Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

mungkin sudah ajalnya disitu

Assalammualaikum ... sejak kebelakangan ini sering kita dengar kisah -kisah sedih yg meragut nyawa kanak-kanak di Malaysia ini . baru-baru ni 8 orang pelajar mati lemas sewaktu mandi di Sungai Muar ~ Segamat . dalam sehari 8 kematian , didalam  1 kawasan , amat menyayat hati ... sungguh pilu . memanglah  sudah ajal . itu pada yg malas nak fikir banyak  tapi pada yang rajin memikir ,macam maqnie ni , hati ini tetiba berdetik...   hurm ...kenapa la mereka pergi ke sungai yang dah jelas merbahaya tu , maq tengok kat tv pun dah nampak sangat yg sungai tu besar ,lebar dan dalam ! dan ia jelas sekali amat merbahaya buat kanak-kanak yang seusia mangsa . cubalah kalau mereka  terus je balik kerumah selepas sahaja  berjogging kan .....hurm ...benda dah belaku  ...redha je lah . harapan kita keluarga mangsa lebih tabah dan merelakan kehilangan insan tersayang . yg pergi biarlah dia pergi ,yg masih didepan mata ni sentiasalah pastikan mereka berada disituasi lindungan yg sihat dan selamat ...

Doa maq

Assalammualaikum hai readers  betul kata orang tua dulu-dulu ''jaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak gadis '' bayangkanlah maq ada 3 orang anak gadis yang semakin  meningkat naik ..usia mereka 20,19,12 tahun. bayangkan bagaimana kecik besonya hati maq bila mereka membesar didepan mata ni .   kadang kala air mata jadi teman sebagai pengganti kata-kata yang  bukan lagi senjata untuk mendidik mereka . kerana  ada kala mereka lah teman bercerita kisah suka duka sebuah kehidupan . kadang-kadang mereka lah tempat maq mengadu sedih dan gembira . dan kadang kala kehendak remaja mereka buat maq kecewa . namun disetiap doa maq  sering diucap ...mohon Allah jadikan mereka ini sebagai anak yang sentiasa hormat orang tuanya dan orang yang berada disekelilingnya dan mohon mereka ingat untuk menjaga maruah diri dan taat pada perintah Allah . pada maq biarlah rendah tahap pelajarannya tapi tinggi budi bahasanya kepada orang tua . mohon Allah perkenankan do

indahnya dia dimata maq

Assalammualaikum bila kita sebut pasal keindahan ,maq ada banyak benda yg indah-indah yang sangat menarik minat maq. antara benda yang begitu indah ciptaan Allah yang buat maq teruja untuk menatapnya ialahburung  merak atau nama saintifiknya PAVO MUTICUS . entahlah dalam banyak -banyak burung di Malaysia ni merak merupakan hidupan yang sangat menarik dimata maq  ...

suara hati seorang perempuan

Assalammualaikum .... kalau cerita tentang perangai orang perempuan , kita  mesti  selalu cakap : dah namanya perempuan mestilah dia , kuat merajuk ,  suka membebel ,  suka pada kecantikkan , minat bergosip , suka menangis , senang senyum senang marah .. eh ..ada banyak lagilah perangai-perangai yg agak 'kureng sedap di dengari . betul ke bohong ni ? hehe tapi maq nak tanya ...ada tak antara kita * tak kira lelaki  atau perempaun * yg memahami perasaan perempuan ?kalau orang perempuan mungkin boleh sikit kot sebab mereka kaum sejenis , tetapi kalau orang lelaki ni ,agak-agak mereka tu memahami tak ekk ?? ish ..ada..... tapi  tak semua la kan .. kenapa maq tanya soalan gini ? pada maq , .LELAKI yg sentiasa menghormati pasangannya ialah lelaki yg sentiasa paham apa mahu orang  perempuannya ,dan dia tidak akan menganggap orang perempuannya itu melakukan benda yg bukan-bukan di belakangnya  . .