiksaan ditangguhkan lagi ,akhirnya esok keputusan pun di terima ! alhamdulillah ... 

Mohon Allah perkenankan semua doa aida selama ini , aamiin~


Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha