Beginilah situasi baru dirumah maq. Assalamualaikum. Dulu , masa maq pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di Batu Pahat untuk daftar diri sebagai pengasuh dirumah. Ada beberapa syarat yang pegawai disitu berikan. Selain anak asuhan tidak melebihi 5orang untuk sebuah rumah pengasuh , penggunaan buai dan baby cot juga adalah dilarang. Masatu maq baru je beli baby cot seperti dalam gambar tu dengan harga rm200. Tokey kedai baik sangat ,dia sendiri yang kurangkan harganya ,mungkin sebab maq masa tu comel lagi kot jika dibandingkan dengan maq yang sekarang ,hahaha dah mula rasa mual lah tu.. 😝 Awalnya maq dah rancang nak simpan atau jualkan saja baby cot tersebut tapi bila fikir balik , satu hari nanti mesti berguna katil ini. Dan harini , baby cot itu telah membantu maq dalam tugas harian. Kes ini maq panggil waktu "darurat dirumah" . Bila tiada siapa siapa selain maq dirumah ni , bila kata perut dah mulas nak melepaskan hajat , baby Ainul , maq dah
" Sejenis emak emak yang suka membebel beri nasihat,berpesan pesan dan menyayangi kerana Allah"