Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Duduk rumah tertekan?

Assalamualaikum Hai readers , dah berhenti kerja ?dan sekarang cuma duduk dirumah. mesti ada rasa tertekan kan? Anda mungkin antara golongan yang diberhentikan kerja. atau terpaksa berhenti kerja demi nak melihat anak anak membesar didepan mata sendiri.  Mungkin juga atas desakkan suami tersayang kerana dia nak anda jaga sendiri anak anak , jaga keperluan keluarga dan nak anda mengurus rumah tangga dengan sepenuh jiwa. okey .. kata kata dari maq ~ redho je lah, mungkin ini jalan terbaik buat anda dan keluarga. jangan mengeluh sedih sebab tiap yang berlaku ada hikmahnya yang Allah dah tentukan sejak azali. senyum dan katakan , "ye! semua ni kerana kasih sayang aku kepada keluarga dan semua ni demi kerana Allah. rezeki ada dimana mana . pintu rezeki Allah luas dan rezeki bukan je pada wang ringgit , tapi pada kesihatan ,kebahagiaan rumah tangga ,pada sifat  tahan sabar pada tiap dugaan ,tu pun semua adalah rezeki.." Bosan ye duduk rumah dengan kerja rumah yang tak pe

Rezeki dari Allah

Assalamualaikum Jumaat datang lagi . Orang gomen cuti di Johor manakala orang tak gomen  kena kerja la . Lagi lagi macam maqnie yg kerja sendiri. Hari hari adalah hari kerja . Kalau cuti siapa nak bagi duit kocek?Suami ? Biarlah dia uruskan tanggungjawab dia yang lebih utama dan lebih wajib dulu . Sebagai seorang  isteri yang masih sorang sorang je isterinya*  maq tau tahap kesukaran suami nak adjust adjustkan duit gaji beliau, lagi lagi dalam zaman nilai duit adalah rendah . Beli barang takda yang murah. Bawa rm 100 ke pasaraya macam main main je shopping nya. Tak rasa apa dah. Mengeluh? Tak perlu , tapi kena tabah dalam redha. Kerja ! Dulu maq bekerja sebagai seorang line leader disalah sebuah syarikat Jepun di Batu Pahat . Syarikat tu memang popular di Johor . Gaji pun memang memuaskan. Bayangkan era tahun 90an kalau gaji rm 1200/sebulan sudah cukup besar buat seorang perempuan berkelulusan SPM macam maq. SPM jew~ alhamdulillah boleh lah cakap orang putih sikit sikit . Yes,

Antara punca jiwa kacau

Assalamualaikum Selagi namanya manusia kesempurnaan memang tidak pernah dimiliki. Tapi bila dikatakan manusia . Mereka punya akal yang sentiasa waras .mereka juga punya nilai murni dalam kotak pemikiran , perbuatan dan hasil kerja . Kesemua aspek ini sangat perlu dititik beratkan untuk setiap manusia nak  terus hidup dalam masyarakat . Lazimnya manusia yg kurang nak memahami  pada manusia yg lain , mereka gagal nak bezakan antara kata kata sindirian  dengan kata kata gurauan. Ini lah yg sering terjadi dalam kelompok kemanusiaan era kita diakhir zaman ini. Lebih lagi dunia social yang semakin jauh diterokai . Keperibadian yang  dinilai cuma terpamir pada barisan huruf dan sambungan ayat demi ayat  dan  sebenarnya inilah  antara penyebab manusia zaman sekarang kalah dgn perasaan mereka sendiri . Puncanya ?? * sila baca ayat pertama pada perenggan yang pertama diatas . Sebagai manusia yang dah hampir 50 tahun hidup . Maq hanya mampu tersenyum sambil berkata didalam hati ..

Perangai biarlah setaraf usia

Assalamualaikum .. Bila usia meniti hari demi hari . Kita akan terasa betapa kita semakin tua . Zaman kegemilangan kanak kanak , remaja belasan tahun semua itu sudah jauh  tertinggalkan oleh kita . Tapi mampukah kita menjadi dewasa setaraf usia ? Kenapa kita masih tidak berubah ? masih mudah panas baran ? Masih gemar iri hati ? masih selalu rasa dengki ?  Masih mudah rasa  kecewa? Jawapannya mudah je sebab kita tak nak berusaha utk berubah kearah yg lebih positif dari sebelum ini .  Ayuh lepas saat ini  berubahlah supaya kita menjadi kita yg lebih baik dari sekarang dan sebelumnya.   Cubalah berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik sesama kita .Memang susah tapi berusahalah  demi diri sendiri terutamanya. Berkata untuk diri sendiri..

Welcome 2016 , Bye 2015

Assalamualaikum 2016 dah buka pintunya . Setahun lagi usia bertambah , in sha Allah . Sudah kah kita penuhi azam 2015 ? Sedangkan azam 2014 pun ada yang masih belum terlaksana . Lupakanlah tiap azam  di setiap awal tahun , tapi sentiasalah menanam  azam dalam jiwa untuk menjadi manusia yang lebih baik . Bukan je setiap awal tahun baru , tapi disetiap awal pagi selepas bangun dari tidur. Berazam disetiap pagi , bakal membuat hari hari kita disepanjang hari adalah bersemangat ! Contoh ? Pagini maq berazam nak jadi seorang manusia yang sentiasa berfikiran positif disepanjang waktu. harga minyak turun dimalam tahun baru ? Alhamdulillah jika mereka* ada jugak ingatan nak turunkan harga minyak , untuk berapa lama? Jangan tanyalah sebabnya tiap yang turun pasti akan naik semula. Eah ? Dalam hidup maq , maq ada 3 pekerjaan dalam sehari yang nak diuruskan. Isteri untuk suami Ibu untuk anak anak Pengasuh untuk anak anak asuhan Haraplah sangat tahun baru ni Allah bukakan