Assalammualaikum Hati maq cepat berubah? Pendirian maq tak tetap ? Ok la , demi anak anak asuhan , maq mengalah hurmm Tak sempat pun sebulan maq tutup akaun astro , akhirnya maq akur yg astro memang kena aktif semula diruang tamu rumah ini . Rasa kasihan bila anak anak kecil tu nak tengok saluran kegemaran mereka " astro ceria " antara sebab utama maq buat akaun baru astro . Masing masing ada siaran kegemarannya , Qaisara ~ chacha chi chi Qasdina ~ upin ipin Qiqi ~ ultraman Auff ~ semua layan ,asalkan katun Kesiankan kalau takde siaran siaran tu kat tv. Mereka mesti bosan ,dan bila dah bosan ,main sekejap sudah mula bertengkar . Maka astro kena buat u -turn la kat rumah maq. Kalau dulu akaun atas nama suami , kali ini ianya didaftar atas nama maq pulak . Nampaknya memang tiada charge pun yg dikenakan . Apa yg diterangkan oleh pegawai perhubungan astro di BP mall haritu , maq dah melanggan astro selama 10 tahun ( sejak 2005 ) diam tak diam kan ,ulang ,ulang
" Sejenis emak emak yang suka membebel beri nasihat,berpesan pesan dan menyayangi kerana Allah"