Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Bila maq tak dapat masuk dashboard

Assalamualaikum Bila hari cuti dan anak asuhan cuma seorang , maq berpeluang online blog guna notebook . sebab nak pastikan post yang sebelum ni tidak over pada presentationnya pada awam. sebab pernah dulu , asyik sangat buat post guna tab , Rupanya hasil kerja besar gedabak , Orang buta pun boleh baca entri maq. hehehe magik nya ! Tak memasal  cakap magik, padahal silap sendiri heee ^^ Tapi apa sudah jadi dengan notebook maq kali ni amat memeranjatkan sekali. Maq tak dapat kebenaran nak masuk dashboard blog SENDIRI!!Apa tindakan maq ? Mestilah tanya pakar gadget , iaitu anak sulung maq, sebabnya ? beliau bukan lah pakar  komputer pun tapi beliau akan kontak tunangan beliau yang merupakan seorang juru teknik komputer . share the problem with her love * Apa yang problem sebenarnya ? Lawak je bila diberitahu : ~pergi ke setting , ~cari date setting Hahha al kisah rupanya date ( haribulan ) sudah lari . Boleh pulak diset date sebulan sebelum - 23.2.2016 dan jam pun

Johor cuti hari ini

Assalamualaikum Pertama kalinya harini  , 23 haribulan MARCH 2016 ,Orang Johor cuti kerana harini merupakan hari keputeraan ke bawah  junjungan Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor . Semoga  seluruh rakyat Johor akan  terus menikmati keamanan dan keselesaan dibawah naungan pemerintahan Duli Tuanku . Allah selamatkan Tuanku . Allah selamatkan Johor . Daulat Tuanku..

Strok Haba

Assalamualaikum Malaysia mengalami perubahan cuaca? Perubahan suhu ? Ini kenyataan pada persoalan diatas . Strok haba adalah penyakit yg mudah menyerang ketika cuaca panas  macam sekarang ni . Apa tanda tanda awal  diserang strok haba? Dan apakah rawatan perlu diambil jika terkena strok haba? Bagaimana mencegah strok haba ? Maklumat ni  dapat dari : http://www.thevocket.com/strok-haba/ Semoga bermanfaat buat semua . Mencegah lebih baik dari mengubati . Memang ajal maut ditangan Tuhan , tapi  doa dan usaha boleh  mengubah segala ,dengan izin Allah s.w.t in sha Allah

Ex pelajar 1981 ,SKK

Assalamualaikum Alhamdulillah diberi kesihatan yang masih kekal memuaskan . Dengan cuaca yang  kejap panas ,kejap sejuk , kita kerap diduga dengan  macam macam penyakit  yang  memang menduga fizikal dan mental .  Bertabahlah kerana  sakit itu penghapus dosa dosa kecil . Terima kasih Allah . Baru baru ni ,maq telah di hubungi melalui laman whats app oleh seorang sahabat sekolah rendah. Beliau minta izin maq untuk memasukan no phone maq dalam group sekolah rendah kami. Dan maq bersetuju. Anda bayangkanlah  episod 35 tahun lalu. Hampir 100% fizikal kami berubah , dan ada yang sudah pun bercucu , alhamdulillah .. ye segalanya berubah ,tapi apa yang tidak berubah ? Mestilah nilai persahabatan tu . Pada maq , 35 tahun bukan jangka masa yang singkat ye. Tapi bila sesaorang itu masih mahu menegur kita , ajak kita sembang , ajak berkongsi maklumat ,saling doa mendoakan sesama sendiri , itulah SAHABAT . Maq sangat bersyukur kerana  hampir kesemuanya masih kenal maq ( Noraini Rokani )  -

Calcium Magnesium Nutrilite

Assalamualaikum Bila  encik suami kerap sangat mengalami 'cramp ' dibahagian otot . Seperti betis , peha dan tangan ,maq sarankan beliau pergi buat pemeriksaan di klinik . Klinik yang biasa maq pergi ialah klinik Iwani . Kenapa ? Mestilah sebab ubatnya yang serasi ,layanan doktor pun sangat memuaskan . Harga ubat pun berpatutan. Apa kata dokor bila suami mengadu kerap cramp pada otot?kata doktor ,selalunya perempuan pregnant je cramp otot .  Awak mengandung ? Hehehe doktor buat lawak ye? Yang sebenarnya kata doktor ,jika kurang kalsium  dan suasana sejuk melampau , manusia  akan mengalami cramp otot - orang melayu cakap - simpul biawak -  kat mana bersimpulnya maq pun tak paham.  Tapi kitakan tahu ,orang melayu dulu memang hebat bila bagi ayat dan perkataan dalam kehidupan sehariannya. Kasihan la kat biawak yang tidak berdosa . Dan apa tindakan maq selepas ni , ye ,maq akan pastikan  suami kena berkongsi suppliment serupa maq makan , yang selama ini beliau kata

Gerhana matahari

Assalamualaikum .. Rata rata group whats app maq dah mula berkongsikan perihal  kejadian ini sejak beberapa hari yang lalu . Gerhana matahari yg dijangka berlaku esok. Rabu 9.3.2016 pukul 7.25 pagi hingga 9.00 pagi . Maha suci Allah yang mentadbir sekelian alam. Tiap yang berlaku ada hikmahnya. Sebagai hamba , selayaknya kita sentiasa  memanjatkan doa yang baik baik untuk diri sendiri , masyarakat dan seluruh umat islam Sesungguhnya Rasulullah s.a.w amat gelisah bila tiba waktu gerhana seperti ini. Baginda tak putus putus berdoa dan merintih kepada Allah s.w.t . Demi keselamatan umatnya. Sedang Nabi yang tak buat dosa pun risau ,kenapa kita ,manusia yang dosa seperti pepasir dipantai ini , cuma anggap kejadian gerhana ini sebagai biasa biasa aja? Waallah hu'alam Didikan itu asas kehidupan*

Karenah perempuan

Assalamualaikum Bila dilihat pada carta diatas .. jujur maq cakap : " kadang kadang ,orang perempuan ni , dia sendiri pun tak tahu apa yg sebenarnya yg diaorang hendakkan. Tapi sebagai perempuan dan seorang isteri ,maq berani cakap , orang perempuan ni merajuk  dia taklah pergi kemana pun . Apa yg dia hendak ,masa dia tengah merajuk atau sedang  rasa marah ,  orang lelaki @suami , silalah ada disisi , dengarkan je apa yg dibebelkan ,dan kemudian sama sama buat penyelesaian pada permasaalahan yg si perempuan @isteri cuba bangkitkan. Jika suami cool , sabar  dan tenang . Kemudian lebih pada senyum ketika isteri tengah membebel , maq rasa ,gunung Tahan pun boleh runtuh ..apatah lagi hati panas seorang isteri .." Lelaki @suami  , cubalah ye.

Ikhlas

Assalamualaikum Selamat  pagi Isnin . Sekejap saja kita sudah berada di bulan march 2016 . Alhamdulillah  masih diberi peluang  bernafas untuk meneruskan amalan dan  untuk  terus melakukan taubat pada dosa yang silam. Dalam ikhlas ada baik tapi dalam kebaikan belum tentu ada ikhlas. Sebab tu maq pernah pesan : JADILAH  KAWAN YANG TIADA  BERSYARAT Berkawanlah dengan orang sekeliling  dan dengan yang sudi berkawan dengan kita. Tak perlulah kena  jadi friendlist  difacebook Atau follower  ditwitter ,instagram atau blog. Persahabatan yang ikhlas itu bukan lah wajib berjumpa ,bertentang mata , tapi dia mampu membaca luahan hati kita, masaalah kita, beri nasihat dengan ikhlas ,dan tidak  meremehkan masaalah orang lain..itulah kawan yang TIDAK LAYAK  ditinggalkan. Tak serasi ? Itu bukan alasan, jadilah kawan yang lebih kepada memahami ,in sha allah ..orang lain jugak akan faham masaalah diri kita. Maaf ,ini pandangan peribadi maq, tiada berkaitan dengan yg hidu