Perginya Takkan Kembali


Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana masih mampu menaip disini. Terima kasih Allah..


Innalillahiwainnaailaihirojiun..

Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Puan Suhazlia 

Salam takziah buat adik sepupu maq ( Puan Suhazlia ) yang baru saja kehilangan suami beliau malam semalam (18march 2019)

April 2017

Baru nak masuk tahun kedua perkahwinan mereka tapi Allah lebih mengetahui pada setiap kejadian. Sebagai hambaNya ,kita cuma perlu percaya pada qada dan qadar Allah s.w.t.

Semoga roh aruah Mohd Zulfadly bin Abd Razak ditempatkan dikalangan hamba hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Aamiin ya Robbal alamiin..

Walau bagaimana pun maq sekeluarga tak dapat menziarahi jenazah dihospital Melaka mahupun ditanah perkuburan di kampung Paya Jaras ,Sungai Buloh ,Selangor . Kerana encik suami kerja shif malam dan beliau tak larat untuk memandu dalam keadaan "belum tidur lagi" . Kami hanya mampu mengikuti perkembangan pengurusan jenazah di group whatsapp yang dikirim oleh ahli keluarga terdekat.

Gambar gambar ni kenangan terakhir dari hasilkerja aruah . Gambar yang kami sendiri tak jangka kan. Ini juga kenangan terakhir kami jumpa aruah - KLIA , 21januari 2019


Hanya doa yang mampu mengiringi kepermergiannya.. Terima kasih Allah untuk pinjaman ini. Kami tahu setiap yang dipinjam bakal dipulangkan kepada pemilik. Kami redha.

AlFatihah..



Semoga aruah bro Paly tenang disana...aamiin

Comments