Assalammualaikum semua . lama sudah tak membebel disini hehe ,busy sokmo gitu . haish .. kadang-kadang buruk juga perangai kan asik busy dengan kehidupan didunia ni , harap maq takkan lupa dan lalai tentang kewajipan kehidupan maq diakhirat juga lahai ... nauzubillahhiminzaliq ~ harini entah kenapa jari begitu ringan nak membebel diblog . padahal bukan ada cerita hot nak disampaikan atau nak dikongsikan . sedang anak-anak asuhan begitu lena dialam mimpi mereka waktu ini ,maq memang diduga dengan situasi mengantuk juga, tetapi disebabkan masih ada kewajipan yg belum dilangsaikan iaitu menunggu kepulangan anak bungsu maqnie dari sekolah ,makanya maq terpaksa menahan rasa mengantuk yg meluap-luap ini . bila sebut tentang anak bungsu maq tu ..... maq sungguh kasihan melihat dia yg begitu tertekan dengan kerja sekolah ( kerja rumah ) memang kerja rumah itu perlu ,tetapi cuba anda semua bayangkan kerja rumah dah la setiap subjek ada ,kemudian ditambah dengan keratan kerja rumah