Skip to main content

hati-hati bila berkomen





Assalammualaikum ..

Sejak ada smart phoneni , laman muka buku maq memang boleh dikatakan sentiasa aktif.Dalam menjalankan tugasan harian sempat lagi bersosial tu cik Peah oii.


Apa yang menarik nya laman sosial pada maq ialah  merupakan satu cabang punca ilmu pengetahuan yang boleh di dapati.Ceramah,kelas al Quran dan banyak lagi info menarik.


Dapat jugalah saling kenal mengenali kawan kawan alam maya dari luar.


Mengenali tempat orang dan mengetahui aktiviti kaum keluarga yang jauh di negeri orang.



Senang kata media sosial ini punca pengerat  silaturahim sesama insan.Alhamdulillah.


Namun ada yang dah salah guna bila ianya dijadikan sebagai medan untuk mencari kesilapan orang lain dan memburuk-burukan orang.


Sedihkan bila kita baca banyak komen yang kurang  cantik bahasanya.


Paling digeruni laman muka buku ini telah digunakan oleh ramai kanak-kanak sekolah yang sedang membesar.Diaorang ni lebih mudah terikut-ikut .


Maka hati-hati lah bila berkomen sebab nanti dikhuatiri anak kita akan beri komen di status kita sama seperti kita beri komen di laman sosial oranglain.

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha