Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Maya matahari diserang

Assalamualaikum .. Jika anda perhati pada post maq yang sebelum ni ,pada gambar yang akhir tu , ada kah anda nampak gadis comel pegang monopod berdiri didepan ?itulah adik sepupu maqnie, dia ialah Maya matahari (Maya Roslee) Kenal ? Remaja nowday mungkin tak kenal kot , tetapi yang membesar era akhir 1990an , mungkin kenal. Pada majlis santai bersama generasi Mohd Salleh , Maya pun turut serta . Seperti biasa , beliau akan menjadi buruan kamera  ahli keluarga yang lain . Yok tengok aksi peminat merangkap ahli keluarga setelah sokongan padu tetap diberi dari mula Maya menjejak kaki diarena seni tanah air sehinggalah kehari ini . Selamat maju jaya maya ! Gambar dibawah ni maq dapat dari group whats app FC- Fatimah's cucu.  Ada yang dah jadi follower instagram maya , ada yang dah mula layan lagu lagu maya diutube , dan ada yang tak nak cuci tangan selepas bersalaman dengan maya dan ada yang tak nak cuci baju sebab dah terlanggar bahu maya .😂😂 Ragam  cucu mak tok !

Santai bersama Generasi Mohd Salleh 2016

Assalamualaikum .. Bila sebut pasal silaturahim dalam keluarga , dengan senyum maq akan kata , kasih sayang dalam keluarga tiada batasan dan garisan sempadan. Darjat ,pangkat adalah milik peribadi yang tak boleh dibawa mati , tapi apa yang kekal sampai mati ialah kasih sayang ahli keluarga dan silaturahim yang harus dipelihara kerana semua ini bakal menjadi penyambut kita dipintu syurga . Sabda Rasulullah s.w. " tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturahim" - Hadis dari Al Imam Muslim. Sehubungan dengan itu , pada 8hb julai 2016 ,keluarga maq sebelah ibu , telah mengadakan majlis..  * SANTAI BERSAMA GENERASI MOHD SALLEH 2016* Acara yang julungkali diadakan oleh generasi Mohd Salleh  ( moyang maqnie sebelah ibu ). Ianya disertai 4 generasi ,iaitu anak , cucu , cicit dan piyut allahyarham Mohd Salleh. Kami berasa sangat bertuah kerana idea ini bakal mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli keluarga .in sha Allah ,itulah harapan semua orang.  A

Sambut birthday raya

Assalamualaikum salam aidil fitri buat semua readers blog maq. Alhamdulillah , Tahun ni maq beraya sambil sambut birthday , 7Julai 2016  ,pada hari raya ke dua ,setahun lagi usia bertambah. makin tua ke makin muda ? hurm .. perangai je orang tua , jiwa masih muda belia huhhu . Kenapa maq cakap macam tu? Sebabnya bila kita fikir asyik nak jiwa orang tua , nanti kita asyik juga anggap yang semua kata kata kita adalah betul , sedangkan orang muda pun kadang kala bijak juga berfikir . tapi bila fikir pasal mati , orang muda pun jika sudah takdir , maka akan  pulang lebih awal keasalnya  dari orang tua , SubhanAllah .. Setiap tahun , maq sambut birthday bersama 2 lagi sepupu perempuan maq , mereka juga lahir pada 7 julai .Tahun ini sambutan agak meriah kerana kami memang berkumpul di sepanjang cuti hari raya . kejutan birthday bersilih ganti, Syukur kemeriahan raya di rasai dengan kemeriahan kejutan birthday. terima kasih buat semua ahli keluarga yang terlibat , adik adik sepupu