Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Anak susah makan nasi?

Assalamualaikum. Alhamdulillah wasyukurillah. Harini maq nak kongsi sikit perihal makan anak anak kecil. Semua yang maq kongsi kan ini berdasarkan pengalaman maq sahaja ya. Bila anak dah boleh makan nasi , tak semua antara mereka suka makan nasi. Ibu ibu ada yang rajin melayan tapi tak kurang juga yang ambil sikap sambil lewa mengenainya. Apa maq nampak ,kebanyakkan ibubapa suka bagi anak makan makanan segera. Ini amat kurang sesuai. Lebih lagi makanan seperti nugget , sosej , fishball ,fishcake dan lain lain lagi. Kenapa? " anak kecil mengunyah tak lama" mereka kunyah dan terus telan , maka makanan yang pejal seperti diatas tu tidak akan hancur sempurna. Biasa kita akan lihat bila mereka buang air besar , dalam najis ada kismis , taugeh , sayur sawi kan? 😂. Haa ya ke tak? Ok jawab lah sendiri. Namun apa yang kita nampak dalam najis tu masih ok lagi ,apa yang dikhuatiri , makanan pejal seperti sosej yang tak hancur tu akan tersumbat di usus terlebih mereka . Yes , t

Wish 27/11 dari GBGS

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dapat menaip lagi . Hampir 10hari pintu blog tutup . Tuan rumah sibok katanya hehe. 27.11.2017 - genaplah 24tahun maq dan encik suami menjadi pasangan suami isteri. Terima kasih Allah. Meraikannya? Takda pun , hanya ucap syukur sebab Allah dah bagi banyak sangat nikmat disepanjang perjalanan 24tahun ini. Insha Allah , anak anak balik berkumpul nanti , ajak lah mereka sambut reramai. Tak janji , tapi hanya mampu merancang jek ni. Apa yang lagi buat maq terharu pada tarikh keramat tersebut. Kawan maq dari group whatsapp sekolah menengah dan sekolah rendah sudah pun berpusu pusu beri ucapan. Malah bukan je ucapan anniversery malah terselit jugak ucapan selamat hari lahir ,😂. Masa tu awal pagi kot , maq pun belum sempat jengah whatsapp tapi mereka dah meriah dah ! Allah hu terharu sangat sangat. Apa kata anda baca screenshoot yang maq dapat dari group tu. Nota maq : Bukan nak

Ibubapa jenis apakah kita?

Assalamualaikum. Salam jumaat penuh barokah. Bila pagi tadi Batu Pahat mendung seharian, lepas asar ni mentari menyinari cuaca cerah penduduk disini. Alhamdulillah. Bila online twitter, anak anak muda mula berborak berkenaan kes rogol pelajar sekolah yang belaku baru baru ni.Yang jadi tajuk utama, KENAPA NAK SALAHKAN PEROGOL, SEDANGKAN GADIS TU PERGI KERUMAH BF NYA PADA PUKUL 4PAGI? ahha ,pengguna twitter dengan aktifnya mengeluarkan pendapat masing masing. Sehingga ada kekeliruan timbul dikalangan mereka. Al maklom orang muda , darah cepat panas . Maq sebagai orang dewasa dan seorang ibu yang punya 3orang anak perempuan hanya memerhati apa yang mereka bincangkan. Ada yang salahkan si gadis kerana keluar pada waktu awal pagi macam tu. Ada yang salahkan ibubapa sebab membiarkan anak gadis keluar rumah pada waktu yang tidak sesuai. Ada yang salahkan perogol dan teman lelaki. So maq nak salahkan siapa? Itu saja yang ayat maq yang mampu maq share kat mereka. Sebab

Negara kita terkini.

Assalamualaikum. Alhamdulillah , minyak naik lagi katanya harini? Apakah rakyat layak bersyukur? Ya , bersyukurlah jika minyak  naik dari minyak takda dijual langsung harini. Akhirnya semua pengguna pasrah. Nak kata apa lagi sebab nak bising satu dunia pun ,harga tetap serupa. Naik ,naik dan naik.  Untuk mengelakan dari dipandang sebagai tidak bersyukur ,rakyat terpaksa terima kenyataan. Teruskan kehidupan dengan macam macam lagi dugaan demi dugaan mendatang. Allah maha mengetahui pada tiap kejadian. Dan DIA hanya menduga pada hambaNya yang DIA sayang. Pasrah dan redha. Dengan cara itulah saja rakyat mampu buat untuk tenangkan keadaan ini. Apa yang lebih penting, kehidupan , anak anak , ahli keluarga kita masih boleh bergerak aktif . Tidak melarat ,tidak mengemis dinegara sendiri. Walaupun kehidupan zaman sekarang ni serba serbi tak masuk dek akal. Bak kata seorang rakyat Malaysia dibawah ini. Ya , harga diri paling penting dijaga! Kena berharga tinggi ! Maq ada tonton

Makanan kegemaran Maq ?

Assalamualaikum, Selamat menjalankan tugas buat semua yang bertugas.Amboi lamanya maq perap entri ya. Idea tu ada datang bila mana maq tengah sibok buat kerja tapi bila dah berehat , lupa dah nak taip apa , kadang tu terus lupa dunia (  tidurlah tu jawabnya heee ) okey fine , ini disebabkan oleh faktor usia katanya . Bulan November 2017 - genaplah usia rumahtangga maq selama 24 tahun. Kalau manusia usia 24 tahun ni,pastinya dah matang berfikir ,walaupun dia hanya mampu berfikir hal cinta dan kerjayanya sesaja,kan? Tempohari masa maq dan encik suami sedang bersarapan dirumah kami. Maq ada ajukan soalan untuk beliau. Maq : Ani kenal abang dari 1989  sampailah harini. Dan Ani pun dah masak dengan perangai abang , makanan kegemaran abang , kelemahan abang ,keistemewaan abang . Haaa .. Abang suka makan nasi goreng , apa jenis nasi goreng abang memang suka ,kan? Sekarang kalau abang dah kenal siapa isteri abang ni , abang tahu tak "apa makanan kegemaran Ani ?" Encik sua