Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Ainul 3 bulan

Assalamualaikum. Ainul berumur 4bulan pada 4.8.2018 nanti. Lagi seminggu lebih kurang lah kan? Cepatnya masa melangkah meninggalkan kita. Semuga Allah permudahkan semua urusan kita ,baik urusan dunia mahu pun urusan akhirat. Aamiin , Terima kasih Allah. Bawah ini antara video video harian Ainul ketika berumur 3bulan. Tok mak lebih suka ambil video sebab Ainul agak aktif dan tok mak susah nak snap gambar Ainul. Kalau dapat ambil mesti gambarnya tak jelas. Sebab tu di instagram tok mak banyak video Ainul berbanding gambar. Nanti kalau ainul dah pandai fokus skrin fon , kita update gambar banyak banyak pulak okey? Video atas ini ketika mama dan ainul baru balik dari klinik. Masani ainul baru lepas kena sunat. Lahaiii..sakit. Ainul nampak sopan je huhu..tahniah Ainul , tahniah mama ,papa sebab dah jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Ainul dah sunat ,yey 😂 Pada umur 3bulan , Ainul dah pandai berinteraksi dengan orang keliling. Kenal dah mana satu mak ngah  ,mak usu ,mam

Alat make up Ainul

Assalamualaikum. Ainul ada barang make up? Hehe selalu lepas mandi , tok mak akan dandankan ainul dengan macam macam produk. Macam baby lain juga, Ainul ada beg make up peribadi. Apa ada dalam beg tu? Lihat bawah ni. Ini adalah barang keperluan ainul selepas mandi. Krim seba med , vicks ,minyak telon ,balm bawang putih, putik kapas dan peralatan penyedut hingus. 1- Krim seba med tu berfungsi untuk kulit ainul yang kadang melecet di pelipat pelipat beliau. Tak perlu disapu terlalu kerap , bila merah , sapu jek lepas mandi , pada mandi seterusnya dah tak perlu disapukan lagi.  Itu cara maq , penggunaan krim jangan terlalu kerap dan jangan terlalu tebal , kerana kulit baby sensetive. 2- Vicks  hanya digunakan bila cuaca sejuk sangat ( hari hujan atau hari hari hujan ) serupa lah tu , 😆. Sapu diperut , belakang badan dan dibetis serta tapak kaki. 3- Minyak telon memang kegunaan pelengkap bila tukar lampin pakai buang. Lepas mandi kah ,lepas ukk ukk kah , tukar selepas b

Parents itu majikan?

Assalamualaikum ... Alhamdulillah , ditambah sehari lagi usia kita. Harini apakah dipanjangkan sehari dan kita diizinkan bertemu esok ? Waallah hua'lam , Allah je yang maha mengetahui. Sebagai seorang pengasuh, rutin harian setiap  hari adalah sama namun perubahan anak anak asuhan yang kian membesar akan menjadikan kerja asuhan jadi kepada bermacam macam kerja. Kalau yang dulunya baby lepas pantang cumanya tahu baring dan menyusu , selang beberapa bulan ,dia sudah pandai menyelar kesemua sudut rumah , kemudian merangkak , memanjat , berdiri dan berjalan dan kemudian berlari. Proses ini dah jadi satu pusingan hidup seorang pengasuh. Tapi janganlah tanya - penat tak ? Pasti jawapannya anda pun tahu jika anda ada anak. Ada orang menganggap : Parents itu majikan,Pengasuh itu pekerja! Dengan itu pengasuh wajib kena ikut semua arahan parents demi kebaikan anak anak mereka. Buat je apa yang parents suruh buat sebab kerja kerja itu akan dibayar. Jangan nak cuti selalu ke

Perkongsian tentang emas.

Assalamualaikum. Entri kali ini Maq kongsi untuk kita sama sama dapat ilmu yang mana boleh kita guna pakai dalam kehidupan dan  dimasa akan datang sebagai seorang muslim. Sejujurnya maq pun baru tahu tentang hal ini. Dan persoalan tersebut telah pun dibincangkan oleh sahabat sahabat    bersama Ustaz dikelas muslimah Taman Bukit Perdana . Anda mampu menilaikannya selepas  membaca entri ini. Kan? Mudah mudahan , inn shaAllah .  Sebagai hiasan SOALAN. ( Baru tahu haram trade in emas dan tambah duit trade in beli emas baru, hukumnya haram ada syubhah riba,  klu nak beli emas baru kena jual dulu, dan pegang dulu duit emas yang dijual tadi dan baru boleh beli emas baru. Hukumnya haram trade in emas ambik emas baru tambah duit sebab ada riba dekat situ. Terima kasih yang  berkongsi ilmu ). Betul tak kenyataan ini ? Mohon ustaz bagi pencerahan, jazakumullahukhaira ... JAWAPAN بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعد. 1. Perlu

Ainul kaki movie?

Assalamualaikum.. Sekali lagi cerita tentang ainul dipost blog ini. Ketika ainul baru masuk 3bulan haritu , tok mak dah dapat rasa , ainul dah tak sesuai pakai lampin pakai buang saiz M , kerana bila pakai , peha ainul akan berbekas bekas merah, tok mak tak nak peha ainul melecet. Ianya sendat dan agak padat. Jadi ,mama dan papa kenalah beli lampin pakai buang bersaiz L untuk ainul. Dengan menggunakan jenama drypers , ainul lebih selesa dengan saiz L tersebut. Mama ainul suka pakaikan ainul baju jenis romper . Dan ketika usia 3bulan ni , ainul dah tak muat romper saiz 3-6months , tapi lebih selesa dengan saiz 9-12months. Selalunya kesulitan pada peha ainul yang gebu gebas tu. Dan bila pakai baju saiz 6months , ainul akan merengek tidak selesa. Ainul kaki movie ? Buktinya kat video diatas ini. Anda boleh nilaikan apa yang maq cuba sampaikan dalam post kali ini. Membesar dengan sihat ya sayang...

Nombor 49

Assalamualaikum... Alhamdulillah ,hari ini 7Julai 2018, sekali lagi Allah bagi maq ruang usia untuk merasakan  semua nikmat pemberianNya. Semua mendapat penambahan usia yang bermanfaat. Ucapan , doa dan ingatan yang tulus ikhlas dari insan yang mengenali diri maq ,sangat mengharukan naluri ibu tua ini. Sungguh tak disangka , semakin meningkat usia tua , semakin ramai yang sudi ingat tarikh lahir maq. Dan sudi mendoakan lagi. Lebiu lah , 😊 Apaa ?? Tua ???? Sikit tua lah. Maq kan hamba Allah yang tak pernah nak mengaku dah tua banyak! Aduh masalah betul kan , 😂 Alhamdulillah , biar pun ustaz pesan  ,buatlah perubahan pada usia 50 tahun . Tapi kalini maq dah nekad , maq nak berusaha pada usia 49 tahun. Dan keputusan adalah muktamad ! InshaAllah ! Yakin boleh Maq ! Yes ! Sebelum tu , apakata kita dengar pesanan pesanan dari ustaz dalam video dibawah ni. Banyak hal yang disentuh semata mata nak jadikan kita seorang hamba Allah yang berjaya  dalam meniti usia 50 tahun ,

Ainul 2 bulan

Assalamualaikum. Minggu ni ainul dah masuk bulan ke 3 disamping tok mak. Masa buat pemeriksaan bulanan , berat ainul dah mencapai pra obes , dah ke angka 7.6kg ,Allah hu padanlah bila mandikan ainul tok mak dah tak boleh tahan lama lama ,lengan cepat lenguh ,😅. Kalau baby lain sebelum sebelum ni , tok mak akan ajar diaorang berenang dalam tab baby tu tau. Tapi part cucu sendiri , tok mak dah tak berdaya dah hehe i am sorry..tok dah tua 😂 - hampir dah sedar diri tu ! Haha Umur 2bulan lebih pun  Ainul dah minat tengok katun. Katun kegemaran ialah upin ipin ,betul betul betul ! Tok mak share aksi ainul tengok katun upin dan ipin tu ya? Jangan pandang belakang situasi rumah tu sebab kata mama ainul , masa tu mama sedang bersilat ,lepas balik dari kerja , dan papa dengan ainul sedang seronok menonton. Nota tok mak : semua kisah ainul tok mak kongsi cuma diblog ini , publish hanya diblog ini. Tok nak ainul baca bila ainul dah boleh baca nanti, 😘 Masani ainul memang tengah

Ainul dah tumbuh gigi ?

Assalamualaikum. Bila sembang kisah Ainul. Tok mak memang teruja sangat. Apataknya , selain ainul tu cucu pertama tok emak dan tok ayah, ainul juga peneman kami dirumah ini diwaktu mama dan papa pergi kerja. Kawan ketawa ,kawan bercakap ,kawan selfie ,sikit hari nanti , kita jadilah kawan gaduh pulak kan? hehe . Ainul suka dengar tok mak membebel Kalau kat akaun  facebook dan instagram tu dah takda muka orang lain dah , semadang muka ainul jek.  Tok mak update hampir setiap hari. Mungkin kawan kawan alam maya tok pun dah naik muak , tapi apa tok mak kisah ? Tak pun. Update gambar cucu jek pun ,bukan tok mak bergossip atau membawang . Tak salah rasanya kan. Habis tu siapa yang salah ? Entah ler , tok mak lah kot sebab  asyik asyik dia , asyik asyik dia.. Nak buat macamana dah dia jek ada depan mata tok mak setiap masa. Kalau lah depan tok mak ni ada Aiman Tino ,mungkin muka aiman jeklah yang akan di updatekan pulak , 😂 Tempohari ada pengalaman pelik  yang dah buat kami

Ainul kena tahan semula?

Assalamualaikum. Ini entri kedua tentang kisah Ainul Mardiah dalam pantang. Ketika post ini dikongsi , Ainul Mardiah dah pun berusia 3 bulan. Dan tok mak dah pun jaga ainul sebab mama dah mula bertugas. Pada hari ainul dan mama diarahkan keluar dari hospital (ward 10 ) , ainul tiba tiba demam. Mama hantar video ainul yang demam tu . Hati jadi sayu. Sah ainul kena demam panas dah tak dapat keluar lagi dari hospital. Petang tu  ( petang khamis ) mama dah siap siap kemas barang untuk balik tapi ainul pulak kena pindah ke wad 7. Tok mak nampak wajah kesedihan mama ,dan tok mak pun rasa sedih tu tapi nak buat macamana , ainul tetap kena pantau oleh doktor . Ketika ainul ditolak dalam katil baby ke wad 7 , ainul menangis , tok mak pun nak menangis tapi demi mama ,tok mak kena tahan airmata tu.  Mama sedang lemah waktu tu , memang sangat sangat lemah. Suara ainul makin sayup dan hilang bersama langkah papa dan puan misi. Apa yang tok mak cakap kat mak usu . Anggap jek ainul masu

Kerana nila setitik ,rosak kerjaya kami

Assalamualaikum. Yok makan kuih raya yang masih berbaki ni. Karang tak dimakan ,lemau pulak dia dalam balang tu. Sambil tu kita borak borak pasal masyarakat sekeliling kita okey ? Kuih raya keras keras jek ni Sejak kebelakangan ini , kerap pulak kita dengar kes dera yang disebabkan oleh pengasuh. Baru baru ni melibatkan kes kematian , Nauzubillahiminzaliq.. Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang pengasuh jika kita tidak kuat mental dan fizikal. Anak anak kelahiran dunia akhir ini sangat menduga. Jika kita ni jenis orang yang kurang tahap kesabarannya , janganlah bercita cita nak jadi pengasuh. Itu pesan maq. Zaman serba serbi nak bersaing ,ramai ibubapa muda yang nak berkerja dan meletakkan anak kecil mereka dirumah pengasuh. Ada beberapa panduan yang nak maq kongsikan sebagai langkah keselamatan anak anak. - wajib kenali siapa bakal pengasuh anda itu. Latar belakang dia. Siapa ahli keluarga mereka. Kerana anak kecil tidak sesuai membesar dirumah yang bermasalah. Ri