Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Jangan over thinking

Assalamualaikum.. Penjelasan dibawah ini sepertinya mengajar maq supaya jangan terlalu berat memikir. Sehingga terbawa bawa didalam mimpi , 😅.  Walau bagaimana pun petikan ini datang dari group whats app yang tak tahu menahu pasal mimpi ngeri maq tu. Anggap jek ianya sebagai kebetulan ,😂. Insha Allah... Alhamdulillah.. BAYANGAN FIKIRAN BOLEH BERTUKAR MENJADI REALITI Ini adalah konsep "Law of Attraction" yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.. Apa yang kita fikirkan, ia boleh benar-benar terjadi. Suatu hari, Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut. Beliau bersabda, " Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu". Orang itu menjawab, " Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah renta, boleh menyeretnya ke lubang kubur". Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah SAW bersabda : ‘ Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitula

Terbawa hingga ke dalam mimpi

Assalamualaikum Harini Maq nak kongsikan satu kejadian yang tak pernah pernah berlaku dalam hidup. Semoga maq tabah. Anda pernah bermimpi? Siang malam mimpi ? Itu bukan mimpi tapi itu berangan...hehehe . Baru baru ni maq ada termimpi..ok diulang sekali lagi terrrrr mimpi. Kisahnya macam ni. Lokasi seperti disatu majlis jamuan makan makan gitu. Maq dan encik suami diundang barangkali. Kalau tak dijemput mustahil kami ada dalam majlis tu kan. Haram makan kalau tidak diundang. Walaupun dalam mimpi ? Yep ! Sepertinya waktu tu ramai kawan sekolah maq ada. So kami pun makanlah bersama sama ..Tiba tiba encik suami beralih ke meja dimana kawan kawan sekolah  lelaki maq berkumpul.  Wah , maq teruja sangat sebab encik suami boleh geng dengan mereka ! I like !!  Sedang seronok menjamu selera , tiba tiba seorang kawan perempuan menegur maq - " maq , suami kau tu , boleh pula join kawan kawan lelaki kita ya. Apa saja lah yang mereka sembangkan tu " " ala  , diaorang

Keberkatan keluarga

Gambar sebagai hiasan HILANGNYA KEBERKATAN DAN REZEKI DI DALAM KELUARGA. 1. Sering bergaduh. Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah keberkatan hidup berkeluarga akan hilang, kerana syaitan bersama-sama ketika pergaduhan berlaku. 2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban. Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban. 3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah… 4. Kikir dengan pasangan dan anak-anak. Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pas

Amalan setiap pagi

HADIAHKAN LAH UNTUK DIRI SENDIRI... Setiap pagi apabila bangun dari tidur, beri salam pada diri sendiri dulu, panggil nama penuh anda dgn lembut 3 kali dan kemudian sentuh dada kiri anda (jantung) sambil mengucapkan "Alhamdulillah" Kemudian katakanlah , *"Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk diri ku sendiri, zahir dan batinku, Allah jaga hambaMu ini. Lindungi hambaMu. Jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yg mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah"* *Al-Fatihah Lakukan sekarang   kerana barangkali anda sudah lama atau tidak pernah menghadiahkan Al-Fatihah pada diri anda sendiri, lakukan sekarang dan nikmati rasanya.. Semuga perkongsian ini beri manfaat. Perkongsian dari group whats app Al Raudhah oleh Ustazah Normaizan. 

Zikir Nafas

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Sambil minum pagi tu , mari kita buat zikir nafas. Dibawah ini maq kongsikan sedikit perkongsian dari group whatsapp Al Raudhah Bukit Perdana. Semuga beri manfaat. Gambar sebagai hiasan Dalam kuliah dhuha pagi tadi ustaz sarankan kita buat ZIKIR NAFAS. Caranya dengan tarik nafas dalam-dalam (deep breathing) ikut hidung dan sebut ALLAH. Kemudian hembus perlahan-lahan ikut mulut sebut ALLAH. Buat la sebanyak mungkin. Dalam segi perubatan deep breathing ni banyak kebaikannya  tambah pula bila kita lakukan sambil zikir ; ▶ Melancarkan peredaran darah beroksigen ke seluruh badan ▶ Menguatkan otot paru-paru ▶ Menyegarkan otak dan tubuh badan Jom cuba dan yakin kesannya akan datang.

Indahnya kalau berangan

Assalamualaikum. Musim hujan dan banjir gelombang ke dua  kalini dah buat maq rasa pertama kali duduk dinegara musim sejuk. Indahnya nikmat Allah kali ini. Kipas angin asyik OFF, jimat dah elektrik. Tidur pun dah tak perlu berkipas. Yang tak pernah tidur berselimut pun dah  pandai cari 'gebo' ( gebo @gebar = selimut dalam slang Johor ) Air paip dengan air dalam peti ais dah sama sejuknya. Waktu yang diambil masa mandi pun dah tak lama. Kadang tu hanya mandi ala ala P.Ramlee je. Makanan  sentiasa 'laku' sebab perut masing masing asyik rasa lapar. Dan  nak masuk tidur dah tak sempat berangan jauh jauh . Baring je terus lelap. Allah hu nikmatnya. Agak agak kat negara bermusim sejuk macam tu kah ? Hehe jakun kejap sebab memang tak pernah lagi jejak kaki ke negara bermusim macam tu , 😅. Paling lawak bila lihat gambar kat bawah ni , dah boleh perasan habis dah ! Lihatlah betapa kreatifnya rakyat Malaysia kini. Agak agak anda kalau ada salji kat negara kita , apa

Buat Sahabat GBGS & SKK

Assalamualaikum.. Harini terlintas nak buat sedikit luahan tentang sahabat sekolah . Dan ini hanyalah kata kata peribadi Maq, tidak berkait rapat dengan mereka yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Mohon jangan ada yang terasa atau tercuit hati. Bicara wanita tua belum tentu ada yang selesa. Takpa.. Sahabat , Hampir 30tahun aku menghilangkan diri dari dunia persekolahan. Bermakna selama itulah aku hilang dari pandangan korang. Bila tamat SPM aku dah mula fokus pada keluarga sahaja . Zaman kita dulu mana ada PTPTN yang boleh beri peluang nak sambung pelajaran. Biasiswa pun limited. Permohonan wajib penuh syarat syarat tertentu. Apatah lagi macam aku , anak seorang buruh kasar, apa apa pun takda . Kami memang tak mampu. Akhirnya aku belajar untuk cari duit bagi tampung pendapatan keluarga demi persekolahan adik adik aku yang lain. Yes , aku berkorban untuk mereka. Itu je yang aku mampu masa tu tapi aku rela. Sahabat, masa sekolah dulu aku memang tak kenal sangat korang

Kisah anak maq bersekolah

Assalamualaikum 2018 dah masuk hari yang ke 7 hari ini. Bila tahun baru , alam persekolahan memang kekal jadi kenangan. Banyak benda bakal berlaku terutama bagi anak anak kecil yang pertama kali masuk kesekolah rendah. Jika ada anak yang menangis ,pada maq itu hal biasa. Ibu bapa jangan tertekan dengan situasi ini kerana apa yang belaku bakal jadi kenangan paling manis bagi mereka bila mereka dah dewasa nanti. Masih terbayang kenangan hari pertama anak maq masuk alam sekolah. Pastinya sekolah tadika. Itulah kali pertama kami berpisah  dari 7.30am hingga 11.00am ! Almaklom emaknya  seorang suri rumah ,makanya kami memang tak pernah berenggang walau seminit. Ketika anak pertama dan kedua , mereka mula bersekolah pada usia 5tahun lebih ( anak anak maq lahir hujung tahun ) tapi alhamdulillah kedua mereka sungguh berani. Tanpa perlu emak atau ayahnya hantar , mereka pergi sekolah pada hari pertama tu hanya dihantar oleh pemandu van sekolah yang kami sewa. Ini antara skil supaya anak