Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Drama Cinta Melayu

Assalamualaikum. Kalau anda nak tahu ,maq merupakan antara warganegara yang tak minat drama melayu. Terutama drama berepisod atau drama cinta. Paling boring drama cinta berepisod ,yang berepisod episod , yang jalan ceritanya rampas suami orang, yang kurang ajar dengan suami , curang dan apa apa juga yang seangkatan dengannya lah senang cakap. TETAPI ! Tetapi , dah lebih 2minggu  maq terjebak dengan drama cinta melayu , heeee.. Tulah pasal ,mulut celupar sangatkan. Maq selalu perli anak anak dan encik suami yang merupakan penonton setia drama cinta melayu. Haa kan dah terikut sama. Kalau anda semua nak tahu ,maq sekarang tengah feeling habis dengan drama melayu ngok ngek tu lah ! Haishh ngok ngek betul lah. Tak pasal pasal nunggu siarannya tiap pukul 10malam , adoo.. Apakah ini  dugaan bagi diriku? Sesungguhnya diri ini hanya insan yang lemah, 'nangis' ..haha Nah ! Budak dua nilah punya pasal. Sebenarnya tak kenal sangat diaorang sebelum ni. Kalau si handsome tu ken

Siapakah orang yang terbaik

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian dari group whatsapp. Gambar sekadar hiasan. Pada suatu hari,semasa Nabi Muhammad SAW berada diatas mimbar, seorang lelaki bangun lalu bertanya soalan Berikut: " Ya Rasulullah,siapakah orang yang terbaik? " Baginda menjawab, Orang  terbaik ialah orang yang paling banyak membaca Al-Quran, paling bertakwa, paling banyak mengajak ke arah  kebaikan, paling banyak mencegah kemungkaran dan paling banyak menghubungkan silaturrahim. (HR:Ahmad & Tabarani).  Semuga beri manfaat.

Kopi dan kesannya kepada diet

Assalamualaikum. Maq adalah salah sorang penggemar produk berasaskan kopi. Nestcafe ,indocafe,pearls, kopi asli,kopi cap kapal api ,kapal laut ,kapal selam , kapal terbang pesemua tu . Senang cakap apa apa jelah jenama berasaskan kopi, memang maq suka ! Alhamdulillah.. Harini maq nak kongsikan kata kata coach untuk orang yang nak diet dengan pengambilan kopi. Pasti kata kata itu datangnya dari coach yang maq following di instagram. Coach Khalid Mukti. Kata beliau , Apa pun khasiat kopi , yang penting cara pengambilan kita dalam seharian. Janganlah  bila kata dibolehkan , kita gasak minum kopi sejam segelas,memang cari penyakit namanya tu. Sebagaimana yang kita tahu , setiap yang berlebihan itu boleh memudaratkan. Jadi ,tak salah lah maq jadi peminat kopi kan? Yess . Yang salah tu bila jadi peminat kepada hak orang ,  Heheeee..

Kesan viral

Assalamualaikum. Zaman sekarang , kuasa viral amat beri kesan kepada masyarakat. Contohnya viral pada makanan sedap atau makanan pelik, masuk je alamat dalam laman sosial ,inshaAllah ,berpusu pusu orang datang. Harini maq nak kongsi pendapat seorang netizen di twitter mengenai viral pada pendapat beliau. Kata beliau : Hehehe itu pendapat beliau. Kita mungkin mempunyai pendapat yg lain. Namun sebagai penduduk bumi Malaysia ,maq rasa ada betul juga kata kata beliau ni. Cuma baris ayat tu agak " keras sikit " , so kalau markah penuh 5 bintang , maq bagilah beliau 3 bintang ¾ . Kerana bahasa kita  melambangkan bangsa kita. Tapi sekarang memang dah trend budak budak twitter guna gaya bahasa macam tu , sebab tu maq dah tak hairan lagi. Up to you lah nakkk.. Asalkan message anda sampai . Tapi siapakah beliau ini? Maq tak follow beliau pun ,tapi bila anda masuk ke timeline twitter beliau ,banyak jugak kerja kerja terpuji yang beliau dah buat dan telah disetujui

Dugaan buat Angah Linda

Assalamualaikum. Harini maq nak kongsikan satu tragedi yang baru baru ni terjadi dalam keluarga maq. Kejadian yang tidak diduga itu berlaku pada keluarga sepupu maq belah ibu. Angah Linda ( adik sepupu maq ) merupakan mangsa kejadian. Tujuan perkongsian ini hanya untuk sama sama kita jadikan iktibar. Harap sangat tidak disalah tafsirkan. "rumah  Angah Linda terbakar malam tadi " Itu kata kata yang dikongsi oleh mak uteh dalam group whatsapp keluarga kami.  Melihat pada gambar yang dikongsi bersama ,  boleh dikatakan kebakaran itu agak teruk. Apa pun kami bersyukur kerana Angah Linda sekeluarga selamat. Kelu tak terkata apa , bila maq baca  berita  mengenai punca kebakaran tersebut , Allah huakhbar ,😢. Dari kejauhan ini ,  Maq sekeluarga mendoakan semuga Angah Linda tabah dengan dugaan kali ini. Ingatlah , Allah menduga pada tiap hambaNya yang Dia sayang. KOTA TINGGI - Sebuah keluarga di Felda Sening di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman merek

Doa lembutkan hati anak

Assalamualaikum. Doa melembutkan hati anak yang degil ٱللَّهُ لَطِيفٌۢ بِعِبَادِهِۦ يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ ۖ وَهُوَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْعَزِيزُ Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) terhadap hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syuraa, Ayat: 19) Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Juga boleh ditiupkan diubun2 anak ketika anak sedang tidur. Semoga beri manfaat..

Sunat angkat tangan dalam solat

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian . Semuga beri manfaat. Gambar sekadar hiasan. 4 TEMPAT DLM SOLAT, "SUNAT" ANGKAT TANGAN (Takbir) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~ [Tuan Guru Hj Mohd Noor Hj Mohd Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, "Kuliah Ilmu Muslimat / Soal Jawab", 2017 / 11 Rabi'ulakhir 1438H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah] ✅ Dalam sembahyang, ada 4 tempat SUNAT ANGKAT TANGAN (Takbir).  Jangan dok angkat kepak semua naa.. 🔆 PERTAMA. Takbiratul Ihram - Angkat tangan.. "الله اكبر" - Dalam hati, "Sahaja aku sembahyang Fardhu...." 🔆 KEDUA. Nak Rukuk 🔆 KETIGA.  I'ktidal 🔆 KEEMPAT.  Bangun Ke Raka'at Ke-3  Habis baca tahiyat awal...   kita bangun dan angkat tangan. ✅ Yang itu sahaja SUNAT ANGKAT TANGAN, angkat biar serupa semua.. kalau tak sama, tak dapat pahala. Lelaki dengan cara lelaki dan perempuan dgn cara perempuannya angkat tangan (takbir). ✅ Yang lain toksah (jangan) angkat tangan belaka... raka'at yg

Puri untuk Ainul

Assalamualaikum. Sejak Ainul dah masuk 6bulan, pelbagai makanan yang sesuai usia ainul maq dah cuba. Pertama dulu dalam usia 5bulan lebih maq dah bagi makan pastinya biskut milna. Masa tu cuma nak try test je. Dan untuk sekotak biskut yang ada 10keping tu, ainul ambil masa sebulan untuk habiskan. Itu tak termasuk biskut yang mak usu ainul pun nak " try test" jugak tu hehe al maklum biskut milna kan sedap.  10keping selama 30hari? Tak salah kan? Sekarang ni dah 6bulan lebih , ainul dah cuba bubur brokoli ,alhamdulillah semua berjalan lancar. Ainul boleh terima. Takda masalah kembung. Buang air besar pun lawas jek. Kalini maq mula ajar ainul makan puri buah buahan. Yang telah ainul cuba ialah , Ye, pisang dan epal. Setakat ni ainul tak tolak lagi dua buah ini. Cuma , ainul jenis tak suka makanan yang terlalu lembik , jadinya maq masukan buah buah ini kedalam fruit feeder dan bagi ainul hisap.  Alhamdulillah , semua usaha berjalan lancar. Perut ainul pun tak merag

Video keluarkan peluh

Assalamualaikum. Kadang duduk kat rumah ni bila kita buat kerja peluh pun  keluarlah, kalau tak,  membekulah dia dalam badan. Lagi jenis macam maqnie ni, masak sikit peluh jek menyimbah ,lepastu laju laju pulak cari kipas. Adeh 😅. Okey maq  nak bagi aktiviti keluar peluh dalam blog kali ini. Kalau rajin buat la ya. Maq rajin sesikit jek ,selebihnya banyak malas ,heeee... Anda kena cuba tau , sebab maq tau , readers maq ramai yang masih muda belia lagi.  Haa nanti dah expired macam maq , semua dah kendur , baru cuba cuba nak skip sikit , pinggang dah terkucil , lepastu kena pergi klinik , lepastu kena ambil ubat lembutkan urat , silap gaya kena suntik bagi hilang rasa sakit tu. Allah hu ,pengalaman  pernah kena , sebab tu maq beritahu ni ,😂. Nota maq : lebihkan minum air masak.

Video pilihan maq

Assalamualaikum. Video yang maq kongsikan kali ini dah sering sangat dikongsikan oleh kawan kawan digroup whatsapp. Group sekolah , group taman , group yasin dan group alQuran. Kerap sangat maq dapat, alhamdulillah. Dan bila mereka kongsi di group whatsapp, kalini biarlah maq pula kongsikan diblog maq sendiri. Semoga beri manfaat. - Al Quran merupakan pusaka dari Rasulullah saw kepada umatnya. -Al Quran hanya dibaca ketika hidup didunia. Dah mati tak dapat dah nak baca alQuran lagi. -Diakhirat , anak yang sering membaca al Quran , ibubapanya akan dipakaikan mahkota dikepala. SubhanAllah.         Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al- quran yang dikongsikan oleh seorang tenaga pengajar Al Quran : 1)    Sebaik-baik manusia         ialah yang *belajar* dan         *mengajar* Al-Quran. 2)    Ahli Al-Quran adalah         insan yang harus         diperlumbai amalannya         kerena tiada amalan              yg lebih *mulia* dari              *membaca* Al-Quran.

Walker buat ainul

Assalamualaikum. Bila ainul dah mula tak reti diam. Dah aktif niarap ,buat pusingan 180darjah , rajin nangis bila dah letih, suka didukung ,diletak kat tilam menangis , berat pun dah lebih 9kilogram, tok mak dah kena buat sesuatu. Ikut idea encik suami:  " belikan ainul walker " . Sebenarnya maq tak berapa gemar guna baby walker ni sebab dalam memudahkan kadang ianya ada kesan sampingan kalau kita lalai. Okeylah , lebih baik bersangka baik. Demi keselesaan ,kami pun belikan ainul baby walker. Sah dah jadi hak milik Ainul Mardhiah Sebetulnya dengan berat badan ainul tu , kami masih lagi was was nak masukan ainul dalam tu. Ya Allah , Kau berilah sebaik baik pelindungan kepada cucu kami ini. Pertama kali masukan , riak wajah ainul memang nampak "speechless" 😅. Entah apa dia nak kata pun dia tak tahu ( kot lah kan, padahal budak tu memang belum reti bercakap ) Bila ainul aktif , tok mak akan pesan , "ainul ,jangan lompat lompat , tok mak nger

Hak sebagai pengguna

Assalamualaikum. Memang dah rutin Ahad , setiap pagi seawal 8pagi ,maq dan encik suami akan ke Aeon big untuk beli keperluan dapur atau juga keperluan  harian rumah kami. Dan setiap hari Ahad minggu kedua , Aeon big akan buat potongan harga (diskaun) pada barangan yang terpilih dan potongan 5%  lagi untuk pelanggan tetapnya yang mempunyai kad ahli. Anda dah tukar kad keahlian yang baru ni? Maq dah tukar tapi belum aktifkan lagi. Katanya tunggu SMS tapi sampai sekarang apa pun takda info , jadi maq masih aktifkan kad yang lama tu. Kad lama. Kad baru. Keistemewaan kad baru ni ,kita boleh gunakan dimana mana cawangan aeon,seperti , Dengan keistemewaannya , Okay ,tahniahlah untuk satu lagi kemudahan kepada pemegang kad ahli Aeon big . Untuk maklumat lanjut , anda boleh tanya sendiri di pusat khidmat pengguna di Aeon big kawasan anda. Dan  entri kalini maq nak beritahu pasal perubahan pada Aeon big juga ( aeon big Batu Pahat ) . -14 oktober 2018 ,maq

Jenis sayur yang Ainul kena makan

Assalamualaikum. Harini 11.10.2018 ,hari pertama ainul makan bubur bersayur. Semenjak masuk bulan ke enam ini , baru harini lah maq masakkan ainul bubur brokoli. Kenapa brokoli? Kerana ainul perlukan makanan yang kurang berkanji . Ainul kena jaga pemakanan awalnya . Kena diet ! Tapi  apakah sayur sayuran yang berkanji yang orang diet tak digalakkan makan? Apa pula jenis sayur yang tidak berkanji ,yang sesuai untuk orang diet? Ainul makan semua jenis sayur diatas tu kah? Haha takdalah ,itu untuk mereka yang nak jaga pemakanan sihat ,macam Mak ngah dia . Sayur berkanji bukan langsung tak boleh ambil tetapi kena kurangkan pengambilannya. Andai tak ambil langsung pun lagi bagus. Bagaimana pula dengan ainul? Dia suka ke bubur brokoli pertamanya tadi? Tengok gambar disudut kanan atas tu. Alhamdulillah, selesai! Bagaimana cara maq masak? -Beras ambil dalam setengah cawan ,basuh dan sangai. Kemudian dikisar menggunakan pengisar kering , simpan! -untuk memasak bagi se

Video pilihan Maq

Assalamualaikum. Lepas menonton video yang sahabat kongsi dari group whatsapp ,belum pun habis video nya, dada maq sudah mula terasa berat. Beku dan sayu. Entah kenapa.. Apa yang mencuit hati tua ini ,ialah baris ayat yang berbunyi " belajar mencintai orangtua lebih penting ertinya dari pelajaran yang lain " 😭

Kuih Sarang Lebah

Assalamualaikum. Kuih Sarang Lebah. Pertama kali maq buat kuih ini. Dapat resepi dari facebook. Lama dah tersimpan dalam galeri fon. Ketika mood tengah rajin, maq pun trylah buat. Sedap ! Cuma pada tekak tua maq,resepi ni macam manis sangat! Tapi keknya memang lembut dan ianya resepi yang bagus untuk  dikongsikan. Semuga tuan resepi tu dapat pahala jariah yang berpanjangan sebab perkongsian yang baik macamni. Bawah ti resepinya. Tepung kek 1 cawan Soda bikarbonat 2sudu teh ( gaul dan ayak) Air panas 1cawan Gula pasir 1cawan Margerin 2sudu makan ( masak gula sampai cair dan perang,masukan air panas perlahan lahan ,masukkan margerin,dah sekata tutup api) Telur 4biji Susu pekat manis 1cawan ( blender ) Masukan tepung + soda yang sudah diayak tadi kedalam adunan telur yang telah diblender bersama susu , sikit demi sedikit. Kacau sebati.  Kemudian masukan gula yang telah dicairkan tadi kedalam adunan tersebut. Panaskan oven 160-170' - masukan adunan kedalam loyan

Bersiar siar ke Gunung Lambak, Kluang,Johor

Assalamualaikum.. Pada hari cuti yang lepas. Maq berkesempatan meluangkan masa ke Gunung Lambak. Salah satu kawasan yang sering dikunjungi pengunjung jauh dan dekat. Terutama orang Johor sendiri. Gunung ini terletak tidak jauh dari pusat bandar Kluang. Batu Pahat ke Kluang ambil mata dalam 40 minit . Tu pun kalau jalan tak jem! Disini terdapat juga taman tema air yang dibina khas untuk mandi manda . Kawasannya agak terhad namun masih lagi memberi keseronokan kepada kanak kanak untuk mandi dan bermain air.  Dengan harga bayaran masuk yang berpatutan , kawasan ini setiap hari berpengunjung.  Apakata , Jom jalan jalan dulu! Kawasan mandi dipagar demi keselamatan pengunjung terutama kanak kanak. Kami pilih untuk bersiar siar . Melihat keindahan alam semula jadi hutan diatas gunung itu. Masuk percuma! Merentasi jeram jeram dengan menggunakan laluan yang disediakan.  Sayang 1000 kali sayang. Jambatan gantungnya sudah tidak berfungsi lagi kerana terlalu uzur. J

Ustaz Pilihan

Assalamualaikum.. Salam malam Jumaat.  Bila buka instagram ,maq suka masuk instagram Ustaz Ebit Lew. Maq suka cara beliau berdakwah. Cara beliau tersendiri. Tak pernah salahkan orang yang beliau jumpa. Gelandangan ke , mak nyah ke , budak budak peleseran ke , mat rempit ke , semua orang yang beliau jumpa ,beliau akan kata : "abang/adik , awak orang baik baik. Allah sayang abang / adik" .. Maq dah boleh hafal skrip ustaz untuk ayat atas tu. Ustaz tak pernah kata perbuatan tersasar mereka tu salah tapi ustaz kata , awak orang baik baik , Allah sayang awak.. Allah hu , kadang maq menangis bila tonton video ustaz dan perkongsian perkongsian yang bukan diedit tu, semuanya adalah realiti.😭 Lagi sedih bila ustaz dan krew sanggup bersusah payah cari mereka yang kurang bernasib baik tu untuk diberi makan dan untuk berdakwah . Bila menonton video ustaz bersama anak anak yang terbiar , sumpah..maq menangisss... Lihat video anak anak yang masih muda tapi sudah jauh tersasar.  A

Selamat kah duit kita?

Assalamualaikum. Pembaca yang dirahmati Allah. Sejak kebelakangan ini kerap sangat kita terbaca kes duit lesap di akaun bank yang dilakukan oleh scammer. Baru baru ini ,kes seorang gadis yang kehilangan duit di akaun bank CIMB selepas beliau menerima panggilan dari sesaorang. Sama ada kes ini sahih atau tidak . Tak kira salah siapa pun , kita kena ambil iktibar juga. Kena lebih peka dan lebih hati hati dengan orang yang kita tidak kenali ,yang tiba tiba call atau whatsapp atau SMS kita. Maq sering juga dapat call dari orang yang tidak dikenali. Tapi maq takkan jawap semua panggilan tersebut. Sebab maq guna applikasi true caller.  Secara automatik maq dapat kesan pemanggil tersebut. Contoh seperti dibawah. Bila true caller dah beritahu yang nombor tu dah banyak report spam ,kita tak payah lah nak jawab. Nanti sepertinya menempah bahaya pulak. Macam panggilan dari astro tu , bila maq dah confirm maq takda tunggakkan apa apa di astro, memang maq akan abaikan je p