Skip to main content

Dia Amanah Dari Allah




Assalammualaikum.


Pukul 7.30 malam pintu rumah maq baru ditutup buat anak -anak asuhan .

 'sorry lambat, mama pergi mengeteh' kata beliau kepada anaknya yang berusia 5 tahun .



Dari pukul 7.15 am hingga pukul 7.20 pm seorang anak ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh selama 5 tahun kecuali hari cuti ,sabtu dan ahad.


Maq tak kesah kerana anak dia sudah pun besar ,cuma ketika menanti 5 tahun tu memang agak perit . Tetapi sekarang  hanya pengawasan yang perlu di titik beratkan terhadapnya  . Walaupun anak beliau itu seorang yg aktif ,tapi maq masih tetap bersabar kerana dia lah tanggungjwab maq ,dialah amanah buat maq selama dia dirumah ini .


Tapi bagaimana dengan perasaan anak kecil itu ? Dapat kah kita rasa apa yang di mahukan? 


Kasih sayang dari seorang ibu yang sangat sangat dia perlukan untuk menyemai kasih sayangnya ?sampai bila dia nak menumpang kasih  dengan pengasuh disepanjang harinya?


Memang anak anak maq sayang dia tapi dia tau mereka bukan kakak-kakaknya ,bukan ahli keluarganya .Dia perlukan kakak dan abangnya sendiri . Dia perlukan belaian mamanya sendiri . Dia perlukan perhatian  dari ayahnya sendiri .Dia perlukan darah dagingnya sendiri.


Kadang-kadang maq menangis bila mengenangkan nasib dirinya.Dia hanya dijaga seperti anak bukannya dianggap  seperti amanah dari Allah. Diberi kemudahan menggunakan gadget  untuk berhibur ,dibeli berbagai jenis permainan untuk bermain ,dibekal bermacam jenis makanan untuk dijamu  , tetapi  sepanjang pembesarannya disisi orang lain .


Tak salah jika dia selalu memprotes orang tuanya . Dia selalu berdendam ,dia lebih suka memendam rasa dan dia agak agresif bila disamping keluarganya . Dan disekolah ,cikgu memberitahu ,dia seorang yang kurang yakin pada dirinya.


Dia adalah  amanah buat maq tapi dia anak mama dan ayah dia ,mungkin aja dibiarkan begitu ? Tapi jangan pernah lupa,dia juga amanah dari Allah...


Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha