Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Tips masak keladi

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah , sekali lagi Maq nak membebel dalam blog. Blog pun dah serupa dengan rumah hantu. Kejap ada isi ,kejap kosong  . Menunjukan betapa sibuknya tuan blog ini sekarang. Apa jek yang disibukkannya? Huhu terlalu sibuk dengan aktiviti 'orang tua tua' . Orang muda tak mahulah susah susah ambil tahu . Hehehe takdalah , maq sekarang lebih fokus pada dunia realiti berbanding alam maya ni. Kalau anda nak tahu ,maq sebenarnya takut dengan " geng bawang " almaklom maq kan geng halia , 😂 . Ngeri ! Harini maq rasa seronok sebab hampir seumur hidup maq masak keladi tapi kesannya lepas makan tekak akan rasa tak selesa. Orang kata "tekak gatal" , ntahlah siapa yang gatal , tekak atau orang yang makan wallah hua a'lam , 😂 Bila jiran maq ada update kat group whatsapp yang dia ada jual keladi mawar. Maq pun teruja nak beli. Maq pun orderlah 2ketul keladi tersebut. Kata maq : " 2 ketul tu ,akak kiralah berapa kil

Hargai masa dengan anak anak

Assalamualaikum.. Terfikirkah kita. Dunia kita sendiri sudah semakin laju meninggalkan diri kita sendiri. Kita kerja siang dan malam. Kita berusaha nak majukan kehidupan kita. Kita  bahagi bahagikan masa kita dengan anak anak kepada banyak ruang. Kadang kadang masa mereka memang dengan kita ,kadang kadang masa mereka dengan cikgunya ,kadang kadang masa mereka dengan kawan kawan ,tapi kadang kadang juga mereka  hidup sendirian melayan diri. Sebab ? Sebab kita sedang sibuk berusaha nak hidup lebih selesa. Dan seterusnya kita masih berusaha dan terus terusan berusaha nak majukan kehidupan kita, supaya hidup kita serupa dengan hidup orang lain dan kalau ada rezeki , kita nak hidup "lebih" sikit dari orang lain. Tanpa sedikit rasa letih . Bila rasa letihnya? Letih kita cuma bila balik rumah , bila lihat anak anak. Betul? Pasti! Tak disangkalkan lagi  tujuan utama kita nak puaskan hati anak anak , kita nak ajar mereka bagaimana nak hidup senang kat dunia ini. Bagaima

Menantu vs Mertua

Assalamualaikum.. Alhamdulillah , selesai sudah sebahagian dari aktiviti harian hari ini. Yang sebahagian lagi lepas budak pergi sekolah nanti,baru dapat sambung. Sekarang ni maq sedang tunggu anak transit balik dari sekolah rendah dan akan siap siapkan untuk dia kesekolah agama pulak. Jika anda nak tahu ,  menantu lelaki pertama maq adalah peminat kereta. Apa jek jenis dan jenama kereta yang " wow " dia memang minat. Siap pasang niat , " inshaAllah ,one day i got you , " 😂 harap ayat tu tak salah tapi memang pernah terbaca caption seperti tu kat instagram miliknya . Sebagai emak mertua , maq hanya mampu aamiin kan jek dalam hati,lain lain tak mampu lagi der ... Tengahari tadi beliau ada share gambar kereta kat group keluarga kami. Tapi nampaknya kami berdua jek yang berangan angan masa tu ,orang lain tu sedang sibok dengan komitmen memasing. Haaa..Kalau dapat mertua dan menantu satu kepala macam ni , rasanya hari hari nak berangan pun boleh

Perlu tukar ?

Assalamualaikum. Alhamdulillah sehari lagi usia bertambah. Apa yang diharapkan , usia hari ini lebih baik dari usia semalam. Dan begitulah seterusnya. Makin baik dan baik dan baik sampailah nafas yang terakhir. Pesan seorang sahabat sekolah : **Berkumpul dengan orang2 soleh akan menaikkan iman.Berkumpul dengan orang2 alim akan menambah ilmu pengetahuan.Berkumpul dengan orang2 miskin dan anak2 yatim akan melembutkan hati.Ambillah manfaat dari setiap orang yg kita jumpai** Terima kasih sahabat..InshaAllah. Baru baru ni maq ada dapat koleksi baru untuk dipakai pada usia menjelang 49 tahun dan sempena menjelang bergelar nenek. Eh apakah bendanya  tu ?  1- Lips colour balm . Produk silkygirl yang warnanya agak kurang menyerlah bila disapu dibibir. Sebelum ni maq guna warna yang agar terang untuk bibir usang ni. Adeh kena tukar ke ? Hmm  ..can not go lah ! 😭 2- minyak angin aroma theraphy Hello , korang fikir orang tua memang kena standby minyak angin kah? Haha gurau

Jangan bazirkan masa itu

Assalamualaikum. Baru habis cuti tahun baru cina ,makanya baru lah dapat masuk blog. Waktu cuti yang lalu , masa maq banyak dihabiskan bersama keluarga. Internet terpaksa on kejap kejap. Yang aktif hanya whatsapp dan instagram. Itu pun tengah malam sebelum tidur baru update kenangan di instagram tu. Ye ,manfaati hari hari berkualiti bersama yang tersayang terutama anak anak. Sebab setiap masa semuanya akan berubah. Bila si kecil dah jadi remaja , yang remaja dah habis belajar mula bekerja ,yang dah bekerja dah berkeluarga . Semuanya belaku sebegitu pantas . Semuanya bakal berubah. Kalau kita tak manfaati detik detik itu sekarang ini,mesti terasa banyak masa sudah terbuang macam tu jek. Selalunya ada orang  kata "kejap jek dah beso anak anak ko ek? "  " ko fikir 24 , 23, 16 tahun tu masa yang sekejap ke Peah oiii " - bisik hati maq . Nasib Peah tak dengar , 😂 Bila anak anak dah berkahwin , suasana nak manja manja ketika masa dia single tu dah macam lai

Remaja 80an vs remaja harini

Assalamualaikum Alhamdulillah untuk semua nikmat Allah beri pada kita. Kadang kadang kita mengeluh bila harga barang asyik naik padahal tiap bulan gaji tetap masuk dalam poket , kalau takda ponteng atau cuti cuti lain , maka dapatlah gaji penuh ,syukur sangat sangatkan.  Terfikirkah kita pada orang yang pendapatannya tidak menentu tu? Macamana lah kan keluhannya. Barang mahal , kerja susah nak dapat , tekanan hidup yang makin mengarut ngarut. Allah hu , kesiannya. Oleh itu lebihkanlah sabar ya , sebab jika kita rasa hidup kita susah , ada orang lain lebih susah hidupnya dari kita kat luar sana. Hargai apa juga milik kita ada sekarang ini. Tapi pada pendapat maq , Rata rata remaja zaman sekarang tak kenal erti susah payah macam hidup kami sebagai remaja era 80an. Dulu semua kena usaha sendiri. Cuti sekolah jek kena buat kerja partime. Bukan dalam Kfc atau McD atau shopping mall yang berpenghawa dingin tu tapi kat kebun kelapa ,kebun getah ,kebun sayur. Kadang tu kena kelaut kut

Beza menuntut ilmu

Assalamualaikum.. Harini nak kupas sikit pasal menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu wajib bagi tiap hamba Allah.  Bagi orang muda seawal umur 2/3 tahun mereka sudah digalakan belajar. Menuntut ilmu dunia. Mengenal huruf dan nombor. Bila dah remaja , mereka diajar mengenal dunia sekeliling . Yang mana selepas tu mereka kena belajar bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Yep , orang muda belajar untuk lulus periksa ! Bagi orang dewasa atau dipanggil orang tua  pula, menuntut ilmu bukan untuk lulus pada peperiksaan tetapi bila dia rasa dirinya masih kekurangan ilmu akhirat dan hukum hakam dunia. Dia harus menuntut ilmu. Dan bagi ilmu fardhu ain, wajib dituntut kerana ilmu tersebut mempengaruhi kehidupan dunia dan akhirat. Orang yang dah  bijak belajar  sampai masuk 2-3 universiti , kemudian sambung lagi belajar ke oversea ,  anda rasa perlukan dia belajar ilmu fardhu ain? Ilmu Tauhid?  Ilmu tajwid ? Jawapannya mudah saja . Bila dia rasa diri dia masih belum sempurna

Jamu untuk cergas aktif

Assalamualaikum Alhamdulillah ,masih ingat yang maq ada blog ,hehe lama benau tak naip ni. Hampir aja terlupa yang diri ni ada blog yang dah aktif sejak 2011. Sesaorang bertanya ," maq , buat blog ada income tak?" Maq jawab : " ye ,jika blogger itu ada letak iklan iklan , masuklah sebab itulah antara pendapatan sampingan mereka. Selain review secara live dan buat promosi dilaman sosial lain. Tapi macam blog maqnie ini lebih kepada blog peribadi dan maq takda pasang iklan . Dulu adalah  letak nuffnang tu ,tapi dah remove sebab ,sebab,sebab? Haaa sebab takda sebab apa pun , saja nak remove nya ,hehehe" Blogger review barang yang dia guna itu riak? Menunjuk nunjuk? Kerek ? Bangga diri ?  Haa itu hanya pendapat segelintir orang yang bukan blogger , tetapi bagi  mereka yang " berdarah blogger " itu sumber rezeki. Mungkin sumber rezeki pada pemilik blog atau mungkin sumber rezeki pada penjual barangan tersebut. Atau sumber rezeki kepada keduanya. Waall

Pastikan apa yang kita simpan.

Assalamualaikum. Maq ada sedikit perkongsian dari group whatsapp.  Perkara ni perkara biasa bagi orang perempuan. Dengan itu sila ambil perhatian. Semoga semuanya jelas. Keluarkan smua baju-baju yang bersusun dalam almari. Keluarkan pinggan mangkok yg sekadar hiasan.Astaghfirullah...😢 Seorang ustaz ada berkata dalam kuliahnya.Katanya, Simpanan2 itu akan ada Hisabnya di hari kemudian. Astaghfirullahal 'Azim...Aduuh..!!! Misalnya simpanan telekung yang tak dipakai,baju-baju yang beli banyak tak di pakai. Simpanan yang lain... aduhhh.... Ada blaus cantik yang saya jahit tapi Tak pernah dipakai , ada kain yang di beli Tak pernah dipakai ,ada puluhan tudung entah bila mahu dipakai. Ada banyak selendang yang hanya sesekali saja dipakai. Ada kasut sampai berdozen,Ada sandal selemari,ada beg tangan segudang, Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih bagus , tak pernah dipakai dan tak ada rencana utk dipakai.ada gamis2 1 lemari,ada baju dinner yang entah bila mahu d

Taska dirumah maq 2018

Assalamualaikum.. Masuk je tahun 2018 , maq Sudah buat satu syarat untuk Taska dirumah maq ini. Apa syaratnya ? Maq hanya ambil anak anak transit untuk diasuh. Siapakah anak transit? Mungkin para pengasuh tahu istilah itu tapi bagi yang bukan pengasuh ,anak transit ialah anak asuhan yang hanya diurus aktivitinya untuk pergi dan balik dari sekolah. Maknanya anak itu tidak tinggal lama dalam rumah pengasuh. Bagaimana kiraan bayarannya? Ya , agak kurang dari menguruskan bayi yang akan dijaga hampir 10-12jam sehari. Ini disebabkan pengasuh hanya uruskan makan minum dan persiapan anak itu untuk ke sekolah. Di Johor ini , setiap murid muslim wajib pergi ke sekolah agama selepas pulang dari sekolah rendah. Dengan jarak masa yang suntuk ,mereka akan terkejar kejar masa. Bayangkan murid darjah 1,2,3 akan  sampai dirumah pada pukul 1.25 pm dan van akan ambil mereka kesekolah agama pula pada pukul 1.50pm! Bayangkan masa yang sangat singkat tu! Makan? Mandi? Tukar baju? Ya , semua berlang