Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

mini jubah !

assalammualaikum dah masuk ke tahun yang ke 21 dah maq berumah tangga , namun baru tahun ni suami bijak membuat pilihan baju raya beliau sendiri . entah mimpi apa matanya begitu tertarik dengan fesyen jubah ! tapi bukan jubah yang labuh tu ,ini mini jubah ! sudah banyak kedai yang kami masuk ,tapi tak menepati citarasa beliau . tapi pada satu malam ketika kami ke bazar di BPwalk ,mata beliau tertarik dengan sehelai baju ni . ianya minwarna kei jubah yang berwarna keperangan diperbuat dari kain pelikat cap gajah ( kata penjual ) kalau dia tipu dia dosa kan? hehe kata penjual tu lagi ,baju suami maq pilih tu adalah limited edition ! hanya selai je dalam Johor or maybe at  Malaysia ! really ??? ok fine ...maq beli dengan harga rm85 ! lulus !! mini jubah ? macamana tu ? tenguk gambar dibawah ...itulah mini jubah ye ,tapi bukan itu yang suami maq beli tau   ...ini contoh je laaa sekadar hiasan ....

cara Maq rawat migrin

Assalammualaikum kalau sebelum ni maq kongsi  tips bagaimana nak kurangkan sakit pinggang . harini maq nak kongsikan bagaimana nak merawat kepala yang migrin . bukan dengan jumpa doktor ye ,tetapi dengan cara maq selalu amalkan . apa maq buat ? ambil tapak tangan orang yang sakit tu . kemudian terbalikkannya  supaya  tapaknya berada diposisi bawah. diantara celah jari ibu dan jari telunjuk tu kan ada isi yang gebu sikit tu kan ( ditengah-tengan )  haa . . macam gambar bawah ni . urut la perlahan-lahan . ketika tu pasti sakit nya macam nak pecah rumah kalau dia memang pakar menjerit . kalau urut tu tak mahulah kuat sangat ye , sakit wooo .... urut lah dalam 10-15 minit  . dan kalau tak kurang buat lah 2-3x dalam sehari  sampai lah sudut tu tak sakit dan kepala pun tak pening lagi .  .cuba ye ! kata orang lah kan ,kalau kita kurang minum air masak ,kita memang mudah kena migrin . hurm...maq tak tahu sebab maq bukan doktor kepala hehehe . maqnie~ selalu amalkan ini bila anak

Tangani masalah anak nakal

Assalammualaikum Bagaimana nak didik anak-anak yang nakal ? nakal disini bermaksud manja yang melampau . sukar ditegur ,sukar di kawal ,sukar di pantau . maq selalu dapat kanak-kanak  yang sebegini untuk dijaga . pernah maq jaga seorang budak yang berusia 3 tahun lebih yang katanya sangat nakal hingga sering di cubit oleh pengasuhnya dulu . Puncanya dia  selalu buli anak pengasuh lamanya sehinggakan pengasuh tu tak tahan dengan perangai kanak-kanak tu .Bila mama dia menyerahkannya kepada maq , maq just jani, ok ,maq cuba uruskannya ..insyaallah .. Budak nakal ini sebenarnya dia manja melampau . Dia nak  minta perhatian dari kita . Pada  awal '' perkenalan '' kami ,maq biarkan dia dengan perasaannya. First bila maq perhatikan .... dia ni suka membuka almari simpanan maq, dia suka selongkar buku-buku sekolah anak maq ,dia tak mahu tidur siang,dia suka menyakat kawan-kawan ,dia suka bergaduh, pukul kawan-kawan dan tak dengar arahan maq. yang pelik bila maq mengad

nak manja sampai umur bila ?

Assalammualaikum Sebagai anak pernah tak kita terfikir bagaimana dulu-dulu ibu dan bapa  kita berusaha membesarkan kita ? dari kita dilahirkan oleh ibu , kemudian diazankan /diikhomah kan oleh ayah ,kemudian di belai ,dididik oleh ibu dan  ayah . sampailah kita kesekolah dan mengenal orang luar .kemudian kita bercinta ,kita kenal kekasih lepastu kita kerja kita kenal kawan-kawan dan masyarakat .dan akhirnya kita berkahwin makanya kita dikenali oleh keluarga pasangan kita  . ingatkah waktu  tu ...siapakah yang menjadi penyokong kita ? hurm.. tak lain tak bukan itulah mereka " kedua ibubapa kita ''  ... cuba ingat masa kita remaja perangai nakal kita  berleluasa ,siapakah yang tahan dengan perangai kita tu ...ye hanya ibu dan bapa kita masa kita mula-mula  bekerja , ada kala kita kebuntuan wang untuk sara hidup siapa yang kita jadikan tempat mengadu ??..yess...merekalah ...kedua ibubapa kita . lagi teruk kalau kita jenis remaja yang malas nak cari kerja .cuma tahu

petua hilangkan tersedu bayi

maq ada tips pelik lagi ni ! nak tau tak  ? apa yang anda buat kalau bayi anda tersedu  ! tahu tersedu ?? ala..nak bunyikan tak boleh pulak la . tapi selalu orang tua-tua kita kata tu tanda budak nak besar . emmm ye ke ...abis kalau maq yang tersedu ?? agaknya nak besar mana lagi kan hehehe ok la mesti semua tahu apa yang dipanggil tersedu tu . so..apa yang selalu maq buat pada bayi yang tersedu ? senang je ... * ambil sehelai kertas yang bersih   . emmm contohnya kertas  surat khabar ke..kertas buku latihan  ke ... apa-apa kertas la ,tapi jangan bil letrik  pulak ,kang marah orang TNB bila dia tengok bil koyak ! ok...koyakkan sikit je ..adalah macam besar kuku jari telunjuk anda tu la gayanya . kemudian baca selawat sekali ,lepastu jilat (macam orang nak tampal stem kat surat ) maq tak boleh tunjuk tapi anda mesti tahu gambarkan . kemudian ...tampalkan kat dahi bayi anda yang tersedu tu ( sama macam tanda didahi orang india tu la gayanya  )  naaah...kelihatan macam ultraman

I'tiraf dan zikir taubat

Assalammualaikum Maq kalau nak tidurkan anak -anak asuhan , antara alunan yang akan didodoikan ialah alunan  i'tiraf dan zikir taubat . Pastinya tak sampai 10 minit sudah ada anak -anak yang mula  menguap ...  anda pun boleh juga amalkannya . Wahai Tuhan ku tak layak kesyurgaMU namun tak pula aku sanggup kenerakaMU ampunkan dosa ku terimalah taubat ku sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai dengan rahmatMU ampunkan daku oh Tuhanku wahai Tuhan selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan kecelakaan kami takut , kami harap kepadaMU suburkan lah , cinta kami kepada MU kami lah hamba yang mengharap belas dariMU

Masalah sakit pinggang ?

Assalammualaikum .. Semalam maq update post pasal tersedak pada bayi , kali ni maq nak share satu lagi tips pelik yang maq selalu amalkan. Pernah mengalami sakit pinggang ?  Definisi sakit pinggang: ia terjadi bila otot dan ligamen dibahagian belakang badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik.Ini menyebabkan terdapat regangan secara berlebihan akan belaku.Ia juga menyebabkan tulang tulang tidak stabil kerana otot  yang berfungsi sebagai penjaganya semakin lemah. Sumber : Google 📌 Tips yang maq selalu amalkan bila salah sorang ahli keluarga maq alami sakit pinggang  ialah urut betis dia! Urut dari bawah ke atas.Urut perlahan je.Lagi elok menggunakan minyak kelapa biar licin dan lancar. Jika pesakit itu lelaki pastinya bulu kaki dia tidak rasa perit  bila proses mengurut tu guna minyak kelapa ( kalau tak guna minyak bulu kaki akan melekat ditapak tangan nanti ,ishh perit tu.. )  Apapun semua minyak urut boleh digunakan untuk proses ini kecuali minyak petrol , minyak pelincir ata

bayi tersedak ,tips pelik ??

Assalammualaikum Harini maq nak kongsikan satu lagi tips ...nampak pelik tapi bila maq buat  memang menjadi ! anda ada bayi ? apa anda buat bila bayi anda tersedak ? ada orang cakap tiup muka dia . ish...terpisat-pisat budak tu nanti sebab kita hembus nafas kita kat muka dia . kesian . kalau ikut cara rawatan  pakar , bayi akan ditelungkupkan kemudian ditepuk belakangnya . Jadi apa kah yang maq selalu buat bila ada bayi yang tersedak ? Pertama , maq akan tarik ibu jari kaki dia perlahan-lahan seakan-akan seperti mengurut tapi cara  ini macam kasar sikit la sebab ianya 'ditarik' ...dan ...alhamdulillah bayi tu akan berhenti tersedak . Maq bukan saintis jadi  maq tak tau apa punca tarik ibu jari kaki dia boleh berhentikan tersedak bayi . tapi kerja ini selalu berhasil ...tak tahu la  tarik gaya mana , tapi jangan tercabut ibu jari kaki  budak kecik  tu sudah la . kalau anda nak tau lagi tersedak boleh bawa maut kepada bayi yang masih kecil.  air termasuk ke lubang hidu

Hati hati kawan makan kawan

Assalammualaikum .. Maq nak tanya ,korang pernah difitnah ? maq pernah....pertama kalinya maq kena sejak maq jadi isteri orang ni.Dah lebih 20 tahun maq mendirikan  rumah tangga ,ini pertama kalinya . Perkongsian ini bukan nak buka aib diri sendiri tapi maq nak anda hati-hati dengan kawan yang makan kawan ni .didepan  kita dia sangat baik tetapi dibelakang kita , waallahhualam... Kisahnya bermula bila maq terlalu aktif dengan satu perkumpulan  yasin ditaman maq ,ala bukan nya kumpulan apa pun ,ianya berunsur jariah juga . lainlah maq join kumpulan penari tiang ke , barulah layak untuk difitnah ...*nauzubillah ... Setelah lebih kurang 8 tahun maq aktif ,akhirnya pada tahun lepas (2013 ) maq dilantik menjadi naib pengerusi kumpulan dan ini amanah !!! tapi maq kena gak terima sebab persetujuan sangat ramai . maq cakap : ok ...saya cuba ye .... Dan dalam masa tu semua aktiviti berjalan lancar .Setiap minggu kami ada menjalankan aktiviti tersebut . Hinggalah pada satu hari .... maq

mesyuarat tingkap lagi

Assalammualaikum .. maq nak share ,tapi nampak macam gossip pulak . dah la bulan -bulan puasa ni .. tapi jari ni amboi.. kemain lagi dia menarinya , rancak bebenonya... lokasi : belakang rumah maqnie tarikh : beberapa hari lalu tetamu :cik peah oii cik peah oii : cik anni oii .. dah buat kueh ke belom ? maq : err... tak buat la cik peah oii.. anak-anak saya ramai ni ,kang ada pulak yang temasuk dalam oven pulak nanti ,haish.... cik peah oii : aah kan ,payah gak kalau budak-budak ni belari-lari , main kedapur time kita masak-masak,nanti tak memasal kena saman dengan mak bapak diaorang sebab anak dia melecur .. maq : ye cik peah oii ... sejak dah ramai anak asuhan ni ,kami memang dah tak buat kueh raya ,kebanyakkan nya dibeli termasuk jugak disponser ... cik peah oii : amboi !!  gelemer gak cik anni oii kita ni yek? siap ada sponser gitu maq : ehh... yang sponser tu mak saya ,adik beradik saya dan majikan-majikan saya cik peah oii ... bukannya dari sugar daddy ( eee ..

cara nak tahu bayi kembung perut ?

Assalammualaikum ... kali ni maq ada lagi petua jaga bayi . haa nak tau tak benda ni dah lama maq amalkan sehinggakan anak-anak maq pun dah tau cara nak pratikkannya . kalau kita ada bayi  yang baru lahir hingga lah beberapa bulan selepas tu . pastinya umbun-umbun dia lembut lagi kan . tahu kah anda apa kah tujuannya Allah buat macam tu sedangkan seluruh kepalanya boleh keras ? tapi kenapa umbun-umbun tidak ? ni ada lah antara faedahnya lah kan.... ok... bila bayi berusia seperti diatas ,pastinya kalau dia kembung ,sepatah haram dia tak tahu nak mengadukan , yang dia tahu ,nangis...nangis dan nangis je kan ??? ...*macam ahmad albab pun ye kadang-kadang . ahhaaa .... so.. apa yang selalu maq buat ,bila bayi asik menangis gelisah , maq akan raba umbun-umbun dia yang lembut lagi tu ..kalau lekuk disitu , tu tandanya dia kembung perut ..mungkin ada yang tau kot tips  ni ..tapi tak mustahil ada yang tak tahu lagi kan....ini petua orang tua-tua ,maq cuma sambung-sambungkan . da

code product

Assalammualaikum tadi ronda-ronda blog orang .. tetiba terjumpa satu post yg menarik minat maq . post apakah ?  ianya mengenai satu cara untuk memboikot produk  israel .. Bagaimana caranya ? Senang je ..tengok pada nombor code pada barang itu .. code product from Malaysia code product  from israel semua gambar maq ambil dari blog asal ... link blog asal  ...terima kasih tuan blog , selamat memboikot ..ini bukan paksaan tapi atas rasa tanggungjawap sendiri la ye ...

Pengalaman Cabut Gigi

Assalammualaikum .. Anda pernah pergi  dapatkan rawatan gigi ?  mengikut pengalaman  , maq akan mengalami kerosakkan gigi ( kesemuanya gigi geraham ) selepas melahirkan anak . ini bermakna ketika mengandungkan mereka maq kekurangan kalsium . apa taknya baby pun perlukan kalsium untuk proses pembesaran kan . lagi-lagi anak-anak maq dilahirkan dengan berat yang memang semangat . anak pertama 4 kg anak kedua 3.8kg anak ketika 3.6kg haaa ini menunjukkan 3 batang gigi geraham maq sudah hilang .. Klinik ada bekalkan vitamin termasuk kalsium  tapi sebabkan bau nya yang sangat kuat ,maq abaikan je pengambilannya ..nahh ..inilah kesannya ..gigi  maq jadi mangsa ! oh tidak ... Graham yang ketiga dicabut seminggu sebelum bulan puasa haritu . dia tak sakit ,tetapi dia pecah separuh dan amat tidak selesa ketika proses mengunyah berlangsung . Dan keputusan maq ,ia perlu di cabut !! Yang lawak , firstime cik peah oii ,maq pergi klinik  pergigian kerajaan . Katanya best perkhidmatan disitu

remaja dan hidupnya

Assalammualaikum Wahai remaja ,ini ada sedikit pesanan dari maq buat anda semua . tak kiralah yang dah baligh atau yang belum ...😂 " nikmatilah zaman kalian dengan sebaik-baiknya sebab usia kita takdenya berulang .kalau 17 tahun sekarang ,tahun depan confirm 18 tahun ,takde maknanya nak 16 atau 17 tahun semula so apa yang ada sekarang tu jaga lah. Maksud maq kenangannya ,kewujudannya ,keceriaannya ,ketenangannya ..ye semua tu ada dalam dunia anda sekarang . " Hello , orang muda tak layak menangis hanya kerana cinta tau . Dia sepatutnya menangis kerana tak dapat belajar pandai ,tak dapat nak hafal formula yang cikgu berikan. Tak dapat jadi anak yang sepenuhnya menolong ibu bapa dirumah ,tak dapat memenuhi hajat ke dua orang tuanya. Haaa yang ni baru layak anda menangis kannya ..sebab ? Sebabnya waktu ni anda hanya ada kedua orang tua ,hanya hari- hari menatap cikgu dan pelajaran ,hanya hari-hari pergi belajar sampai tak sempat nak bantu orang tua dirumah  haaa  .

kenangan puasa

Assalammualaikum Dah niat puasa ke tu ? Sebelom tidur elok lah baca niat kot pagi esok kesiangan taklah puasa tanpa niat nanti . aik?? Boleh ke Puasa tanpa niat?  jawapannya : Boleh tapi  kalau anda ada planning nak bebuka pukul 10 pagi ...ahha ...ketahuilah tak sah puasa sesaorang itu tanpa niat  ...macammana niat puasa ? Ahh nipu kalau tak tahu , ni dah 16 ramadhan dah . takkan dah lupa ..huhu Masa maq kecil dulu ..kata abah maq ( Encik Rokani ) kalau tak nak lapar ketika berpuasa , banyakan niatnya dimalam hari . Maq pun ikut jelah dan ..yelah ! Tak rasa lapar ! maq ada kenangan yang masih segar dalam ingatan ini : Ketika tu usia maq dalam 9 tahun dan selepas makan sahur abah maq ajarlah berniat dalam bahasa arab . Pada percubaan pertama niat tu maq salah sebut , masuk yang kedua maq salah lagi , masuk yang ketiga kali ... maq nangis ...sebabnya .... * maq tak reti cakap arab , abah sebut laju , mana maq nak ikutnya ...nangis je laa ...uwaaakk...last abah ajar niat da

sekali lagi

Assalammualaikum .. Bila satu lagi kejadian yg melibatkan nyawa bayi ..maq rasa sungguh sedih Lagi-lagi kejadian itu berlaku dirumah pengasuhnya . Apa yang paling teruk , rata -rata masyarakat menyalahkan pengasuh kononnya hanya mau duit sedangkan anak orang terabai! Ye tu kata mereka . Pada maq , kalau baby setahun lebih yang baru pandai berjalan jatuh ..risiko untuk jatuh sangat mudah! Waktu dia sangat lasak.! Tak reti nak duduk diam. Sebagai pengasuh mustahil dia nak pegang anak sepanjang masa kan? Ada banyak lagi kerja yang hendak dia uruskan seperti menyediakan makanannya, menguruskan keperluan kanak-kanak lain (jika ramai) . Lagi berrisiko bila dalam rumah tu ada budak-budak yang hiper ! Belari didalam rumah . bergaduh sesama sendiri .tolak menolak so...tak mustahil baby yang baru jalan jatuh tu terlibat sama ! Hurm .. Kalau anak kucing mungkin boleh disimpan didalam sangkar tapi ini anak orang cik peah oii ..nanti dikata mendera pulak bila dikurung . Maq ada pen

info

Assalammualaikum maq ... Tak jawap dose Jawap sayang ! Haha ..jangan layan ! Pagi  ni maq nak kongsi sikit je pengalaman maq didalam blog ini . Dengan kerja maq sebagai pengasuh kepada 6 orang kanak-kanak buat masa ni . dapat maq kesan dimana kebanyakkannya ibu bapa meninggalkan anak mereka terlalu lama ( lebih dari 9jam ) dirumah pengasuh. Kanak - kanak akan jemu bila berada didalam satu situasi sahaja ! contohnya dirumah pengasuh ... Pengasuh tak akan melepaskan anak asuhannya keluar dari rumahnya kerana macam- macam perkara buruk boleh berlaku . dan untuk memerhati seramai 6 orang kanak-kanak bermain diluar rumah memang perkara yang bukan mudah . Kanak-kanak ni kalau dia dah jemu , berbagai ragam dia akan buat untuk menarik perhatian semua orang . selain bergaduh , mereka juga akan menjadi hiper ! Lebih-lebih lagi jika ibu atau bapanya datang ambil nya dirumah pengasuh .pastinya macam-macam keletah dia akan buat . ( kecuali baby ) Ibu bapa yang keletihan akan rimas d

7-7 Datang lagi !!!

Assalammualaikum 7-7-2014 menjelma lagi .Kali ini dia datang dengan angka 45 ! Alhamdulillah, Terima kasih Allah sebab dah bagi maq  peluang untuk berdiri dibumiNya yang indàh ini . Kehidupan harus diteruskan lagi dengan izinNya. Sebelum tu ..terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan salam hari lahir buat maq  termasuk dari ahli keluarga , kawan siber , kawan masa sekolah dulu , kawan blogger .. Terima kasih atas doa kalian buat maq .dan maq pun mendoakan yang serupa buat mereka semua . aamin..  45 - MOGA BERI KEKUATAN DALAM MENEMPUH TIAP DUGAAN DLM HIDUP INI ...

hari santai

Assalammualaikum ... Ahad ! Waktu santai dengan tersayang ! maklum dia cuti ahad makanya ahad lah hari santainya . Lepas anak-anak kesekolah , rutin ahad maq ialah ikut suami beli barang dapur . pilihan mestilah Eon Big diBukit Pasir kemudian ke Nirwana *salah satu tempat  yang menjual barang keperluan dapur paling murah diBatu Pahat ini . Bila aktiviti beli barang dapur selesai , kami berdua akan pergi bersarapan . Tempat yang biasa maq dan suami pergi ialah di Tasik Y atau dikawasan kedai makan di Pesta  (bersebelahan pejabat JPJ Batu Pahat )  . Sambil sarapan kami akan bersembang perihal anak-anak dan keluarga kami berdua . Ye ...inilah peluang maq bersantai bersama suami tersayang .yang mana aktiviti ni tiap minggu dijalankan kecuali jika suami kena kerja pada hari ahad . dan jika ini terjadi , jawapnya memeraplah maq dalam rumah sahaja . alahhaiii ...bosannya cik Peah oiii.. KAU ADALAH DARAHKU KAU ADALAH NAFASKU KAU KEKASIH KAU TEMAN KAULAH SUAMI KU DAN KAULAH SYU

bila ibu membebel

Assalammualaikum .. Kenapa ibu-ibu kita suka sangat membebel ? * dia tak berpuas hati dengan apa yg kita lakukan . * dia rasa anda perlu dinasihati * dia melihat kekurangan budi bahasa anda terhadap nya . * dia fikir anda sudah melupakannya * dia rasa anda layak kena bebel . Apa dia dapat dengan bebelannya itu ? * satu kelegaan buat perasaannya yang terpendam * padanya kewajipannya untuk menasihati anda sudah terlaksana . * dia nak insan yang  dia sayang itu betul- betul berada dilandasan yang betul . Apa hasilnya dari aktiviti menbebel ? Akan mengalir air mata seorang insan yang pernah menggendung anda didalam rahimnya suatu ketika dulu . betapa sukarnya dia membawa anda bersama-samanya selama 9 bulan lebih . lagi sulit bila anak dalam kandungannya itu besar . pengorbanan kah ini bila anda sudah besar ... Anda selalu menyakitinya . Tepuk dada tanya hati sejauh mana kasih sayang pada ibu kita selama ini . mampukah kita menyayanginya seperti mana dia lakukan un

mee segera di bulan puasa

Assalammualaikum .. Dugaan ...anak- anak asuhan hari ni nak makan mee segera la pulak ! Nasi dah selalu ..tak nak ( kata kiki ) mee best ! Erkkk .. Puasa - puasa ni stock mee segera memang maintain kat rumah maq .. bukan apa kalau malam - malam nanti lapar ...kan senang , tinggal masak je kot ..( kata anak dara  ) urm..tengah malam ke tengah *anu* haish .. Anda tau kan bau haruman mee segera bagaimana powernya? Aduhhai ...dugaann ..dah lah rumah jiran dekat-dekat .sabo je la maq nyaaa ~ #maqnie ~ macam nak muntah pun ada ni hurm..... ( padahal tau dah muntah itu  boleh membatalkan puasa ) kikikih *agak-agak cik Peah puasa tak.harini ekk...

jaga mata

Assalammualaikum .. Maq ! Banyak entri masuk harini ! A'ah nilah kalau bulan puasa , sambil menanti anak-anak asuhan balik dari sekolah tadika mereka . biarkan lah maq membebel diblog ni . Ambil sikit pengalaman dan jadikan entri ! Senang kan? Tak perlu nak mengumpat orang sebelah atau memerhati gelagat jiran -jiran yang semakin meriah mengemas rumah sempena hari raya nanti ! Mata ni ..kalau dah memandang , ada saja komennya nanti ..nakal jugak kan mata hehehe .. *kata Mata : kami ambil berat lah maq , bukan nak mengumpat ....hurmm ...selalu nya macam tulah ( bukan mengata cik peah oii ..cuma bercerita je nie...shh....cakap sini ..abis sini yekk )

pesanan untuk orang muda .

Assalammualaikum pembaca .. Wahai remaja .. Kalau orang tua anda diam dan tidak marah atas perilaku anda . atas perangai anda , budi bahasa anda, atau mungkin siapa juga kawan - kawan anda  .itu bukan lah bermakna mereka setuju dan suka dengan apa yang anda buat . Tetapi tu tanda mereka nak beri anda peluang untuk menggunakan kebijaksanaan anda dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini . Ilmu agama yang diterapkan bakal menjadi tunggak utama . Tahukah anda  betapa luluhnya hati seorang ayah yang berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarganya Apabila dia mengetahui bahawa anaknya telah memperbodohkannya dan menipunya?? Wahai remaja ... Selagi anda belum berkahwin segala perbuatan anda adalah dalam kawalan orang tua anda .bukan kekasih anda yang belum halal lagi tu ! Kebanyakan remaja sekarang ( terutama remaja perempuan ) lebih percayakan kekasih dari keluarganya sendiri dan mereka akan cari mak bapak bila dah " kena main " dengan kekasih . Renungkan lah dal