Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Kenapa jadi macam tu?

Assalamualaikum. Bila cuaca mendung disebelah pagi hari ,ibu ibu gelisah. Nak jemur kain baju yang dah siap dicucikah  atau disimpan dulu? Silap gaya , kain baju kering sendiri dalam bakul , habislah .. Kenapa boleh kering sendiri? Yelah dari dok mikir nak jemur ke tak? Nak jemur ke tak ? Lebih baik masuk dapur dulu , kita memasak. Lepas bersilat masa memasak , berpeluh kan ? Yok mandi ! Lepas mandi dah wangi ,beberapa minit kemudian perut lapar! Apa lagi , yok  kita makan. Selesai makan, sementara tunggu azan zuhor , kita ambil pahala tidur disiang hari pulak. Tidur sekejap sebelum waktu zuhor yang dipanggil Qailulah . Perh..indahnya hidup . Krik krikk krikkkzzz.. Celik mata ! Matahari dah mencacak , azan zuhor dah kedengaran , alamak !!! Kain baju masih dibakul ??! Masatu baru tahu langit tinggi ke rendah. Tapi nak sedapkan hati. Ala , sidai hari ni bukan nak lipat harini pun , haha rileks sudahlah. Apakata solat zuhor dulu ,lepas tu baru sidai kain baju? Ala 

Pintu ke 7

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian dari group whatsapp yang ingin dikongsikan disini. Harapan semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita, Umat Nabi Muhamad s.a.w. _Rasulullah menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yg ke-7. _ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut. _"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya".- QS. Al-Furqan: 11. _"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". -QS. Al-Mulk: 7. _Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas). - QS. Al-Waqi'ah: 41-44. _Nabi Muhammad SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu persatu mengenai pintu-pintu neraka tersebut. _"Pint

Perangai kita hak kita

Assalamualaikum... Pagi minggu yang lemau bagi maq. Dah dua hari demam selsema. Haaa banyak buat dosa lew tew , 😆. Mestilah, nama pun dunia akhir zaman, mana ada manusia yang sempurna,yang terlepas dari buat dosa. Sebab tu kata ustaz ,bila sedih atau sedang kecewa ,jangan sesekali cakap:  " ya Tuhan , apalah dosa aku semua nya jadi macamni " Haaa rupanya cakap macam tu pun dosa tau! Hello , kau fikir kau malaikat? Takda buat dosa? Tak payah tanya lah apa dosa kau ,cukuplah kau terima apa je dugaan yang datang dengan redho. Kalau maq pulak , bila maq diduga dengan dugaan dugaan kecil ,maq akan kata dalam hati. " ya Allah ,kalau yang datang ini adalah yg terbaik dari Mu untuk aku, aku redha ya Allah.. 😭 "  Lepas tu mestilah meleleh airmata sayu, air mata keinsafan ,air hidung , air mata air , lahai jiwa makin sentimental sekarang ni hehe. Dulu ! Ya dulu maq seorang yang sangat sangat nakal! Sejak dari zaman kanak kanak, remaja hingga lah dah beranak

Tok mak yang jenis kalut

Assalamualaikum. Ada orang kata ' maqnie tu perangai tah apa apa. Cucu sorang pun nak belagak,macamlah dia sorang je yang ada cucu. Biasaaaaa diaaaa..😁 Haha memang pun !!! Sejak ada cucu, memang macam macam perangai maq sudah keluar. Bukan sebab maq sorang dah ada cucu , korang tanyalah nenek nenek lain , siapa tak sayang cucu dia uiii ! Walau perangai cucu macam hidupan liar sekali pun , atok nenek tetap akan kata : " tu cucu aku lah tu ,anaknya sipolan " Tapi bagi diri Maq pulak bukan sebab perangai cucu ,maq nak jadi macam macam ,tapi disebabkan maq jenis over thinking ! 😂 Pernah pada usia Ainul 3bulan lebih,maq bawa dia kemajlis undangan kahwin. Disebabkan maq nak makan , ada seorang petugas ( perempuan dalam lingkungan usia awal 40an )  nak tolong pegangkan Ainul. Kalau kat Johor ,kami panggil petugas tu " orang kendarat " ,tapi kat tempat lain maq tak pasti. Nak jadikan cerita ,maq pun bagilah Ainul untuk didukung oleh petugas tersebut. Ma

Manusia yang pentingkan diri sendiri

Assalamualaikum. Selamat pagi, maq nak luah kan apa yang terpendam selama ini. Harap semua ini boleh dijadikan panduan pada anda diluar sana. Mungkin pada orang lain ini masalah kecil tapi pada maq dan ahli keluarga ,masalah ini kami hadap dah hampir nak 20 tahun. Hanya disebabkan perangai manusia yang lebih pentingkan diri mereka sendiri. Semalam along kena demam panas . Beliau balik kerumah maq untuk diurut oleh adik beliau ( ety) . Tapi malangnya bila beliau dah siap siap nak balik untuk keklinik , kereta along telah diblock oleh sebuah kereta. Dimana kami tak tahu kereta itu milik siapa. Tanpa apa apa petunjuk untuk kami hubungi ,kereta itu tersadai disitu membeku. Ini jalan dibelakang rumah maq. Kenapa along parking belakang ? Cuba lihat jalan dihadapan rumah kami pula. Lihat saja , kereta encik suami diblock oleh dua buah kereta milik jiran kami. Dan kereta kereta ini dimiliki oleh satu keluarga yang sama. Kenapa masih ada manusia seperti ini ditempat ini ya. Ham

Manusia.

Assalamualaikum. Maq pernah ditanya, 24jam duduk rumah sejak lepas kahwin ,layan anak anak , layan suami ,buat kerja rumah yang tak pernah habis , takada gaji ,takda cuti sakit ,takada cuti umum ,takda jumpa kawan kawan sekerja ..maq tak bosan ke? Hehehe inilah manusia. Mana pernah nak fikir yang positif. Lebih lagi tentang kehidupan orang, sangatlah mereka perihatin tapi tentang diri sendiri tak mahu pulak diambil peduli. Bila  diajukan soalan seperti diatas tu,jawapan maq senang aja, " hari hari makan , bosan tak? Kalau dah mula  ada rasa bosan untuk makan , banyakkanlah amalan , lebihkan kepada amalan akhirat , lupakanlah semua kisah dunia ini,kerana penghujungnya makin dekat" 😂 - mesti lepas tu dia takkan tanya maq pasal bosan ke tak bosan lagi haha. Jika anda kata tepi laut itu tenang. Jika anda anggap lereng bukit itu tenang. Jika anda bangga jalan berjimba dengan kawan itu tenang. Semua itu bukan bagi maqnie.Pada maq , tiap nikmat Allah beri selama ini

Kuih Bulan versi halal

Assalamualaikum. Minggu ni ,dah masuk minggu kedua anak sulong maq jual kuih bulan homemade. Buat sendiri ? Ya ,beliau adun ,uli, terap dan bakar sendiri sambil dibantu suaminya. Namun ramai yang bertanya. " Maq , macamana rasa kuih bulan tu?"  Payah nak kabo sebenarnya sebab tekak dan selera manusia tu berbeza beza. Tapi maq cubalah bagi clue ,kot citarasa kita serupa hehe.  Untuk emak dia, diisi dengan 2biji kuning telur masin huhu Pastrinya ( lapisan luar ) rasa seperti kuih kek lapis sarawak tu ,ada lembab lembab sikit, tapi  pastri kuih bulan tak berapa manis kerana dia hanya adunan tepung yang dicampur sedikit  gula hangus ,minyak masak dan beberapa bahan lain yg kemudian dibakar sebanyak 2kali. Intinya  pula mengikut pada citarasa yang kita nak. Macam maq, maq suka inti kacang merah bersama telur masin (kuningnya sahaja)  1biji kuih bulan diisi dgn sebiji kuning telur masin yang telah dikukus. Untuk sebiji kuih berat intinya hampir 100gram k

Koleksi gambar Ainul

Assalamualaikum. Untuk beberapa hari ni idea tok mak kosong. Tok mak buntu. Tak tahu nak luahkan apa kat blog ini. Kata orang lagi kuat bebel ,lagi banyak kita buat silap. Tok mak tak nak hasil kerja tok mak akan beri kesan negetive kepada orang lain. Kadang tu, lain yang ditaip , lain pula sangkaan pembaca. Gawatkan ? Lagi pun rutin harian tok mak dah menyekat aktiviti blogging tok. Namun ainul jangan risau. Sebelum tidur malamni , ada satu hasil kerja dari galeri fon tok mak. Tadda.. Hehe macam dah takda kerja lain kan? Kata mak usu " mak ni kan ..macam dia sorang ada cucu laaa.." Tapi tok mak buat derk jek, peduliklah mak usu nak kata apa, 😂 . Bagi tok mak , Ainul merupakan  anugerah terindah dari Allah untuk keluarga kita. Alhamdulillah. 💕

Anak sulong perempuan 4 generasi

Assalamualaikum. Ada kisah menarik mengenai kehadiran Ainul Mardiah dalam keluarga kami. Jika anda semua nak tahu , Ainul merupakan pewaris anak sulong perempuan ke empat dalam keluarga maq. Macamana tu ? Okey cerita dia macamni. Ibu maq ( Puan Jamilah ) dilahirkan sebagai anak sulong perempuan pertama oleh mak tok ( puan Hajah Fatimah Bt Mohd Saleh ) bawah ini gambar mereka anak beranak. Ibu dan Mak tok. Jarak usia mereka 16-17tahun. Macam adik beradik kan? Ibu adalah anak sulong bagi Puan Hajah Fatimah Mohd Saleh. Kemudian bila maqnie dilahirkan pada tahun 1969 , maq pun jadilah anak perempuan sulong bagi ibu dan abah. Diberi nama Noraini  Rokani. Dibawah ini gambar kami berwefie pada 2017. Tuhan jagakan dia.  Jarak usia kami 18 tahun. Maq anak sulong puan Jamilah Ismail. Bila maq bernikah pada tahun 1993 bersama cinta hati Encik Osman  ,lahirlah along ,anak sulong perempuan kami yang diberi nama Nur Farahin Izzati. Ketika tu korang kiralah umur maqnie berap