Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Majlis yang diundang

Assalamualaikum. Salam syawal ke 28. Alhamdulillah jika hari ini kita masih menyayangi insan yang sama dan masih disayangi oleh insan yang sama . Terima kasih Allah. Harini maq ada 2 undangan rumah terbuka . Antaranya undangan majlis rumah terbuka dari Dan dari , Tetapi  nasib tidak menyebelahi bila maq tidak dapat memenuhi undangan undangan diatas disebabkan urusan yg tidak dapat dielakkan. " sesungguhnya ukhwah itu bukan dilihat pada tiap pertemuan tetapi ukhwah itu hadir dalam tiap doa sorang sahabat kepada sahabatnya yang lain " Apa pun terima kasih kerana mengundang. Insha Allah , ada rezeki , ada umur panjang , kita akan berjumpa ya. Doa maq , semoga semua urusan majlis berjalan lancar dan dipermudahkan , aamiin... Terima kasih team UMNO cawangan Batu Pahat Terima kasih group GBGS SMKS 68/69. Maaf zahir dan Batin. Nota maq : harini takda nota , sis  disini dilanda kemurungan . 😕 Hahaha acah jek lah !

Bila Encik Suami sembang pasal Syurga dunia

Assalamualaikum. Idea ni lama dah maq simpan sebagai draf. Harini disebabkan ada masa terluang, draf dah boleh buat entri. Tajuk atas ? Haa pertama kali bila encik suami beri pendapat berdasarkan "pandangan mata seorang lelaki" huhuhu memang dasyat. Selama ni maq memang tak terfikir beliau boleh nampak sejauh itu. Soalan yang maq ajukan kat beliau ialah  : Apa itu syurga dunia? Jawapan encik suami : Anda ada anak anak , anda ada pasangan yang setia dan anda ada rumah yg bersih ? Dan walaupun anda berada dirumah buruk , atau rumah yang diperbuat dari kotak kotak atau bahan buangan sekali pun ,itulah "syurga dunia" anda yang sebenarnya. Apa guna rumah besar jika anak anak menjauhkan diri ? susah nak balik jengok orangtuanya? Apa guna rumah cantik dan mewah jika masing masing hanya uruskan hal masing masing dalam bilik masing masing? Kurang berinteraksi antara satu sama lain. Apa guna penampilan diri cantik molek bak artis terkenal kalau rumah anda ber

Hati hati sebab semuanya bersebab

Assalamualaikum. Alhamdulillah ,ucapkan syukur jika anda masih ada semua yang dimiliki sejak semalam. Kesihatan yang baik , usia yang bermanfaat , ingatan yang masih kuat . Semua itu adalah rezeki yang tak semua orang dapat .Termasuk juga rezeki pada keluarga yang menyayangi serta anak anak yang mengikut kata. Terima kasih Allah... Anak anak merupakan satu satunya harta maq. Sejak lahir kedunia ini ,maq memang tak ada benda yang boleh dibuat harta. Rumah? Takda.. Kereta? Takda.. Wang simpanan berjuta? Takda.. Ya ,hanya ada anak anak . Mereka lah yang bakal maq bawa sampai akhirat nanti. Terima kasih sekali lagi Allah... Bila si anak sulong sudah berkahwin , lega dah hati orang tua ini . Amanah Allah untuk ayahnya sudah berganti tangan kepada hak suaminya. Tapi jangan lupa , doa kedua orang tua masih sangat diperlukan selagi hayat masih ada , walaupun sudah berkahwin atau dah bercucu sekali pun , jika orang tua kita masih hidup, doa mereka masih berharga. Dan bagi anak an

Kemalangan dipadang sekolah

Assalamualaikum Harini Khamis, bersamaan 26syawal 1438H. Alhamdulillah masih berpeluang bernafas sehari lagi. Terima kasih Allah. Hari ini ada sedikit perkongsian pasal keluarga maq. Petang Selasa lepas, dalam pukul 2petang , anak bongsu maq balik sekolah seperti biasa. Bila masuk ke dalam rumah , dia terus minta maq urutkan jari manis dia yang bengkak akibat tersangkut baju kawannya ketika melakukan aktiviti pendidikan jasmani dipadang sekolahnya pagi tu. Katanya mereka buat latihan berlari berganti ganti  sambil bawa "baten". Maq tanya apa dia buat selepas kemalangan kecil tu ? Dia kata : - kawan kawan tolong urutkan sebab  mereka fikir mungkin terseliuh. - kemudian cikgu suruh rendam dalam ais dan lepas rendam tu , cikgu beri krim untuk disapu. -akhir sekali aida nangis . Haha yang last tu sebetulnya anak bongsu maq seorang yg susah nak nangis bila sakit tapi sejak dua menjak ini , dia merupakan seorang yang sangat berhati tisu. Allah hu.. Maq tanya

Sarang semut jadi samperit

Assalamualaikum. Malam malam macam ni ,makan baki kuih raya sambil nonton tv pun enak jugak kan? Maq sedang menjamu selera dengan kuih samperit coklat hasil kerja tangan anak anak tempohari. Kuih ini resepi asalnya dari resepi kuih sarang semut tapi disebabkan peralatan untuk buat sarang takda , dan idea kreatif punya pasal , makanya terhasil lah samperit coklat ini. Dan hasilnya ? " not bad " ! Hahaha Nota maq : Teringat  kata kata ibu kesayangan maq , "kita yang buat dia . Benda dah diadun , Teruskan jek !"   Hahaha ya ! Kita yang buat dia ,  dari sarang semut jadi samperit coklat ! Ko ade ? 😂

Maq buat drama

Assalamualaikum . Alhamdulillah , sudah sampai ke syawal yang ke 21. Dan harini Allah masih lagi beri peluang untuk kita diami bumi ciptaanNya. Terima kasih Allah. Apa yang diharapkan, umur yang dilanjutkan ini merupakan umur yang dilalui dengan keberokatan dan umur yang memberi manfaat. Nak tahu lebih detail pasal umur yang bermanfaat ? Cari di google , maq malas lah nak taip panjang panjang Pagi tadikan , masa maq pergi ke kebun . Apaaa? Maq ada "Kebun" ? Ya! Maq sudah ada kebun. Dan dikebun maq terdapat sebiji pasu pokok limau purut , sebiji pasu pokok daun kesum dan sebiji lagi pasu semaian cili padi. Tadda ! Tu jelah kebun maq setakat ini huhu . Dan  sekali lagi , terima kasih Allah, and thanks for everything. Apa yang belaku dikebun tadi? Ha maq dapat tangkap "pencuri" ! Percaya tak? Apaaa ? Maq tangkap pencuri? Dikebun yang cuma ada 3biji pasu tu ? Ya , betul .. ( buat muka kerek ) nak nengok wajah pencuri tu ? Lihat gambar bawah ini. Dia

Menjelang 07-07-17

Assalamualaikum Malam jumaat penuh barokah. Bila malam jumaat , pasti orang akan cakap lepas maghrib baca yaseen , tengah malam pula reramai pakat pakat bunuh shaiton . Hehehe detail? Malas , fikirlah sendiri . Kenapa tajuk post "menjelang 07-07-17 ? Kalau anda selalu ikut luahan rasa maq , dalam blog peribadi ini , setiap tahun bila tiba 7julai , akan ada kenangan demi kenangan  indah yang berlaku pada kehidupan maq. Alhamdulillah , semua itu  tanda kasih sayang dari pihak ahli keluarga ,kawan kawan dan semua yang mengenali. Bagaimana dengan 7julai 2017 kali ini? Waallahu a'lam . Apa tekad maq untuk penambahan kali ini? Ya , sudah terfikir ada beberapa misi yang akan dilaksanakan. Tapi apa yang paling utama , penambahan kali ini akan dipenuhi dengan gaya hidup paling sederhana. Senantiasa redha dengan apa juga yang menjadi hak milik. Sebab maq tahu , apa yang maq ada sekarang ni , semua itu rezeki maq yang Allah dah rencanakan sejak azali. Gambar atas m

Peminat durian

Assalamualaikum. Alhamdulillah , berita baik untuk peminat durian di Johor. Durian Fest and local fruits akan berlangsung selama 4hari ,di tapak parking plaza Angsana Johor Bharu .Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nombor whatsapp di gambar. Dengan masa yang terhad ,jangan lepaskan peluang kali ini , orang Johor , semua peminat durian dan peminat buah buahan tempatan diseluruh negara,jangan lepaskan peluang menarik ini . Jum serang Plaza Angsana ramai ramai !! Nota maq :  Yok wak lungo Plaza Angsana kono , mangan duyan ney akeh !  Hahaha cakap jawa tu ! Lungo jangan tak lungo !

Syawal ke 8

Assalamualaikum . Alhamdulillah wasyukurillah , syawal dah sampai ke hari ke lapan? Sangat pantas masa berlalu kan. Esok masing masing dah mula aktif seperti biasa. Dah mula melupakan kampung , ketupat dan semua aura raya. Ha ? Takda maknanya ? Hehehe owh ya open house ! Malam kan masih boleh berraya . Puasa sebulan maq , takkan nak raya hanya seminggu . Okey lah ,betul juga tu . Apa pun nasihat maq , raya tu raya juga , makan minum mohon dikawal . Perut kita saiznya tidak besar sangat. Salur darah pun dah letih nak buat pengaliran jika injapnya dah makin mengecil. Dan , ubat ubatan pun kos dah semakin tinggi sekarang ini. Jangan bazirkan duit gaji semata mata nak beli ubat. Hehe nasihat ini khas buat diri sendiri sebetulnya , dan andai anda seorang yang mudah menerima nasihat ,ambil lah pesanan ini. Anggaplah ianya sebagainya, "bebelan seorang ibu" buat anak anaknya. Apa pun masih tidak terlalu lewat untuk maq mengucapkan selamat hari raya buat semua. Andai ada