Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Muslim Pro

Assalamualaikum ... Bila serba serbi dah canggih ni , maq pun terikut ikut juga untuk menambah ilmu siber dengan berbagai aplikasi di playstore tu. Tapi maq bukan cari game atau smule yang melekakan tu ya, ha sebagai women 40 an yang senantiasa  suksess , game tu bila tengah bosan kering baru maq layan . Kalau tidak , ada lain lagi yang maq akan cari bila online. Salah satunya Muslim Pro. Mungkin ada diantara anda yang dah tahu pasal Muslim Pro. Aplikasi mengenai ibadah harian kita . Aplikasi ni anak bongsu maq yang perkenalkan kat maq 2 tahun lepas , rupanya mereka dah install lama dah , huhhu , orang dah tua katakan , tak tahu ada lagi aplikasi lebih memberi manfaat selain facebook dan twitter. 🙈 Pada yang belum kenal apa itu Muslim Pro ,mari maq kongsikan dibawah ni. Aplikasi ini mengandungi : 1 - info masuk waktu solat . Anda cuma perlu masukan lokasi anda berada waktu itu , dan hasilnya anda akan dapat tahu bila masanya masuk waktu solat ditempat tersebut . Dan ada

Maq demand ?

Assalamualaikum Kejap je dah hari Selasa , padahal rasanya baru je jumpa Selasa minggu lepas ,  harini jumpa lagi.  Bak kata Jep Sepahtu yang baru bernikah dengan Sari Yanti baru baru ini , " lepas kahwin , malam rasanya macam sekejap " 😂😂😂 - Jep memang pelawak orignal pada  pendapat maq ! Ha , tu masa baru jadi pengantin baru ya Jep , belum ada anak dan tanggungjawab lain sebagai suami isteri lagi tu , nanti dah banyak bagai tanggungjawabnya ,  siang malam pun dah rasa kejap ,kadang tu macam takda dah siang malamnya lagi, sebab kesibokkannya serupa je . Siang sibok ,malam pulak menyibok huhhu 🙊 Maq pun dah mula sibok sekarang ni ,aktiviti mengasuh dah aktif semula. Bermula march 2017 , maka aktiflah semula maqnie nurseri and the kids . Tapi untuk permulaan maq ambil anak asuhan yang lama je sebab mereka dah biasa buat urusan dengan maq. Ya , hampir masuk tahun yang ke 5. Keserasian mungkin ada pada kami . Tapi  kali ni syarat taska dirumah maq kali ni m

Menghitung hari

Assalamualaikum Alhamdulillah wasyukurillah. Sehari lagi bernafas. Terima kasih Allah untuk kehidupan sehari ini . Kau beri peluang hambaMu memperbaiki dirinya untuk sehari lagi . Hidup umpama pelayaran.. Bila dikatakan bahawa hari mati tiada berisyarat , manusia seharusnya lebih berhati hati untuk penambahan usia yang makin bertambah . Maksud hati hati di sini , bila umur semakin meningkat , kita sudah layak kikis sedikit demi sedikit perangai yang memberi timbangan dosa jadi berat itu. Dah boleh dah rasanya kurangkan aktiviti menonton program hiburan kat tv tu , rajin rajinkanlah bawa kaki berjemaah dimasjid bagi orang lelaki , perempuan tak perlu sangat solat diluar ,dirumah lagi elok. Ya , Buatlah amalan yang sememangnya mendatangkan pahala. Kerana pahala dan dosalah yang akan menjadi bekal diakhirat nanti. Kita mati tak bawa rumah, Kita mati tak bawa harta, Kita mati tak bawa anak isteri , Kita mati tak bawa semua hasil yang tunggang langgang kita cari masa k

Saya cikgu yang gagal

Assalamualaikum .. Hari jumaat kalini maq tak dapat pergi ke kelas fardhu ain seperti jumaat yang lepas lepas. Jiran yang selalu pergi kelas dengan maq tu tidak sihat harini. Untuk maq pergi sorang  diri , agak mustahil kerana maq serik . Selepas kena gossip beberapa tahun lepas hanya kerana maq keluar rumah sendirian . Sedangkan waktu tu maq keluar semata mata untuk ke majlis yasin. Itulah perempuan , langkahnya  tidak sebebas lelaki. Silap langkah , niat baik dapat padah. Okey , maq benar benar dah serik ! Bila dah tidak keluar rumah , aktiviti lain pada hari jumaat ialah pantau anak bongsu buat kerja sekolah . Lihat gambar atas tu . Sebenarnya ada kisah disebalik gambar diatas. Mari maq bisik bisik , ni rahsia kita kita je ya. 😁 Kalau anda nak tahu , sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 , maq hanya belajar dalam aliran Sains Rumah Tangga. Belajar masak masak ,jahit jahit , hias hias rumah ,  senang cakap ,waktu itu maq hanya tahu semua ilmu urus rumah tangga sahaja

Ibadah yang dilupakan

Assalamualaikum.. TANYALAH USTAZ TV9 (Ustaz Shamsuddin Maner) Tajuk : lBADAH YG DILUPAKAN. ....................................... Tajuk berkaitan dgn ibadah2 sunat yg sering kita tak buat. Ibadah Sunnah adalah satu ajaran dari Rasulullah. Ibadah Sunat pula ibadah yg bila kita buat dapat pahala dan bila tak buat tidak berdosa. APAKAH IBADAH SUNAT YG RINGAN TETAPI BESAR PAHALANYA?Contohnya pergi masjid.Adab masuk masjid sebelum duduk kita disunatkan solat sunat tayahtul masjid. Rugi jika dah masuk masjid berbual~bual dulu.Sepatutnya sebelum kita duduk,sunatnya adalah terus solat tahayatul masjid. AMALAN SUNAT MASUK TANDAS ADAKAH PERLU NIAT? Tidak perlu berniat secara formal.Kita masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan ini sahaja sudah dapat pahala. Sebelum masuk tandas.. baca doa masuk tandas.Tidak perlu dilafaskan cukup sekadar dalam hati. Rasulullah tidak pernah tinggal solat sunat sebelum dan selepas solat wajib(Solat sunat ini sangat dituntut) Dua rakaat seb

Rezeki

Assalamualaikum.. Rezeki itu hadiah . Hadiah yg datangnya dari Allah , untuk hambaNya. Rezeki datang dari berbagai sudut. Bagaimana nak mendapat banyak hadiah ? Maq kongsi dibawah ini. Formula menjemput Rezeki: 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.. 3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.. 4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.. 5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1

Komen tentang yes

Assalamualaikum.. Alhamdulillah , bulan Februari ni genap setahun maq guna line internet dari yes . Penyambung hayat internet yang membolehkan maq berblog , berwhats app , bertweet , dan jual beli cara online. Wah kemain , shopping dah pakai internet dah orang tua ni ..huhu Gambar atas tu , itu lah dia wifi yes yang maq pakai selama ni. Boleh angkat mana mana maq suka, dalam bilik , didapur , dianjung , ya,di mana mana sahaja ! Bila dah setahun rasanya dah layak dikomen tentang perkhidmatannya. Setahun? Lama jugak tu kan.12 bulan !  365 hari ! Hari hari pakai kecuali takda elektrik dan maq berada diluar kawasan. Okey bawah ini antara komen maq sebagai pengguna. Pertama komen pasal istimewanya dulu lah ya. 1 -  Line memang tip top bagi kawasan bentuk muka bumi macam tempat maq . Kawasan bergunung ganang dan berbukit bukit. 2 -  Dengan bayaran rm 93 sebulan , maq boleh online tanpa had setiap hari. Tapi hari hari tu bukan bermakna maq ngadap gadjet 24 jam . Busuk pulak ikan

Hati sakit punca sakit mata

Assalamualaikum .. Bila kita dikecam atau disalah anggap oleh sesaorang, jangan  bangkitkan rasa benci untuk dia , tapi cubalah jauhkan darinya supaya hati kita tenang ,mata pun terang. Dalam masa yang sama , bila dah tak nampak batang hidung kita lalu dihadapan mata dia ,besar kebarangkalian , dia juga sukar nak buat apa apa andaian atau  spekulasi tentang kita. Andainya dah jauhkan diri pun dia masih nampak buruk kita , ternyata kita memang hebat!  Sebab diperhatikan pada setiap sudut , walaupun pada jarak jauh . Ketika itu kita dah boleh bajet retis huhu. Ini satu penyakit hati yang menyerang manusia. Dia tak berani bertindak sorang tetapi dia bangkitkan isu yang kadang sepertinya tidak masuk dik akal . Ajak membenci orang secara berjemaah . Arh kejam sekali ini. "Biarlah luncai terjun dengan labu labunya you.. "   ltu lah pesan pak pandir kepada mak andir sambil mendail handphone anaknya yang tertinggal dirumah. " aduh ! dah lenguh jari i  mendail , t

Amalan bacaan Tahlil

Assalamualaikum.. Tahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur’an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia. Antara kandungan ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah la ilaha illallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat. Hukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak. Kalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya. Sementara berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang disarankan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Qur’an: (Surah Muhammad :Ayat 19): “Oleh itu tetapkanlah pengatahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang

Apa function PM Tepi?

Assalamualaikum .. Salam penuh kebahagiaan.  Syukur Allah bagi peluang sehari lagi disini. Esok ? Waallahualam. Manusia dan kematian itu adalah bersaudara. Bersaudara itu maknanya jika ada manusia ,makanya adalah kematian. Jika harini Allah panjangkan umur kita sehingga 48 tahun , tu maknanya sudah 48 tahun kematian menanti kita. Sila hadam ayat maq ini. Kalau silap,mungkin pendapat kita berbeza dan itu perkara biasa sebagai manusia. Zahir je serupa , pendapat berbeza beza .  So , jangan kita cuba perlekehkan idea orang lain kerana itulah hak dia. Cuma..jika pendapat dia bertentangan dengan hukum Allah ,haruslah ditegur.  Bagaimana nak tegur ? Ya , ini yang maq cuba nak kongsikan. Cara menegur kawan yang silap di group whats app , group parti pinggan mangkok , group jual online , group kaki movie , group kereta api , atau apa apa je jenis group sekali pun. Sering kita jumpa kawan yang suka menegur kawan yang lain didalam group dialam maya ini. Walaupun kawan yang ditegur it

Sembang tentang perkahwinan

Assalamualaikum Alhamdulillah wasyukurillah. Sekali lagi bersembang di alam maya. bila maq kongsikan gambar dibawah ni dengan caption ' seakan licin saja lantai kehidupan pada riak wajah ,padahal berdarah tapak kaki menapak keruang bahagia itu' seorang sahabat sekolah bertanya : apa maksud ' licin pada lantai kehidupan ? apakah yang nampak licin? maq pulak lupa nak tanya kat dia , apa maksud  soalan nampak licin dia tu?  , apakah pada dahi perempuan digambar itu atau licin pada umbun umbun si lelaki itu ? Allah hu lupa sesangat.. Kehidupan itu bermaksud perkahwinan. Lantai licin tu maksudnya kehidupan yg sangat mudah , sepertinya rumahtangga tiada bermasaalah , hari hari suami dan isteri boleh tersenyum sampai telinga , rumahtangga setiap masa bahagia dengan gelak ketawa dan kasih sayang bersama pasangan. padahal ? apa maksud padahal ? maksudnya disebalik cerita sebenarnya adalah lain. apa yang lain tu ? Okey , bila sebut pasal kahwin , pasal rumah tangga

Perempuan ,bersolek dan hukum

Assalamua'laikum. Perkongsian sesama kita , semoga bermanfaat . TANYALAH USTAZ TV9 13.2.2017 (Da'i Izzhar&Ustaz Dr Sukki Othman) BERSOLEK. ••••••••••••••• Allah perintah hendaklah kamu tetap diam didalam rumah dan jika mahu keluar jangan bersolek berlebihan seperti dizaman jahiliah. Dan ada dizaman jahiliah bersolek dgn tidak tutup aurat dan menunjukkan perhiasan. (ini adalah solekkan yg dilarang dalam islam) Bersolek didalam rumah tak mengapa kerana itu utk suami. APAKAH HUKUM ISTERI BERSOLEK UTK MENUTUP CELA? Niat bersolek itu utk apa.Bila niat utk dipamerkan utk org lain.Niat itu sudah tidak betul.Jika sekadar utk menutup parut atau jerawat,tidak mengapa.Seorang isteri sepatutnya kena bersolek dihadapan suaminya sahaja. APAKAH HUKUM SOLEKKAN PENGANTIN DAN SAHKAH WUDUK ATAS SOLEKKAN? Pengantin hanya boleh bersolek utk mahram sahaja.Sekiranya dipaparkan utk dilihat org,maka akan mendatangkan fitnah. TIDAK SAH WUDUK DIATAS SOLEKKAN

Top up ilmu

Assalamualaikum ... Seperti biasa rutin jumaat maq sekarang ini, pergi ke kelas fardu ain . Selain dapat jumpa masyarakat setempat , berkenalan dengan wanita lain di kawasan sekitar , sedikit sebanyak dapat juga tambah ilmu yang dulu dulu belajar tapi tak fokus sangat.Sekolah agama sampai darjah 5 je , darjah 6 dah malas. Menuntut ilmu itu wajib bagi tiap umat islam. Semakin banyak kita belajar , semakin banyak yang kita tak tahu dan semakin banyak yang kita terasa ingin nak tahu. Tetapi bila kawan kawan lain  sedang fokus pada penerangan ustaz , kita tak perlulah banyak soal jawab ,banyak bertanya , kerana ini boleh mengganggu fokus jemaah lain yang sedang khusuk mendengar dan fokus ustaz yang sedang gigih menerangkan.Khidmat pengajar adalah berbayar dan masa adalah sangat terhad . Boleh jadi nanti , soalan soalan anda bakal membazirkan masa kawan kawan lain. Kalau nak bertanya , ambil satu masa yang khas untuk bersoal jawab. Mudahkan ? Maq belajar ilmu apa je maq kat situ

Sembang khamis

Assalamualaikum .. Selamat pagi . Bila umur makin bertambah , umur juga makin berkurangan. Kita tak tahu bila berhentinya perjalanan ini . Esok ? Lusa ? Atau kejap lagi ? Semua itu telah tertulis dalam diary hayat kita tapi hanya Allah je yang maha mengetahui akannya. Tugas kita cuma melengkapi setiap garis panduan hidup , berlandaskan hukum hakam agama dan peraturan dunia. Bila sembang dengan kawan kawan sebaya, Maq cakap jadilah orang tua , sebab orang tua lebih kuat berkerja dari orang muda . Seorang sahabat maq beri pendapatnya . Kata beliau "  orang tua tua dah pencen tu ,aku tengok melepak je kat warung. Itulah time diaorang rehat , dan hanya tunggu duit pencen" Jawab maq : kat rumah kita tak tahu diaorang buat apa.. Kata beliau : nak kena tau ke apa diaorang buat? Jawab maq : of kos , buat pedoman kita kelak.. Dan dengan bebesar harapan beliau beri ayat ni :  inshaa Allah kalau diizinkan , panjang umur  ,jumpalah kita pengalaman tua tu . Bila tunggu

Susu sejat ganti santan kelapa

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi . Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pilih susu ni

Roti buat alas perut

Assalamua'laikum .. Batu Pahat hujan ! Alhamdulillah . Line internet pun  jadi lah perlahan petang ni , Alhamdulillah . Dan bila hujan perut pun jadi makin nakal . Asyik minta diisi . Pergi dapur rebus telur , dah masak ,hancur hancurkan , campurkan mayonis dan lada hitam , kemudian kacau sebati. Letakkan telur yang sudah bercampur mayonis dan lada hitam tu keatas kepingan roti . Lapik dengan roti diatasnya dan potong . Dan terhasil lah ini ! Nama sandwich : Sandwich telur mayonis berlada hitam yang bersatu tanpa rasa bersalah .  Okey ,lepas ni kita nak kena sebut apa ? Ya , sebutlah Alhamdulillah ... Nota roti : Orang tua tua zaman dulu ada cakap , kalau malu nanti lapar , tapi maq ini orang tua zaman sekarang dan maq nak cakap .. " kalau malas ,jawabnya lapar lah memanjang "

Sembang pasal mikro wave terjebak

Assalamualaikum.. Petang yang mendung di daerah Batu Pahat. Nak ajak anda sembang petang ni sambil layan anak bongsu maq buat homework. Rajin sungguh budak tu ,maklom nak ambil PT3 tahun ni. Semoga dipermudahkan semua urusan beliau, aamiin. Okey , bila kita sentuh  pasal promosi dipusat beli belah , ramai orang berebut nak tahu barang apa yang dapat potongan harga tu. Kekadang , barangan yang dipotong harga tu tidak lah mustahak sangat untuk kehidupan seharian tapi oleh sebab harga selepas diskaun  jauh lebih murah dari harga asal , makanya pun terjebak beli lah. Dengan alasan , nanti nak guna senang ,barangnya dah ada ! Bijak sangat sangat kan ?!😍 macam ayat pada 'description' blog maq tu .  "Kita kongsi pada apa yang kita tahu , yang kita tak tahu , kita tanya ". Okey ada yang bertanya di group masak masak kat facebok tu, mikro wave model ini  masak apa yang boleh ? Nak adjust apa ? Berapa lama masa nak memasak ? Ayam ,ikan , daging boleh masak dalam ni k

Adakah mereka bersaudara?

Assalamualaikum .. Alhamdulillah wasyukurillah . Masih mampu meneruskan sisa usia yang masih ada . Sehari lagi umur bertambah . Dan kelihatan masih ayu 😍 ..huh perasan hehe Semalam punya semalam , maq ada terjumpa sesuatu yang asalnya macam lawak , tapi bila difikirkan , ee lawak ke ? Bila maq gunakan  nama sebenar maq sebagai nama untuk facebook , rupanya ada nama yang serupa ! Ke sahihannya sangat sangat memeranjatkan jiwa nurani maq ! Nama sebenar di my kad ialah Noraini Bte Rokani ! Okey , dulu dulu ,kata abah , nama Rokani tu ,asalnya nak diberi sebagai Rohani , tetapi apabila arwah datuk pergi daftar surat kelahiran , al maklom orang Jawa , idghram dia lebih pada huruf  H , dan dengan izin Allah Rohani terjadilah Rokani . ( cuba sebut loghat jawa sikit ,mesti sempoi je bunyinya  🙊 ) Dan , dulu dulu jugak ,maq dan adik adik berfikir ,ah mungkin abah kita je bernama Rokani sebab silap pada sebutan H oleh arwah atok. Tetapi , bila maq terjumpa sesuatu semalam , m

Khasiat Lobak putih

Assalamua'laikum.. Selamat tengahari. Alhamdulillah selesai sudah acara rutin maq iaitu aktiviti  masak memasak untuk harini. Harapan tukang masak , masakan kali ini menepati selera tukang makan. Siapa itu tukang makan ? Pastinya encik suami dan anak anak. Anda tahu lobak putih ? Sepupu kepada karot ? Cucu kepada kentang holand dan suku sakat keledek ? Kalau tak tahu mari lihat gambar dibawah yang maq ambil dari google . Itulah lobak putih. Maq biasa makan sayuran ini hanya  ketika dalam pantang. Ya , katanya lobak putih boleh menyebabkan air susu banyak.  Maq tak nak complain banyak , tapi air susu maq ketika masa dalam pantang ,memang banyak ! Makanya berkesan tak hasil kerja lobak putih ? Ha , jangan fikir banyak ,nanti macam macam terbayang diminda anda itu ..🙊 Harini sekali lagi , maq masak lobak putih . Selepas hampir 15 tahun tidak berpantang .  Eh !! Apakah maq dalam pantang sekarang ni ? Aip..aip ..no way man 😠. Semua itu dusta ! Kali ini maq masak lobak in