Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Me time ?

Alhamdulillah.. Bukan senang nak senang. Sebagai manusia ,kita  cuma perlu naik taraf  sedikit demi sedikit kesabaran. Nak berjaya bukan cukup dengan satu dugaan. Nak kuat bukan cukup dengan satu pengorbanan. Yang penting niat dan doa.. Thank you Allah..Kau permudahkanlah  urusan mereka yang berusaha untuk semua ini. Buka luas lagi pintu pintu rezeki mereka. Yes , it's done !🌹 -doa yang baik baik aja..💕

Rezekimu tahu dimana dirimu

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian dari group whatsapp. Sekadar jadi penguat semangat dalam melakukan amal dan ibadah. Supaya kita tak leka. Supaya kita bersyukur.. Inshaallah Mungkin kamu tak tahu dimana rezekimu.. Tapi rezekimu tahu dimana dirimu.. Dari lautan biru, bumi dan gunung.. Allah memerintahkannya menujumu.. Allah menjamin rezekimu, sejak 4 bulan 10 hari kau dalam kandungan ibumu.. Amatlah keliru bila rezeki dimaknai dari hasil bekerja..Kerana bekerja adalah ibadah.. Sedang rezeki itu urusanNya. Melalaikan kebenaran demi mengkhwathirkan apa yang dijamin-Nya adalah kekeliruan berganda.. Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji. Yang mungkin esok akan ditinggal mati.. Mereka lupa bahwa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka.Tapi apa yang telah dinikmatinya.. Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita.. Allah menaruh sekehendak-Nya.. Diulang bolak balik 7x Shafa dan Marwa, Tapi zamzam justru muncul dari kaki bayinya.. I

Kenangan Awal Persekolahan.

Assalamualaikum.  Peringatan : jika anda terjumpa aksi aksi seperti diatas dalam 2/3 hari ini , jangan panik atau pelik. Ini tidak bersangkutan dengan kes culik. - pesanan dari khidmat nasihat group whatsapp. Awal tahun , sesi persekolahan murid baru memang mencuit hati. Nangis , seronok , takut takut atau blur ,itu perasaan yang lumrah bagi anak anak yang baru menjejaki alam sekolah. Jika sekolah tadika mungkin tak sangat terasa ,tapi bila dah masuk darjah satu , dan ada lima darjah lagi selepas tu , tentu saja kehadiran murid murid yang sangat ramai tu boleh menimbulkan 1001 perasaan kepada murid darjah satu. Kadang tu , si anak tu tak apa apa , tapi ibubapa pulak yang risau semacam. Lebih lagi dengan persekitaran yang macam macam benda ada kat sekolah tu kan. Padang ,kelas bertangga ,kantin ,murid murid ramai , longkang , tandas yang jauh dari kelas , semua ini adalah pengalaman baru bagi seorang murid darjah satu. Hati emakbapak mana yang tak risau kan. Sejak dari ruma