Skip to main content

Khutbah Jumaat JDT - 15march 2019


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 15 MAC 2019
                 08 REJAB 1440
TAJUK  : PENGAKHIRAN HIDUP
                YANG BAIK

1) Firman Allah Surah Ali-imran/102 bermaksud: "Wahai orng2 yg beriman! Bertaqwalah kpd Allah dgn sebenar2 taqwa dan jgn sekali2 kamu mati melainkn dlm keadaan islam".

2) Menjalani kehidupan- tidak mudah putus asa; penuh pengharapan kpd Allah; kembali kpdNya dgn 'husnul hotimah' atau 'suul hotimah'.

3) Husnul hotimah (pengakhiran hidup yg baik)- Allah beri taufiq sblm datang kematiannya; tinggalkn segala perbuatn yg Allah murka; bertaubat dari segala dosa; melakukn ketaatan; mati dlm keridhoan Allah.

4) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Sekiranya Allah inginkn kebaikn kpd seseorng, Dia akn melakukn kebaikn kpd orng tersebut. Allah akan mula pandukan  orng itu utk melakukn amal soleh sblm kematiannya".
(HR: Imam Ahmad)

5) Antara tanda2 Allah sayang- diri mudah melakukn kebaikn; dikurniakn hidayah; petunjuk ke jln yg lurus; dikurniakn pengahiran hidup yg baik.

6) Hadith yg bermaksud:

"Wahai Rasulullah siapakah manusia yg terbaik?

-Orang yg panjang umurnya dan baik amalnya


"Siapakah yg terburuk?

-Orang yg berumur panjang dan buruk amalnya".
(HR: Imam Ahmad)

7) Antara amalan utk pengakhiran hidup yg baik :-
7.1) sentiasa bertaqwa; kerjakn perintahNya; jauhi laranganNya

7.2) selalu berzikir; tidak melupakanNya

7.3)  biasakan baca Al-quran; mengamalkannya

7.4) sentiasa berselawat; mengamalkn sunnah2nya

7.5) jaga bubungan sesama manusia; mengajak kebaikn; cegah kemungkaran

7.6) sentiasa hadir majlis ilmu; hidup dgn kefahaman agama

7.7) usaha perbaiki diri; mohon keampunan; bertaubat; bersihkn diri sucikan jiwa

8) Peroleh pengakhiran hidup yg baik- hanya Allah yg berkuasa; ada manusia soleh berakhir dgn kekufuran; ada yg jahil berakhir dgn taubat tinggalkn dosa; tiada yg mampu ramal; dituntut lakukn amal soleh; bersungguh2 dan ikhlas.

9) Firman Allah Surah Ali-imran/193 bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorng penyeru (Rasul) yg menyeru kpd iman. Maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami dan hapuskanlah dpd kami kesalahan2 kami dan matikanlah kami bersama orng2 yg berbakti".


 

                بارك الله لي ولكم ...

Comments

Favourite posts ❤

Pray For Pasir Gudang

Assalamualaikum. Semalam dan hari ini tular di aplikasi whatsapp dan semua media social mengenai tragedi pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang ,Johor.

Ramai yang maq kenali merupakan penduduk tetap di Pasir Gudang ,termasuklah kawan kawan sekolah dan adik perempuan maq sendiri. Bila sahabat sekolah menceritakan serba sedikit situasi disana, hati tua ni jadi bimbang. Anak anak buah maq masih lagi bersekolah disana. Semoga Allah beri sebaik baik pelindungan buat mereka semua.

Sedih bila tengok kekejaman yang mereka lakukan. Macam bukan buat benda salah je!






Hmmm..Keuntungan pada satu pihak tapi kerugian bagi banyak pihak. Persoalannya selama beroperasi dimanakah sisa toksid tu dibuang??? Apakah agenda mereka kalini dengan sewenang sewenangnya membuang  sisa sisa tu disitu? #MakcikkaunirasaMusykil 😩

Bawah ini jumlah mangsa setakat hari ini ( Rabu 13-3-2019) yang maq copypaste dari group whatsapp.

*Assalamualaikum dan salam sejahtera Datuk / Dato' / Tuan / Puan,*


*LAPORAN SEMASA J…

Nak Diet Kena Pandai

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-

"Mak ,malam nanti ety tak nak makan nasik.. Nak buat air manis ,makan dengan biskut jek. Roti pun ada tu . Malaslah makan nasi, tadi petang kan dah makan nasi ,badan ni dah makin kembang dah" - itu kata kata anak maq yang nombor 2 ( Ety )

Sejak dari zaman kolej , dia memang dah kena jaga makan sebab kerjaya dia memaksa dia kena "maintain" kan penampilannya. Kalau nurse  sendiri tak jaga kesihatan ,macamana dia nak uruskan pesakit? Itulah antara kata kata bekas pelajar diKolej Kejururawatan Malaysia tu.

Maq cuma senyum..

Nasi tak nak? Tapi ety nak makan biskut/ roti bersama air manis? Lepas tu main pubg? Lepas tu tidur ? Masyaallah , salah tips ni.

Biskut tidak digalakan makan ketika diet kerana kalori dia tinggi. Lagi lagi diambil bersama air manis ,contohnya air teh tarik !

Makan je nasi seperti biasa . Makan seawal 2-3jam sebelum tidur . Sukatan nasi hendaklah kurang sedikit kuantitinya berbanding sayur dan protie…

Jaga Nama Baik Kaum Sendiri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang telah beri peluang untuk sehari lagi hak pinjaman kepada kita.


Bila Encik Suami dah hampir sebulan kerja shif siang sahaja. Pukul 6.30 pagi keluar rumah  dan pukul 7 .30 malam pula baru sampai ke rumah , maq teringat pada satu lirik lagu Tan Sri P.Ramlee.



Kanda pergi kerja jauh dikota
Dinda jaga rumah
Jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang panjang..


Haaa. Tu pukul 3pagi zaman P.Ramlee. Bagaimana pula pukul 3pagi zaman sekarang? Kanda dimana? Dinda dah terpele'ot badan jaga rumah,jaga anak, jaga diri sebagai isteri kanda ,jaga semuanya milik kanda tapi kanda dimana?


Sempat juga malam semalam maq skodeng makcik pakcik  bawang buat operasi. Bermula di twitter , bersambung diinstagram dan nasib baiklah maq takda facebook ,kalau tidak ,memang tak tidurlah satu malam makcik engkau ni. Dok leka mengintai. Astaghfirullah hal azim.. Shaiton memang suka kalau kita buat benda benda yang melekakan ,kan?

#rasabe…

Budak Zaman Sekarang Terlajak Manja

Assalamualaikum.

Maaf kalau tajuk kalini keterlaluan. Tapi itu yang maq nampak. Mungkin tak perlu pandang anak jiran , perhati je anak sendiri didepan mata.



Ketika diusia 5-12 tahun. Bila emak bapa minta tolong ,mereka menganggap diri mereka terlalu kecil untuk buat itu dan ini. Kalau buat pun kadang tu siap package ' dengan upah' . Anak yang paling manja biasanya anak anak yang mana ibunya surirumah sepenuh masa. Betul ? Celik mata sarapan dah tersedia! Pakaian sudah dicuci , sinki sudah bersih dari pinggan kotor , agaknya kalau disuruh..

 " tolong buangkan sampah tu keluar.."

Pukul berapakah sampah sampah itu akan ada ditong sampah diluar?

 Kalau dalam masa 5minit tu , syukur, alhamdulillah. Tapi kalau dah masuk 5jam tunggu ,sampah sampah tu tidak terusik pun? Something wrong dan ianya perlu diperbaiki.

Anak lelaki ,anak perempuan , dua dua ada tanggung jawab .

Anak yang ibunya berkerja ke atau tidak bekerja ,mereka masih wajib belajar untuk bantu orangtuanya urus…

Pasir Gudang 14March 2019

Assalamualaikum.

Apakah berita selanjutnya tentang pencemaran udara di Pasir Gudang?  Alhamdulillah ,harini 14hb Mac 2019 -

Pasukan elite ATM (Pusat Nuklear, Biological & Bahan Kimia Tentera Darat) telah sampai Di Pasir Gudang bagi sumbang kepakaran.

First respon dari Tim CBRNe Tentera Darat. Akhirnya bantuan kepakaran Tentera Darat telah tiba di Bilik Gerakan.

Pasukan awal CBRNe dari 12 Skn RAJD tengah mengadakan perbincangan dengan pasukan Hazmat & CBRNe Bomba bagi melakukan tinjauan awal.

Untuk maklumam semua, pasukan utama CBRNe Tentera Darat akan tiba dari Kuala Lumpur untuk menyelaraskan operasi bersepadu bersama bomba hari ini. -  Malaysia Military Power






Antara yang terlibat sudah ambil bahagian. Semoga semua usaha mereka dipermudahkan dan mereka dilindungi dari hal yang tidak diingini. Keselamatan diutamakan !


Bagaimana dengan anak anak serta pesakit lain yang sedang dirawat dihospital?


Mereka harini telah menerima kunjungan dari hambaAllah yang sentiasa ambil berat t…

Program Mikrofon Impian

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-


Di Astro Prima , program ini pertama kali maq tonton. Taktahulah episod yang keberapa dah ni ,ke baru bermula eposidnya waallah hualam. Maq jenis jarang tengok tv ,baru malam ni maq berkesempatan nak tonton.

Kisah kehidupan masyarakat dinegara kita. Masalah kehidupan dan paling utama ,masalah kewangan. Bersama pengacara Pak Nil ( Aznil Nawawi ) dan dalam situasi beremosi , maq rasa kalau jual tissu dalam studio tu ,mesti laku keras ..😭..Kayo makcik ko..

Itulah realitinya  dalam keadaan negara kita yang serba serbi maju ni. Tak semua rakyat negara kita mampu jalani kehidupan yang serupa. Diluar sana ada 1001 jenis permasalahan yang mereka tanggung. Sebab tu bila kita rasa hidup kita susah ,kita kena ingat ada lagi yang lebih susah dari kita.

Program ini yang mana para peserta bersaing dengan vokal dan masalah masing masing dah berjaya buat hati maq jadi sebak. Dan kalau anda nak tahu , juri , penonton pun menangis tau bukan pak Nil tu …

Hati Seorang lsteri

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-



Bila sorang sahabat sambil menangis ,mengadu kepada maq dengan ayat :

" suami saya akan bertunang tak lama lagi..tapi saya taknak berpisah dengan dia,saya sayang perkahwinan kami.."

Jantung perempuan tua ini terus berhenti berdegup. Mata tua yang dah semakin kabur ini mula menakungi airmata. Minda ligat berfikir. Maq tarik nafas dalam dalam dan hembus perlahan lahan. Kami berhenti bersembang dalam beberapa saat.

Antara ikhlas atau tidak ,maq cuba cari ayat padu untuk membalas ayat ayat sahabat maq itu. Maq takut ayat maq akan buat dia bertambah sedih. Maq risau ayat maq nanti akan buat dia bertambah tertekan dan terluka. Maq tak nak dia semakin rasa tersiksa dengan situasi dialami sekarang ini.

Berlari lari saraf otak ini berhubung...Akhirnya terkeluar ayat ini dari maq :

" you perempuan baik sbb tu Allah bagi dugaan ini. You kena kuat. Suami bukan hak kita 100% , dia hak Allah. Allah boleh dtgkan dia utk kita , Allah bole…