Assalammualaikum .. Hujan diluar sana . tanpa perlu dipukau anak-anak asuhan maq sudah pun tidur dengan lenanya. So inilah masa yang sesuai bagi maq blogging ... Yahooo... Cuti semesta ke dua sudah pun bermula . anak maq ,anak asuhan sudah mula berkumpul semula dirumah ini seawal pagi . Jika Pada hari persekolahan mereka hanya bertemu selepas pulang dari sekolah ..nahhh.. Minggu ni mereka enjoy!! santak main dari mula sampai rumah maq hinggalah waktu makan tengahari . lepas makan sambung lagi bermain sehingga tiba waktu tidur pada pukul 2.00 petang . dan akan lena sehingga pukul 5.00 petang . dan selepas mandi mereka akan sambung bermain ...hurmm ... apa yg nyata disini .... Seronoknya jadi kanak-kanak kan , hanya kena makan .tidur , main ... Takde pun nak fikir soal GST , Takde masalah cinta , takde masalah kalau bil letrik naik , harga barang naik ... Tekanan darah pun takkan naik ! Tengok mereka tidur berdengkur ...maq yang cemburu sebab tak boleh nak join tidur ...