Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Good Luck Fatimah

Assalamualaikum.. Pasti anda kenal si kecil ini kan? Fatimah ! British born Malaysian ! Maq antara ratusan ribu peminat dia. Petahnya dia bercakap dalam bahasa English dan loghat kelate memang menarik dan maq terhibur biarpun baru berusia 4tahun. Lebih lagi dia bersama adiknya Ali memang menceriakan suasana.  Tahniah ibuayah Fatimah ! Maq hari hari skodeng instagram you sebab nak tengok video video you ! 😘 Untuk ABPBH 13 , Fatimah sudah berjanji. Janji apa?  Tonton  video atas tu. All the best Fatimah , semuga kejayaan jadi milik awak biarpun awak kata just nak happy happy jek ! Good luck baby ! Vote for Fatimah ! #gapoever

Mak Tam

Assalamualaikum. Yau Mak Tam. Sejak berkahwin, baru tahun 2018 inilah maq kenal dan masak sayur ini. Sebelum ini maq fikir ianya suku sakat adik beradik daun salad yang cuma layak dimakan mentah. Rupanya bila digoreng bersama ikan bilis atau udang kecil , memang sedap! Masa encik suami bawa balik untuk pertamakalinya yau mak tam ini. Beliau kata:  ada "mak tam " kat dapur. Masa tu dalam fikiran maq ,"mak tam " tu ibu saudara maq ! Kemudian maq tanya ," abang jumpa mak tam kat mana?" Encik suami terpingga pingga ! Pergilah dapur tengok dulu ,katanya sambil gelak . Maq pun pergilah ke dapur , ada bungkusan sayur diatas kabinet tu , dan .. Laa sayur niii.. Hahaha cakaplah yau mak tam ! Ni cakap mak tam , saya ingat isteri pak tam kat dapur tadi ! Tak pernah pernah datang rumah kita , terus ke dapur orang tua tu ! Biasakan mesti duduk ruang tamu dulu hahaha. Encik suami gelak, maq pun gelak bingung !😅 Semenjak dari haritu , encik suami dah kerap beli yau

Moon cake halal ada perisa baru

Assalamualaikum. Alhamdulillah, moon cake halal homemade ,hasil usaha anak sulong maq semakin dikenali dikalangan orang orang terdekat hingga kepada kenalan alam maya keluarga kami. Untuk keluaran yang terkini , along telah menghasilkan moon cake perasa tiramitsu . Maq dah cuba tadi ,memang sedap ! Mini moon cake. Dengan kos penghantaran rm 10 untuk setiap pos , moon cake along sudah sampai ke Perak , Bandar Johor Bahru , Selangor  dan Singapore.  Alhamdulillah. Ada yang tanya kenapa kos penghantaran mahal? Sebenarnya , untuk pastikan kuih sampai ketangan pembeli dalam keadaan elok ,beberapa bahan pembalut diperuntukan demi keselamatan kuih tersebut. Antara perasa moon cake yang dihasilkan oleh along. Red bean. Yam. Pandan. Coffee. Tiramitsu. Choco. Sekarang ini along ada buat diskaun untuk mereka yang masih teringin nak rasa keenakkan moon cake halal homeade. Mini moon cake 4pcs = rm 10( biasa rm12) Moon  cake biasa , 1pc = rm 5( biasa rm 6) 011 1064

Langkah Senja

Assalamualaikum. Senja.. Senja itu melambangkan usia maq harini. Biarpun tahun depan  baru nak melangkah ke usia 50tahun namun sepertinya hariini maq sudah pun 55tahun. Kenapa? Sejujurnya naluri ini sepertinya  tak lagi mahu fikir  apa apa lagi tentang dunia. Anak. Kalau dulu setiap dugaan mendatang,maq akan kata perjuangan  hidup aku demi anak anak. Kini bila semua dah besar , sorang dah berkahwin , sorang dah bekerja dan sorang lagi dah nak SPM tahun hadapan, maq ubah pendirian dulu. Hidup demi anak anak DIUBAH KEPADA tiap anak ada rezeki masing masing. Allah ada kalau aku dah takda. Dan maq akan rasa lega lepas fikir macam tu. Entah kenapa .. Fikir cara gitu lebih selesa. Bagaimana dengan encik Suami? Beliau lah Syurga dunia dan akhirat maq. Tak perlulah tanya apa dia akan buat kalau maq dah takda , karang mood jiwang ni jadi spoil pulak haha.. Usia senja ...bukan bermakna maq kena putuskan silaturahim dengan kawan kawan sekolah ,jirantetangga,saudaramara. Bukan juga berma

Yoga Sebelum Tidur

Assalamualaikum.. Kadang bila dah seharian buat kerja dan tugasan rutin, bila dah nak tidur ,mata dah mengantuk tapi tak boleh tidur . Pejamlah mata rapat rapat ,sampai nak terbalik mata hitam kebelakang biji mata ,tetap tak boleh tidur. Biasa kena macam tu kan? Biasanya orang perempuanlah. Orang lelaki ,jumpa bantal terus senyap sepi . Kalau susah tidur pun mungkin sebab dia tengah angau . Haha selisih ! Kami orang perempuan ni bila bila pun boleh gelisah, susah nak lelap. Lebih lagi terasa bila kita ada masalah yang datang menduga,lagilah tak dapat nak lelap mata. Misalnya macam maq , kalau zaman muda muda dulu,boleh lah layan lagu seround dua kalau tak boleh tidur  , tapi bila dah beranak bercucu ni ,dengar lagu pun letih ,apalah nak jadi agaknya , dah insaf zahir batin  kot. Alhamdulillah lah ,kalau ya ,😁 Bila maq baca info tentang masalah sukar tidur , ada banyak cara nak dibuat. Antaranya dengan beryoga ,macam gambar bawah ni. Kita melentik dulu !  Dengan pesanan:

Ainul 5bulan

Assalamualaikum. Cucu Maq , Ainul Mardhiah, kini dah jadi kawan sembang maq. Eh ? Haha apa eh ? eh ? Ye maq tau ainul masih bayi ,nak sembang apa je kan? Pada maq,boleh aja kalau kita bersembang dengan bayi. Sedangkan pakar cakap , bayi dalam perut pun dah boleh ajak sembang, apatah lagi bayi yang dah di depan mata ni. Sembang dengan bayi sebenarnya antara salah satu cara merapatkan hubungan ibubapa dengan anak anak. Kerana kata kata dari ibubapa yang bayi dengar itu secara automatik akan diterima terus ke memori mereka. Lagi bagus jika percakapan itu berunsur nasihat yang diulang ulang. Kata kata yang elok. Bacaaan bacaan ayat suci AlQuran , doa doa ,atau apa sahaja yang elok, sebutlah selalu dihadapan bayi anda.  Cara maq bersembang dengan ainul? Peluk lembut. Biarkan dia letak telinganya didada maq. Gosok perlahan belakang badannya. Cakaplah apa pun tapi dengan nada perlahan. Bacalah ayat apa pun tapi dengan nada perlahan. Sebut nama penuh dia. Kalau dia paham , dia a

Haiwan zaman kecil maq

Assalamualaikum. Salam ukhwah buat pembaca yang dirahmati Allah. Pagi ni lepas siapkan ainul mandi ,susu , si kecil tu tak bagi tok mak dia memasak. Haa dia nak ajak tok mak dia golek golek depan tv..sambil melayan ainul menonton katun, tok mak dia pulak berkesempatan bersembang dengan makcik dan pakcik tok mak kat group whatsapp. Dengan cara tak tersengaja terkeluarlah kisah dua haiwan ini.. Taddaa..siapa kenal ni namanya apa? Ianya spisis udang juga. Udang dalam tanah dipanggil udang tanah. Waktu maq kecil ,kami panggil jejabut. Mungkin itu sebutan dari orang jawa kot, hehe. Tapi adakah ramai yang kenal haiwan ini zaman sekarang ni? Bila ditanya boleh dimakan kah? Sedangkan ia haiwan dua alam? Jawapan maq , bila zaman dimana semua orang hidup dalam serba serbi tak ada , haiwan ini pun boleh jadi makanan. Rebus sedap ! Sepit dia rasa seperti isi ketam. Hidup dalam selut. Tanda ia ada dalam sarangnya ialah selut tu akan naik kepermukaan tanah dan berbentuk seperti busut kecil.

Menguap ,batuk,bersin batalkan solat

Assalamualaikum. Ilmu itu umpama tingkap ,jika tidak dibuka,kita takkan tahu apa yang berlaku diluar sana. Bila kita berusaha mencari ilmu ,banyak persoalan bakal terjawab dan kita akan bebas dari perasaan was was .  Bawah ini sedikit perkongsian dari group whatsapp sekolah maq. Benda baik jangan malu kongsi. Semuga beri manfaat bersama.. Sebagai hiasan *BATAL SOLAT KERANA MENGUAP, BATUK DAN BERSIN……*  Antara point penting kuliah Ustaz Kpt Mawardi Di Surau Ar Rahman, Solat boleh jadi BATAL DAN TIDAK SAH apabila menguap, batuk dan bersin ketika rukun qauli. Sebagai ingatan, terdapat 5 rukun qauli dalam solat iaitu: 🌻 takbiratul ihram, 🌻fatehah, 🌻tasyahud akhir, 🌻selawat ke atas Nabi dalam tasyahud akhir 🌻salam ke kanan. Keadaan ini hukumnya demikian sekiranya seseorang itu tidak mengulang semula bacaan atau ayat ketika menguap, batuk dan bersin. Ini adalah kerana ketika menguap, batuk dan bersin,bacaan kita terputus. Sesiapa yang terus menyambung bacaannya d

Periksa Jantung Sendiri

Assalamualaikum. Nak tahu jantung anda dalam keadaan baik atau tidak? Mari ikut langkah langkah dalam video dibawah ini. Ingat! Jangan paksa diri kalau anda tak mampu buat. Buat perlahan lahan dulu , kalau selesa ,teruskan .. Selamat mencuba !

Makanan Penurunan Lemak Diperut

Assalamualaikum. Bawah ini antara makanan yang dapat membantu proses penurunan lemak diperut kita. Sumber dari instagram oleh Coach Khalid Mukti Agak agak boleh manfaatinya tak? Apa pun pesan coach , nak masak kena pelbagaikan dan elakkan masak guna cara menggoreng. Selamat mencuba! Nota maq : kita diet  sebab nak sihat ,bukan nak  badan kurus kering ! Nak kurus ? Toksah makan apa apa ,minum air masak jek hehehe gurau jeklah. Kita sebenarnya diet nak sihat supaya dapat permudahkan lagi urusan kita melakukan amal ibadah yang diperintahkan oleh Allah swt .. Itu jeklah fokusnya*

Perubahan ketara

Assalamualaikum. Pagini maq berkesempatan buka semua blog yang maq following. Puncanya ialah kerana maq dah jarang nampak mereka update post. Sekarang baru maq perasan yang kebanyakan dari mereka update post lebih kurang 2tahun lalu. Dan 2tahun itulah blog mereka sepi. Sihatkah mereka? Mudah mudahan.. Bila sebut 2tahun lalu ( 2015/2016/2017)  lebih kurang era tu lah kan , dunia blogging memang meriah sangat sangat.  Apa jenis post sekali pun tetap hangat mewarnai dunia blogging ini. Seronok sangat masa tu maq rasa. Macam macam jenis blog ada ,macam macam jenis entri ada . Sedangkan dalam rumah maq sendiri pun , semua orang ada blog , maqnie , farahin , ezaty dan aida , semua ada blog masing masing kecuali encik suami ,😅  " abang awak ajak berblog? Nak balas wasap awak pun abang tak sempat, lagilah nak taip entri ! " 😂 Walau bagaimana pun , antara kami berempat , yang masih kekal aktif hanyalah blog maqnie . Alasan mereka yang lagi 3 tu? TAK SEMPAT nak update ..

Roti telur bawang putih

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih diberi peluang menjalani kehidupan untuk harini. Semuga segala urusan kita harini dipermudahkan,aamiin.. Pagi ni maq buat sarapan ringkas berasaskan roti. Sejak dulu lagi ,kalau semua orang dalam rumah ini dah keluar seawal 6pagi dan tinggallah maq sendirian, roti adalah sarapan pilihan. Ingat ya , waktu sarapan yang elok ialah dari 7pagi hingga 9pagi. Sarapanlah walau hanya dengan sekeping roti dan setengah cawan air manis. Ini akan buat anda makan sedikit ditengah hari nanti. Lain lain kebaikan bersarapan awal pagi , sila rujuk google , haishh dasar lazy lady betul kan  #maafkansaya😂 Pagini roti pilihan maq ialah roti bawang putih telur. Macamana nak buat? Jom.. Beberapa keping roti. 3biji telur ayam (dikocak) Buttercup 2sudu (disapu atas roti) Sedikit Herba thyme. 2ulas bawang putih( ditumbuk + dengan telur) Roti yang telah disapu butter. Kemudian letakkan campuran telur +bawang putih pula. Lepastu taburkan herba

Label di dapur

Assalamualaikum.. Bila anak dara dah rajin duduk dapur. Apa yang maq bimbangkan ialah mereka berdua tu belum kenal lagi bahan kering 100% , haaa 😂. Pernah si bongsu buat air guna serbok koko kerana disangka milo. Pernah juga dia nak masukan horliks yang disangkanya serbuk perasa knors. Rempah sup , rempah rendang, rempah kari pun tak berapa nak kenal lagi. Aduhhai..risaunya maq. Nak tegur selalu nanti langsung tak nak kedapur budak tu. Lagi parahkan. Teringat sistem label pada setiap barang ! Kenangan ketika berkerja di Syarikat Mitsumi. Maq pun praktik kan didapur maq pulak kalini. Lihatlah hasilnya hehe. Haraplah usaha kali ini berjaya menarik minat anak anak dara maq rajin memasak. Walaupun hanya dengan masak roti telur jek , InshaAllah..

Iman dah pandai cemburu

Assalamualaikum. Bila setiap hari buat kerja yang sama seawal 7.30pagi hingga 7.00petang. Melayan keperluan anak asuhan dan cucu yang semakin membesar sambil sambil menguruskan kerjarumah,banyak hal yang kadang maq terlepas pandang. Ya , semenjak kehadiran Ainul , maq dah kerap sangat melayan karenah si kecil tu sehinggakan maq tak perasan tingkah laku maq sedang diperhatikan oleh sesaorang. Ini orangnya..Iman Anaqi. Maq jaga iman ketika usia iman belum lagi masuk 2bulan. Tahun 2018 dah hampir 3tahun dia diasuh dirumah maq. Pada awalnya ramai yang risau bila maq dah jaga ainul , iman akan bertindak diluar kawalan dan maq susah nak uruskan anak anak asuhan. Tapi alhamdulillah , iman tak pernah buat hal kat ainul ,malah setiap hari iman minta izin nak "sayang" kat ainul. Sejak ada ainul ,iman pun dah tak aktif macam dulul. Mudah diurus ,makan minum pun dah tak cerewet lagi. Bila maq suap makanan ,iman tak pernah menolak. Maq pun lega bila semua keadaan baik baik aja.

Zikir menjelang peperiksaan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.. Salam penuh kerahmatan dari Nya. Pagi ini ramai sahabat yang berkongsi zikir dan amalan bagi ibubapa yang mana anak nya bakal menduduki peperiksaan . Yalah sekarangkan dah musim periksaan. Bawah ni maq copy paste antara yang maq dapat dari group whatsapp. - Mak ayah yang ada anak nak tempoh peperiksaan Srai, upkk, upsr,pt3 dan Spm amalkan zikir ini kekuatannya dari asmaul husna.... (Rentetan perkongsian Ustzh Nurhafizah Musa, program di tg karang). kekuatan Asmaul husna. Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya.. 🌹Allahumma 1x Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x Bicara hati ,Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x 🌹Allahumma 1x Ya zohir 40x Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan  1x 🌹Allahumma 1x Ya Fatah 40x Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x 🌹A

Aurat yang kerap dilupakan

Assalamualaikum. Salam ukhwah buat pembaca yang dirahmati Allah. Sedikit perkongsian dari Ustaz Mohamad Haidzir mengenai aurat orang perempuan yang kadang kita terlepas pandang. Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara.. 1) Lengan adalah aurat. 2) kaki juga adalah aurat. 3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka menutup dada. Perempuan selalu alpa dua perkara.. 1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan. 2) tidak memakai stokin. Dan perempuan leka tentang dua perkara.. 1) aurat mereka adalah maruah mereka. 2) kecantikan bukan pada muka, tapi pada hati. Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia. "Perempuan" - Dia tengah tidur, tapi malaikat tulis dosa dia. Dia tengah solat, tapi malaikat tulis juga dosa dia.Dia makan, belajar, mandi, tapi malaikat tetap juga catit dosa dia.Dia tak buat apa2 pun malaikat tetap catit dosa dia. Ehh.... apa salah dia? Ohh, rupa2 nya byk mata sdg melihat

Sagu biji ,aiskrim vanila

Assalamualaikum. Hari minggu semua ahli keluarga maq cuti kecuali si bongsu terpaksa kena ke sekolah. Orang Johor kan sekolah pada hari Ahad. Harini parents ainul pun cuti , jadi dapatlah peluang kami semua berkumpul dirumah ini. Bila dah semua ada , apa kerjanya? Hehe tentunya makan, makan dan makan lah. Awal pagi meja makan sudah diserikan dengan roti canai berkuah dalca. Tengahari pulak Mee sup ayam menjadi menu pilihan utama. Maaflah takda gambar untuk dijadikan  bahan bukti sebab sibuk nak sediakan menu petang pulak tadi. Petang pula bila cuaca diluar panas bedenting ,maq pilih menu yang menyejukkan tekak. Iaitu ais krim vanila bersagu. Apa tu ? Ais krim vanila + sagu biji + susu cair + gula + jelly + ais. Cara sediakannya. Sagu biji  direndam  30 minit kemudian dimasak hingga pekat. Sejukkan. Susu cair dicampurkan gula ikut manis mana anda nak. Sejukkan jugak. Bila dah sejuk kesemuanya , ambil sagu biji , jelly , susu yang dah bercampur gula ,gaul rata . L

Daily Nutrilite

Assalamualaikum. Bila usia dah dalam perjalanan ke gerbang 50tahun pada tahun  depan, siapa cakap badan tak penat bila mengasuh ramai anak asuhan. Buat masa ni maq jaga 4orang sahaja. Ada orang kata " saya yang jaga anak dua orang ni pun dah serabai maq, apatah lagi maq yang sudah berusia ,jaga 4orang lagi. Nak urus rumah,masak,kemas,cuci baju, urus budak budak tu, tak letih ke maq?" Hehe bagi maq ,cara kita bijak atur masa akan jadikan kerja kita jadi lebih mudah. Setiap kerja kerja , maq akan ikut pada jadual waktu maq sendiri. Haa ingat budak sekolah je ada jadual waktu ? Pengasuh pun ada okey! 😂 Lagi pun ,maq tak ambil anak asuhan umur yang  hampir hampir. 2orang sudah bersekolah , seorang  3tahun dan Ainul yang paling kecil. Jadi masing masing ada kebolehan tersendiri. Contoh yang bersekolah tu ,maq perlu siapkan makan dan pakaian mereka jek ,lain lain mereka buat sendiri. Maq cuma pantau masa mereka supaya tak tertinggal oleh van sekolah. Yang umur 3tahun t

Kesan tukar link

Assalamualaikum.. Selepas hampir setengah bulan maq tukar link blog ini, ternyata viewer memang jatuh teruk. Benda ini awal lagi maq dah jangka sebab link maqnienurseri.blogspot.dah lama bersiaran  Kalau dulu 'silent readers' hampir 3-4kali ganda dari jumlah followers ,tapi sekarang ni views hanya tak sampai separuh dari jumlah followers. Maq redha? Ya ,pastinya. Harini jugak ,facebook maq deactive. Page pun dah tentu tak dapat diaktifkan lagi. Maq hanya aktif diblog,instagram dan whatsapp SAHAJA!  Doakan maq kuat ! Haha gurau jelah. Maq dah lebih fokus pada yang didepan mata dan fokus pada kehidupan yang 'kekal 'disana nanti. Inshaallah..doakan maq berjaya untuk impian ini.  Ya Allah ,hidupkan aku dalam iman,matikan aku dalam iman dan masukan aku kedalam syurgamu bersama sama imanku..aamiin³ ya robbal alamiin... " Orangtua hatinya rapuh. Kalau ketika mudanya hatinya sekeras waja ,bila dimamah usia hatinya sudah serapuh helaian tisu. Bila kecewa

Ainul belajar makan

Assalamualaikum. Bila dah 5bulan lebih usia ainul , tok mak dah berani bagi ainul belajar makan. Bukan bersuap tapi guna fruit feeder. Fruit feeder ni anak maq (ety) yang jual , jadinya senanglah nak dapatkannya kat mana. Fruit feeders Mungkin ianya berfungsi untuk makan buah buahan tapi kalini maq bagi ainul guna fruit feeder ni untuk makan biskut milna. Hehe kita buat dia!😂 Bawah ini antara langkah demi langkah maq ajar ainul makan. Mula mula maq sediakan biskut milna , botol susu yang berisi air masak , secawan air masak dan juga fruit feeder . Potong biskut kecil kecil. Maq potong 4. Cicah  ¼ biskut tu dalam cawan air masak. Tujuannya nak bagi ia lembut sikit nanti biskut senang nak dimasukkan dalam fruit feeder tu. Lihat gambar dibawah ini. Tekan je biskut dalam fruit feeder , siap ! Bila nak disuapkan ke mulut bayi,pastikan anda rendam sekejap puting friut feeder tu dalam cawan air masak tadi supaya biskut akan lembut sekata dan bayi selesa masa me

Puteri kedua

Assalamualaikum .. Harini ter...rajin pulak nak kongsi pengalaman jaga anak dara. Pelik kan? Macam nak menunjuk pulak dia ada anak dara . Eh ,tak baik buruk sangka... Hehehe Ety dilahirkan ketika Along berusia 15 bulan. Ye Along dengan Ety jarak setahun jek. Memang rapat. Puncanya maq tak reti macamana nak makan pil perancang keluarga lah haha nanti ada masa kita sembang pasal tu ya. Sekarang pasal ety dulu. Sejak lahir dengan berat 3.8kilogram , sampailah keharini , ety tak pernah slim. Badan tetap maintain 'rendang' bukan rendang daging ya , rendang tu kata kata lama gantikan  ayat perumpamaan ,tak tinggi ,tak katik , tak kurus kering ,tak gemuk gedempol , haha yang sedang sedang saja .. ( macam? Macam emak dia )😉 Masa ety masuk kolej kejururawatan, dia dah pandai melaram. Reti dah make up , pandai dah pakai kanta lekap ,duit alaun boleh kata 10% habis kat barang make up dia setiap bulan. Haish.. duit yang baki dihabiskan kat aktiviti kelas dan makan! Ya ,

Buaian Buat Ainul

Assalamualaikum. Salam 10Muharam . Selamat berpuasa bagi mereka yang sedang berpuasa sunat 10muharam. Semuga semua amalan kita harini Allah terima dengan sebaik baik  ganjaran. Aamiin.. Freshcare tu tok ayah punya tapi ainul pulak sorokkan celah double chin dia tu. Bila Ainul dah kerap sangat menyiarap dan kadang nangis sebab kepenatan, dan tok mak dah penat nak pusing dan pusingkan ainul setiap masa , akhirnya mentol kat atas kepala ni terpaksa ON ! Ting ! Yes! Tok mak akan ambil jalan termudah iaitu masukan ainul dalam buaian. Selongkar stor lelaju ! Sebenarnya sejak lahir ainul tak pernah tidur dalam buaian. Lagi pun kalau ikut syarat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat , dirumah pengasuh ,penggunaan buaian tidak dibenarkan sama sekali. Dan ramai anak asuhan maq memang tak guna buai untuk tidur. Susah? Memang susah bila nak tidurkan  mereka golek golek atas tilam macam tu. Tapi nak buat macamana kan dah syaratnya macamtu. Pengasuh kena banyakkan sabar dan teruska

Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Assalamualaikum. Bila masuk blog Mimi Azirah  masa blogwalking malam tadi , maq ada terjumpa satu giveaway yang beliau join. Hmm lama maq dah tak join aktiviti blogger macamni. Kali ni maq cuba join sebab ianya berkaitan dengan kecantikan. Orang perempuanlah katakan, setiap masa nak nampak cantik kan? Dan orang lelaki pulak sentiasa nak tengok perempuan dia cantik. Perempuan dia? Tentunya isteri dia lah hehe.  Give away tajaan Ana Suhana Klik link ini untuk ke giveaway tu ya. Kenapa nak kena join? Fuh hadiah dia memang berbaloi . Lagi pun maq memang pengguna setia produk safi . Nak tahu pasal hadiah lain lain. Klik  link bawah gambar tu. Maaf ,maq tak boleh buat backlink guna anroid ni , tak reti lah..😥 Semoga berjaya buat semua peserta !

Doa selepas Solat sunat subuh

Gambar hanya hiasan ٱلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللهِ وَبَرَكَاتُهُ DOA Selepas Solat Sunat Subuh عن أبي المليح واسمه عامر بن أسامة عن أبيه أنه صلى ركعتي الفجر وأن رسول الله صلى الله عليه وسلم صلى قريبا منه ركعتين خفيفتين ثم سمعه يقول وهو جالس : ( اللهم رب جبريل وإسرافيل وميكائيل ومحمد النبي صلى الله عليه وسلم أعوذ بك من النار ) ثلاث مرات Dpd Abil-Malih Amir bin Usamah dari bapanya bahawa dia solat 2 rakaat sunat subuh, dan Nabi SAW solat berhampiran dgnnya dua rakaat yg ringan, kemudian beliau dengar Baginda SAW membaca dlm keadaan duduk: اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَمُحَمَّدٍ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، أَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ sebanyak 3 kali. DOA tambahan utk pagi Jumaat وعن أنس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( من قال صبيحة يوم الجمعة قبل صلاة الغداة : استغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه ثلاث مرات غفر الله تعالى ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر ) . Dan dpd Anas dpd Nabi SAW bersabda: sesiapa yg membac

Syurga seorang isteri

KITA ISTERI YANG SERING ALPA. Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat. Terima kasih Allah. Terima kasih sayang ... Dari: Fauziah Hashim: Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja. Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya! Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesi

Sakit hati menyekat rezeki

SAKIT HATI ITU MENYEKAT REZEKI...!? Formula ini sangat bagus untuk dikongsikan agar membuka segala halangan pintu-pintu rezeki yang masih tertutup di kalangan rakan-rakan kita dan diri saya sendiri. Menyakiti dan disakiti itu Dosa..! Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah berdosa. Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga berdosa. Maka kedua-duanya rezeki tersekat. Tetapi kita tidak perasan hal ini bukan..? Kerana kita ada sengaja dan tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada lisan atau perbuatan. Sebab itu, dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya DOSA sesama manusia bebas berterbangan, tiada lagi bersarang.. Sering kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak. Ibu bapa berdosa, anak juga berdosa. Kerana apa..? Kerana Islam tidak ajar kita menyimpan rasa sakit, marah dan dendam di hati. Terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak tersekat. Menyebabkan h

Akal dah semakin bertambah

Taddaa..posing mengancam ! 😂 Dah berangan nak duduk  Assalamualaikum.. Bulan September 2018 ni , Ainul dah masuk 5bulan. Kalau dulu ainul cuma tau nangis bila haus sekarang ainul dah pandai tiarap. Dan tabiat itu kerap sangat sampai ainul letih nak tiarap terlalu lama .  Akhirnya bila dah penat ,nangis. Bila takda respond dari tok mak , ainul akan laga kan dahi ke toto yang bukan tebal sangat pun tu. Tentunya bila dah rasa sakit ,suara nangis semakin kuat dan tok mak pun terkejar kejarlah dapatkan ainul. Huhu bijak sangat tarik perhatian ye? Nampak orang keliling makan , ainul dah gelisah ,tak tentu rasa. Nak bagi makanan orang dewasa ,bayi seusia ainul boleh makan apa jek? Belum pun cukup 6bulan+ . Nasib ainul tak menangis meraung, sekadar merengek nakkan makanan  tu jek. Pernah tok mak cuba bagi biskut 'milna' cicah air susu , ainul pandai jek sedut guna friut feeder tapi mana mungkin boleh kerap bagi , ainul belum sesuai lagi. Sikit sikit aja boleh lah. Ha