Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Kesilapan seorang perempuan

Assalammualaikum semua, senyumlah walau hati menangis,rindu yang datang tiba-tiba kadang kala taktahu siapa yang punya,namun terbayang wajah orang tua yang jauh, wajah adik-adik,wajah orang yang pernah menjadi insan tersayang,membuatkan jiwa makin kacau. naluri seorang perempuan,bila rasa rindu,hati jadi sebak semacam, macam lah esok lusa tak akan berjumpa,ye tak? air mata tu senang sangat menitisnya pun,alahai... kalau budak - budak menangis nampak la comel,tapi bila budak expired yang menangis,buruk beno ~ hehe sebut pasal perempuan ,hampir semua dikatakan bersifat penyayang, sayang suaminya,anak-anaknya,ibubapanya,kawan-kawannya, jiran-jirannya..boleh cakap hampir seluruh orang yang hampir dengannya adalah yang disayang. cuma jenis kasih sayang nya saja yang berbeza-beza. namun berbeza dengan kaum lelaki,mereka hanya sayang ahli keluarganya dan kekasihnya je..eh...hehehe~ apa silapnya perempuan : kalau dah sayang tu lupa dunia,sanggup berkorban apa saja untuk yang disayangi

Mencari saham akhirat

Assalammualaikum syukur kita dapat bertemu sekali lagi  jumaat dalam hidup ini. sekali lagi dipertemukan dengan semua  mahluk di maya ini. sehari lagi nafas masih mampu berhembus. sehari lagi jantung masih  terus  berdegup. sehari lagi mata masih dapat melihat keindahan alam. sehari lagi anggota badan masih mampu bergerak untuk melakukan semua tugasan alhamdulillah syukur.. syukur ..syukur padaMu YA ALLAH...Maha Pengasih, Maha Penyayang... jam menunjukan keangka 10.45am Maq baru nak masak didapur tiba-tiba handset maq berbunyi tanda ada pesanan ringkas dari seseorang bila maq buka rupanya pesanan ringkas itu datang dari ustazah yang mengajar maq ilmu tajuid al-Quran .Terharu membacanya SMS beliau bila ayat yg di hantar kepada maq berbunyi : Ustazah : salam ..gembira hati dan Alhamdulillah  anak-anak didik akak dah boleh membaca doa dalam majlis yasin,  mudah-mudahan akan berterusan..amin2 Maq : Wsalam,mana akak tau ;)   tapi semua tu hasil dari didikan akak jugakkan..s

suami yang tak bersyukur

Assalammualaikum dalam mencari keutuhan rumah tangga suami dan isteri mainkan peranan masing-masing apa yang selalu diperkatakan suami adalah ketua keluarga dan isteri adalah sebagai pengurus rumah tangga namun begitu dalam dunia yang serba moden ini ramai suami terlupa yang dia adalah ketua keluarga malahan banyak urusan keluarga di serah bulat-bulat pada isteri temasuklah nafkah ! ramai suami hanya lepas tangan dalam rumah tangga si isteri yang nak kehidupan yang lebih sempurna terpaksa berkorban apa yang dia ada termasuk wang ringgit nya sekali padahal hasil kerja isteri sesungguhnya adalah hak isteri bukan lah nafkah untuk tanggung keluarga ramai suami yang hanya menghabiskan duit gaji untuk kepentingannya sendiri ramai pula merasakan cukuplah hanya dengan bayar duit rumah,bil,dan belanja dapur. yang lain-lain itu hak isteri mengguruskannya..adil kah? untunglah jika dapat suami yang tak berkira sangat dalam urusan perbelanjaan rumah tangga tetapi rugilah bagi y

kewajipan dan hari minggu

sunday is coming lah speaking london pulak tu hehe hari minggu macam ni aktiviti serupa berlangsung asben nak makan nasi lemak so layan kan je la ,sambal sotong semestinya siap breakfast teringat baju mak yang disuruh jahitkan uhh..start pegang gunting pulaknya eh..persiapan hari raya anda semua macamane? lagi lebih kurang tak sampai 3 bulan ramadhan akan datang kan.. bila siap memotong,asben ajak pula pergi balik kampung nya di Parit Yusuf ok sayang,lepas zuhur kita gerak ye.. emmm.. itu lah aktiviti separuh hari maqnie di hari minggu ni esok seperti biasa ,aktivit serupa lah.. melayan anak-anak asuhan yang macam-macam perangai tu hehe apa pun kehidupan mesti diteruskan aktiviti yang serupa adalah rutin dalam hidup mohon Allah berikan kesihatan yang sempurna buat maq dan maq dapat menunaikan semua tanggung jawap ni dengan sempurna...aamin....