Hai ..
Saya setia disini bersama mereka dan kalian.Saya akur bahawa hanya saya milik kalian.
Dari awal pagi saya berjaga demi menjaga semua keperluan kalian.
Saya sediakan apa yg kalian mahukan disaat kalian masih tidur lena.
Saya sudah berdiri lama di dapur menghadap api yang hangat ,berendam jari jemari dalam air paip yang dingin.
Kadang-kadang badan saya letih kerana menjalankan tugasan seharian namun disebabkan rasa sayang pada kalian, saya tabahkan juga kudrat saya ini.
Untuk melakukan rutin awal pagi ,semuanya untuk kalian, pernah jari saya terhiris ketika memotong sayur ,namun saya kena teruskan juga memasak sambil menahan pedih luka tu...
Pernah tangan saya perit dan saya mengelitik kesakitan kerana terkena percikkan minyak panas ketika menggoreng ikan,namun saya masih lagi meneruskan menggoreng.Kerana saya tahu kalian memang suka makan ikan goreng.
Pernah saya demam panas sehingga seluruh badan saya mengeletar namun saya terpaksa melakukan tugasan didapur saya kerana kalian perlukan makanan untuk dimakan.
Pernah saya menangis kebosanan kerana bertahun-tahun duduk dirumah berkurung tanpa mengenal dunia luar namun disebabkan tanggungjawab terhadap kalian makanya saya abaikan rindu saya untuk berkerja diluar rumah
Saya memilih untuk kerja dirumah dengan harapan kalian sentiasa ada disisi sama ada diwaktu siang mahupun malam.
Saya berkerja tanpa cuti tahunan.
Saya berkerja tanpa cuti sakit.
Saya berkerja tanpa bonus tahunan.
Saya berkerja tanpa kiraan lebih masa.
Bersama tangisan kanak-kanak saya berkerja.
Bersama najis kanak-kanak saya berkerja.
Bersama rengekkan anak yg sakit saya berkerja.
Saya berkerja sambil mencuci baju.
Saya berkerja sambil memasak.
Saya berkerja sambil mengemas rumah.
Saya berkerja sambil cuci pinggan botol susu.
Saya berkerja sambil menjaga kalian.
Kerana saya tak sanggup abaikan darah daging saya sendiri.
Pernah saya berkerja dalam keadaan demam yg teruk kerana saya takde surat cuti sakit untuk diberi pada majikan-majikan saya.
Pernah saya berkerja dengan sakit akibat terseliuh namun saya masih buka pintu menanti tugasan.
Pernah saya hilang selera makan seharian suntuk bila ada kanak-kanak yang mengalami cirit dan muntah tapi parent tetap suruh saya jagakannya.
Pernah saya menahan mengantuk yang teruk
bila ada kanak-kanak yang tak mahu tidur setelah seharian dijaga.Malahan ibunya kata taknak tidur takpayah paksa.
Pernah saya menangis bila ada kanak-kanak yg susah untuk dikawal tapi saya terfikir airmata bukan penyelesaian.
Apa yang saya perlukan hanyalah rezeki yang halal untuk keluarga saya.
Kerana itulah amanah untuk saya.
Kerana itu kerjaya saya dirumah saya.
Kerana itu punca rezki saya untuk membantu suami menyara keluarga.
Ada majikan yg sangat baik hati.
Ada majikan yg buat saya makan hati.
Ada majikan yg sentiasa pandai mengambil hati
namun saya masih redha sebab itu kerjaya saya
pernah hati saya terhiris.Bila ada insan yg mengatakan kenapalah pilih kerjaya teruk sebegini ,rumah tak dapat nak sunyi sentiasa bising dengan suara kanak-kanak.
jaga budak ini sangat meletihkan!
takde public holiday!
takde KWSP!
takde MC!
takde public holiday!
takde KWSP!
takde MC!
badan bau busuk ,bau budak budak!
tak terurus untuk jaga diri sendiri!
Tapi saya cuma mampu senyum dan berkata dalam hati.
inilah cara saya untuk membantu suami,inilah cara saya mengawal anak sendiri dan setiap sen adalah dari titik peluh saya.Saya puashati dengan hasilnya.
Saya puas sebab saya tak perlu meminta minta pada suami.
Saya puas sebab saya boleh memberi sedikit saguhati untuk orang tua saya setiap hari gaji walaupun bukan banyak mana yg diberi.
ye ,saya puas dengan hasil kerja saya walaupun kadang kala saya di pandang hina.
Harapan saya kepada :
Suami *saya tak harapkan pujian tapi saya mahukan anda hargai pengorbanan saya ni ,usah disangsi apa -apa tentangnya . semua ini untuk anda sebab anda syurga saya ....
Anak-anak * saya mahu kalian lebih lagi berusaha untuk masa depan kerana kejayaan kalian sekarang akan menjamin kejayaan hidup kalian dimasa hadapan. biarlah saya yg menanggung kesusahan ini seorang ,mahunya saya , dimasa akan datang kalian bukan la berkerjaya seperti saya....
Majikan-majikan *terimakasih kerana mempercayai saya kerana anak anda umpama anak saya sendiri.
Masyarakat * usah dipertikaikan kerjaya seperti saya kerana ianya bukan satu kerja yg mudah sebenarnya.Tak semua orang mampu hadap.
luahan hati seorang isteri,ibu dan pengasuh ....