Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Tiga hari raya

Assalamualaikum Hari raya ke tiga dan sekali lagi maq terpaksa melepaskan anak kedua maq Ety  ke Pahang ,sendirian tanpa keluarga. Kali ni beliau dan beberapa lagi teman temannya hanya menaiki bas ekspress .  Cuti hari raya yang hanya 4 hari itu telah berjaya melepaskan rindu kami , biarpun sekejap dan tak puas bersama . Namun disebabkan raya , suasana tu banyak pada aktiviti hari raya . Balik kampung dan beraya kerumah saudara mara terdekat . Alhamdulillah Maq sedih ? Mestilah sedih ,sebak ,sayu . Macam macam rasa ada dalam hati ni , setiap ibu mesti ada rasa  yang macam maq rasa sekarang ni ..percayalah ... Maq nangis ? Huhhu maq tak nangis tapi ayah dia yang nangis :p ( tolong  tukar perkataan Maq jadi ayah dia dan ayah dia jadi maq ) hehhe naluri keibuan ku tak pernah padam hingga kehujung nyawa . Insya allah .. Encik Driver , tolong jagakan anak maq ye . Maq cuma ada 3  ni sahaja dan Tuhan ,tolong jagakan mereka ,bila mereka jauh dari maq .  Jadilah kal

Komen maq diserang orang KKM

Assalaamualaikum Salam ramadhan ke 25 buat semua . Nampaknya ramadhan sudah tiba di hadapan pintu waktu. Tak berapa lama lagi kita bakal ditinggalkan pergi . Dapatkah kita bertemu Ramadhan lagi ditahun hadapan ? Allah je yang maha mengetahui . Tahukan anda bahawa sepanjang maq aktif dialam maya ni , pertama kali komen maq dipage #Siakapkeli diserang pengLIKE dan pengKOMEN ? Puncanya bila mana sorang pekerja hospital meluahkan isihati mengenai kerjaya sebagai pertugas hospital . Tak kiralah jadi doktor ke atau nurse ke atau pembantu khas hospital . Sebenarnya jawatan tu ada namamya tapi maq tak tahu hehhe . Dan  ramai orang komen luahan itu dengan ayat yang tak sedap dibaca ,terdetik hati maq untuk menceritakan  ( berkongsi ) pengalaman maq sebagai pengasuh seorang anak nurse ! Dan respondnya ? Tujuan maq berkongsi bukan untuk menarik perhatian para pertugas hospital tanah air ,tetapi sekadar memberitahu pada orang ramai , betapa sukarnya kerjaya seo

Hari lahir maq

Assalammualaikum Alhamdulillah  akhirnya maq berjaya jumpa 7 julai  lagi . Dan bermakna setahun lagi usia maq  bertambah . Kali ni biarlah maq pakai semangat yg baru iaitu SEMANGAT 46 ! agak agak salah tak ye . Tiada unsur politik dalam ayat tersebut dan sila abaikannya. Sebenarnya orang tua ni dah 46 tahun dilahirkan didunia ini . Dan pada tiap 7 julai , ada 3 orang lagi ahli keluarga maq yang sama sama menyambut hari lahir yg serupa namun berbeza tahunnya. Betapa hebatnya nombor 7.7 ! Apa harapan maq dihari lahir kali ini ? Harapan ? Nak kurus memang tak dapat lah kan sebab bentuk badan ni memang dah disumpah untuk tidak lagi boleh mengecil  , mengembang senang lah hahha . Lain lain harapan ?? Dengan usia 46 tahun ni , maq nak Allah beri maq kesihatan yang lebih memuaskan , kehidupan dunia yg dipermudahkan disamping ahli keluarga tercinta , kasih sayang yg sempurna dan amal ibadah yg dipertingkatkan dari sehari ke sehari ,sebab maq rasa ianya masih kosong dibalang amala

Pesanan sebelum tiba hari raya

Assalamualaikum Jumaat terakhir untuk ramadhan kali ini .Alhamdulillah . Harap dapatlah Allah izinkan kita berjumpa shawal nanti . Amiin~ Raya ! Ahha tak sampai seminggu lagi nak raya kan . Persiapan ? Kalau  bagi ibu ibu macam maq ni , takpelah kalau tak beli baju raya kot .sebabnya anak anak lah yg paling utama dibelikan . Alhamdulillah  anak yg pertama dan kedua sudah punya wang sendiri , mereka pun dah beli baju raya awal awal secara online .  Banyak ke beli ? Tak delah , cukuplah sorang sepasang dress labuh untuk tiap mereka . Baju tahun lepas pun masih elok . Sebabnya anak anak maq kalau berjalan bukan selalu pakai pakaian berkain , mereka lebih gemar memakai jeans ( blouse dan seluar jeans )  dengan tu baju kurung  atau dress panjang memang tak terusik di tempat gantung pakaian . Ala ,raya je pun... ok, apa tujuan raya ? Meraikan  muslim dan muslimah yg dah berjaya menahan lapar dan dahaga ketika dibulan ramadhan . Dan meraikan itu bukan bermakna kena serba serbi

Maq doakan anak maq selamat

Assalammualaikum Harini dah masuk hari ke 4 Ety berada di kolej . Maq rasa apa ? Hehhe masa mula mula tinggalkan Ety kat situ ,memanglah sedih , sayu , sebak dan macam macam perasaan ada . Yelahkan dah hampir 20 tahun kami hidup bersama . Dari dalam rahim maq hinggalah sekarang . Ety sukar dihubungi di kolej . Melalui whats app , facebook masseger , twitter , memang nampaknya dia sukar dikesan . Dan bila maq menghantar pesanan . Dia akan balas pada waktu lewat tengah malam , sebelum masuk tidur. Kata dia minggu orentasi ni , dia memang sibuk . Harapan maq , Ety tak apa apa disana tu . Bersama 3 lagi rakan sebiliknya . 2 senior  dan 2 junior ,termasuk Ety . Maq ada beri Ety pesanan : Bukan senang nak jadi senang . Dengan kelulusan sijil SPM yang Ety guna itu , berharaplah sangat agar Ety tabah mengharungi kesukaran sebagai pelajar baru disana . Cuma maq nak tau , masih ada lagi kah  aktiviti 'raging'  oleh senior kepada junior ? Kalau dapat pihak yang berkenaan me

Dinasour dihighway

Assalammualaikum 30.6.2015 yang lalu ,selepas hampir 25 tahun maq tidak  menjejakkan kaki ke negeri Pahang , kini sekali lagi maq datang untuk kali ke dua. Atas tujuan menghantar Ety ke Kolej jururawat diKuantan . Jalan nya mudah dicari sebab maq pakai khidmat google map . Tapi saat paling ngeri bila mana maq lalui  lebuhraya Segamat-Kuantan . Kenderaan memang la tak banyak , tapi ada banyak hal yang buat maq tak selesa ketika betada didalam kereta waktu itu . Antaranya : Jalan yang sungguh sunyi .Dikelilingi hutan dikiri dan kanan. Perjalanan yg makan masa hampir lebih  4 jam tu dah mengambil jarak 170+ KM. Kalau waktu malam , maq rasa memang berpeluh satu badan walaupun dah pasang penghawa dingin . Lagi satu , maq ngeri bila ada terdapat lori lori besar yang sarat dengan kayu kayan , sawit dan minyak sawit  TETAPI  dipandu laju ! Mereka lebih laju dari kereta maq ! Maq marah ke mereka bawak lori  laju?? Yelah , kereta maq yg kecil ni pun dah lari 100-110KM/jam , maq dah c