Assalamualaikum. Ainul berumur 4bulan pada 4.8.2018 nanti. Lagi seminggu lebih kurang lah kan? Cepatnya masa melangkah meninggalkan kita. Semuga Allah permudahkan semua urusan kita ,baik urusan dunia mahu pun urusan akhirat. Aamiin , Terima kasih Allah. Bawah ini antara video video harian Ainul ketika berumur 3bulan. Tok mak lebih suka ambil video sebab Ainul agak aktif dan tok mak susah nak snap gambar Ainul. Kalau dapat ambil mesti gambarnya tak jelas. Sebab tu di instagram tok mak banyak video Ainul berbanding gambar. Nanti kalau ainul dah pandai fokus skrin fon , kita update gambar banyak banyak pulak okey? Video atas ini ketika mama dan ainul baru balik dari klinik. Masani ainul baru lepas kena sunat. Lahaiii..sakit. Ainul nampak sopan je huhu..tahniah Ainul , tahniah mama ,papa sebab dah jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Ainul dah sunat ,yey 😂 Pada umur 3bulan , Ainul dah pandai berinteraksi dengan orang keliling. Kenal dah mana satu mak ngah ,mak usu ,mam
" Sejenis emak emak yang suka membebel beri nasihat,berpesan pesan dan menyayangi kerana Allah"