Skip to main content

Jiwa Blogger



Assalammualaikum..

Sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah sempat lagi tu membebel hehe nilah untungnya dapat blogging guna handset , walaupun hanya handset cap ayam tapi dah dapat membebel pun dah rasa puas !


Inilah namanya * jiwa blogger * hanya blogger je yang paham.Kalau orang bukan blogger dia akan cakap,


  "ala benda macam tu pun nak cerita kat orang, macam orang kesah le pulak ekk..."


Tapi pada maq dari kita asik nak sembang buat ketupat dari pintu ke pintu ada baiknya luahkan apa yang terpendam dalam hati ni sendirian.


Duduk dalam rumah , sambil buat kerja , sambil blogging , dapat kenal kawan blogger yang lain-lain , dapat ilmu dari mereka dan dapat kenal dunia mereka yang mungkin berbeza dari kita.


Lagi bestnya sambil blogging tu ada insan yang selamat dari diganggu oleh kita iaitu 'jiran kita' .


Jiran tak perlu bukakan pintu.
Jiran tak tambah dosa dia.
Jiran selamat dari fitnah.
Jiran tak perlu bancuh air.
Jiran selesa tak kena ganggu.


Senang cakap kita duduk dalam rumah diam-diam tanpa  menggangu jiran tetangga kita !

Jiran kita perlu dihormati , mereka pun perlu privacy.Kan?

jiran maq paling rapat 💞



Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha