Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Musim durian datang lagi

Assalamualaikum kalau dilangit  musim hujan ,disekolah pulak musim exam..tetapi di kebun pulak dah musim durian ,tak beli orang sedekah , takde orang sedekah orang belikan pulak..hahahah sama je ek... bila tiba musim durian banyak lah yg kondem.. musim demam, selsema, batuk dan bagai-bagai musim pun datang aku dan family belum ada beli lagi tapi orang bagi tu ada lah..alhamdulillah maklom la pokok durian aku belum besar lagi di belakang rumah tu. agak-agak nanti umur berapa lah dia baru berbuah kan hurm kesian kan..so sekarang ni kalau nak makan kena lah keluar kan modal sikit....ala..kira sedekah sudah lah tu.. sedekah tu amal jariah ye makcik2.. ek? Sekejap ye  nak pergi tengok peminat durian melayan perasaan mereka.. melayan anak-anak ni ada kala seronok..ada kala makan jiwa hahaha...

Tahniah Arif dan Aisyah

Assalamualaikum  kali ni maqnie nak share satu berita gembira. gembira buat maqnie, buat mak abah, buat adik maqnie dan buat seluruh family encik Rokani .. keputusan UPSR dah pun diumumkan harini ( 19-11-12). tahun ni dalam family maqnie hanya seorang je yg menjadi calun utk peperiksaan ini iaitu anak saudara maq yg bernama Aisyah Diana.beliau merupakan anak kedua dalam keluarga adik perempuan maqnie ( Noriza & Nazrulhisham ). harini jugak beliau telah memberi senyuman bahagia untuk kedua ibubapanya atas kejayaan beliau dalam UPSR dengan keputusan nya iaitu 5A :) tahniah Aisyah Diana... !!! '' mak long harap kejayaan ini akan menjadi semangat buat Aisyah untuk lebih maju dalam pelajaran yg akan datang.. sebenarnya abang Aisyah iatu Arif Danial jugak mendapat keputusan yg sama pada tahun lepas - 2011-    .syukur alhamdulillah harini kejayaan kembali lagi dalam keluarga ini.. tahniah ..tahniah dan tahniah...'' Moga kejayaan demi kejayaan akan hadir dalam

selamat hari lahir Ety

assalamualaikum... esok 18 november esok ety izzaty punya birthday esok umur dia genap 17 tahun esok jugak maq kena belanja dia makan ke? hehehe tengok la macamane nanti kan sebab kalau my mr castelo  tak mau keluar mana mungkin  nak bawa dia keluar... dia makin besar sekarang... dah pandai mencari kehidupan dia sendiri..kot.. hahaha berangan jek..ubun-ubun lembut lagi jangan nak mimpi la. maq ni mama dia maq kawan dia kadang-kadang musuh dia jugak hehe tapi semua tu demi keselamatan dia demi kasih sayang maq untuk dia.. adik dan kakaknya.... tapi sudah dikatakan remaja semua yg dilakukannya  dianggap betul kami mak bapak mereka ni semua nya kurang betul... maq tau lah sebab maq pun pernah muda dulu-dulu... memang sukar nak mendidik anak gadis memang sukar jadi seorang ibu memang sukar jadi seorang perempuan yg sempurna tapi amat tak sukar jika kita buat semua tu jika kita iklas insha ALLAH.... andai esok maq tak dapat belanja dia makan or belikan kad.. ni

Terserahlah

Bismillah.. Sebagai insan yg silap, salah ke kalau aku memohon maaf atas semua kesilapan? Salah ke jika aku berlaku jujur atas semua kekusutan? Memang perit untuk menerima kenyataan ni tapi harusnya engkau berterima kasih atas kejujuran aku ni.. Apa yg aku cukup terkilan kejujuran aku tak diterima..sedih sangat sangat..sedang nabi ampunkan umatnya mengapa tidak engkau? yg juga manusia biasa seperti aku ni??? Hina sangat kah diri aku ni?jahat sangat kah aku? kemaafan dah aku pohon penyesalan dah aku buat, muhasabah diri dah aku lakukan.. Terserahlah pada engkau untuk memikirkannya kini aku tak akan ulangi kesilapan dulu demi nama penciptaku Allah swt. Aku bersumpah yg aku kini makin rindu rindu pada ketenangan - rindu pada kenyataan hanya bersama Penciptaku. Kerana DIA sahaja tempat aku mengadu kini...bukan lagi kamu. Apa yg mampu aku katakan disini... Terima kasih untuk sebuah kenangan..

Tiba tiba rindu

ahad... seawal jam 9 pagi aku dah keluar ke bandar Batu Pahat bersama suami dan anak-anak.waktu nak keluar rumah,tiba-tiba nset aku berbunyi menandakan sms masuk satu! haha bila di buka... sebak terasa...apatak nya ibu saudara aku ** mak anjang menghantar sms yg berbunyi.. ....salam....apa khabar anakndaku sayang... yg buat aku sebak tu icon yg dia bagi tu ialah icon sedih..ye tiba-tiba rindu aku kat mak anjang terus datang,...dia kata lama tak dengar khabar aku dia tanya pasal anak -anak yg sedang ambil periksa.dia tanya pasal perasaan aku ketika anak-anak sedang periksa. aduh... sayang jugak dia kat aku.kenapa boleh aku tak amek sikit masa untuk bertanya khabar dia?? sibok sangat ke aku ni???ye ALLAH..ampun kan aku ,mak anjang ku sayang... maafkan anni ye .urusan seharian menyebabkan anni lupa pada yg jauh disana.rupanya masih ada insan yg  merindu kat anni...sayang kat anni...maaf sangat sangat... masa tu dada aku makin keras.. sebak bergetar di jantung air mata laju d

tak perlu begitu bagus

assalamualaikum suasana harini sangat tenang mungkin setenang hati aku ni walaupun demam belum pulih 100% dan batuk masih mengiringi suasana namun aku memang terasa damai...Alhamdulillah semalam .. aku dah puas menjelajah satu pelusuk daerah Kluang.. ber'konvoi' dengan family untuk menguruskan acara meminang dan bertunang buat anak saudara aku yg ensem tu huhu bersama asben dan sikecil memang serius seronok gile!! hehehe paling seronok ialah ketika terlepas dari kumpulan'konvoi' walaupun pada luaran nampak agak serabut sikit tapi enjoy hahaha cuma kesian kat abg yunn demam ke dia harini? sebab semalam dia asik berhujan jek..hehe aku tak sempat nak rakam saat manis semalam.. bytheway semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih kat Bro Adi yg telah berjaya menjadi wakil pihak lelaki esok kalau anak akak nak tunang akak panggil lu! ehehehe  tempah dulu ;) apa yg aku dapat kupaskan atas kejadian semalam buat aku dan semua kita insan ni biasa.. tak

Nur Adibah Aida

assalamualaikum anak adalah amanah setiap anak yg dianugerahkan oleh Allah ada kelebihan masing-masing mungkin kita tak dapat mengetahuinya sekarang sebab mereka sedia ada didepan mata namun apabila tiba satu saat yg perit barulah kita mengerti bahawa anak itu adalah anugerah yg tak ternilai oleh sesiapa pun... harini aku nak share cita cita hebat anak aku yg berusia 10 tahun ni manjanya senyumannya telatahnya yg becok dan sikapnya yg lebih matang dari usianya adakala buat kami sekeluarga terhibur dan tak kurang juga makan hati hehehe... ~ adibah aida ~ katanya dah besar nak jadi ahli sains nak cipta 1 jenis kenderaan yg mampu digunakan di tiga permukaan sebuah kereta yg mampu terbang diudara belayar dilautan dan pecut dijalan raya amboi... hebat sungguh impian dia dan yg buat aku terharu tu orang yg pertama yg akan dijual kenderaan itu ialah aku - mama dia sendiri - habis lew aku dibuat bahan ujikaji :p hahahaha...

'cover jiwa'

morning! story about jiwa.. ye naluri yg datang adalah kehendak jiwa kenapa nak cover jiwa? ramai orang yg menipu diri sendiri... hipokrit !! bagi aku jiwa perlu diluahkan. semua orang kena ambil tau! jika tidak kelak merana... aku tak mau semua tu aku benci merana aku anti kesedihan... bagi aku..jiwa aku suci dan semua kehendak aku perlu diutamakan! lebih lagi dalam situasi sekarang dalam kemelut yg makin merusuh... perlu apa lagi? jika dipendamkan apa yg dapat? hanya perasaan dendam yg bakal timbul... mungkin...? aaah... persetan semua tu! mulai dari saat ni.. jangan nak cover jiwa korang lagi kerana aku pernah mati dalam diri sendiri hanya kerana aku sering cover jiwa aku tu... berharap lah agar semua akan kembali seperti asal...

Jujur Itu perit

Assalamualaikum semua.. selamat menjalani kewajipan sebagai mahluk Tuhan ..bangun pagi mata dah pedih pedih. malam tadi susah nak tidur entah la kenapa , terlalu banyak sangat yg bermain diminda ni...Allah je yg tahu... harini jiwa  dah semakin tenang segala kemelut jiwa makin pulih kesilapan yg terjadi kini sudah dimaafkan kekusutan makin terlerai hanya hati yg mampu menjawap.. naluri menjerit merintih demi sebuah kejujuran kena jugak terima kenyataan ini.. biarlah..sudah berterus terang dan sudah pun memaafkan. terima kasih sangat-sangat. sesungguhnya diri ini mahluk Tuhan yg tidak sempurna t api diri ini jugak ada hati dan perasaan yg harus di hormati. ..terima lah diri ini seadanya...