Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Ainul Mardhiah Cucu pertama

Assalamualaikum. Kalini maq nak kongsi perjalanan Ainul Mardhiah dari hari pertama dilahirkan hingga habis pantang ( 44hari ). Semua hasil idea ini hanya untuk tatapan Ainul Mardhiah bila beliau dah besar nanti. Ainul Mardhiah ..awak adalah cucu pertama Tok Emak dan Tok Ayah . Kami semua sayang awak ... Ini gambar pertama Ainul. Papa hantar ke group whatsapp family. Masa ni airmata kesyukuran je mampu terluah. Dalam hati beribu ucapan Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah... Terima kasih Allah.. Mesti Ainul nak tahu , Kenapa mama  kena operate? Bila dah lebih 9bulan dalam kandungan , pada 3hb April ,mama  sudah "bleeding" tapi jalan tak bukak lagi. Masih jauh. Doktor doktor KKM dan doktor pakar dah buat scan berkali kali dan akhirnya keputusan diperolehi. BABY BESAR ! maybe 4kg or more ! Allah hu..sejarah kini berulang. Kalaulah betul baby 4kg , makanya kelahiran serupa bagi mama ainul sebab beliau pun dulu lahir dengan berat 4kg ! Dan kelahiran adalah N

Kena hati hati bila buat andaian

Assalamualaikum. Alhamdulillah ,sekejap jek dah ramadhan ke 7. Ada orang makin cepat ramadhan berlalu , hati dia makin sedih sebab hanya dalam bulan Ramadhan jek mereka dapat pelbagai ganjaran pahala yang berlipat ganda. Sebab bulan Ramadhan adalah bulan teristimewa bagi semua umat Islam. Tapi ada orang nak cepat habiskan ramadhan sebab dah tak tahan nak beraya ,nak makan kuih raya sedap sedap , nak dapat duit raya banyak banyak. Siapakah orang orang tu ? Mestilah kanak kanak , kalau orang tua macam tu , anda nilaikanlah sendiri , maq bukan pakar dalam hal ini . Maafkan saya  , 😂 Pagini disebabkan takda nak buat sarapan , makanya maq rajinkan jari jemari ini untuk aktiviti mengemas pulak. Orang perempuan kan ,mana ada istilah duduk diam, tengah mandi pun boleh basuh bilik air , tengah cuci baju pun boleh kemas rumah. Haha ni cuci guna mesin boleh lah belagak. Try guna tangan ,memang  taklah kot. Masa kemas laci peribadi ,maq terjumpalah sehelai kertas hak milik peribadi. Lama d

Pendidikan awal kanak kanak

Assalamualaikum. Salam ramadhan hari ke 6. Syukur Alhamdulillah ,kita telah diberi peluang untuk berpuasa lagi , diberi peluang menginsafi diri tentang kepayahan orang yang kelaparan. Diberi peluang kerehatan kepada sistem dalaman tubuh badan setelah 11 bulan bekerja tanpa henti siang dan malam. Serta diberi peluang mendapat ganjaran pahala yang berganda dibulan mulia ini. Terima kasih Allah. Harini maq nak kongsi pendapat maq tentang didikan awal berpuasa kepada anak anak. Ramai dikalangan ibubapa terlalu rajin mengajar anak mereka berpuasa seawal usia 4tahun pun ada. Kalau umur 5,6tahun tu hal biasa dah kita jumpa. Kadang anak anak ini dijanjikan dengan macam macam hadiah kalau berpuasa. Dengan alasan , nak melatih anak.  Betul ? Sebenarnya terfikir diminda ini , kenapa ibubapa beria nak suruh anak kecil berpuasa sedangkan kejadian itu kadang diluar kemampuan mereka? Dan pada maq , dari melatih mereka berlapar , lagi baik latih mereka solat dulu. Tak solat tak boleh keluar ma

Kena perli dengan sahabat

Assalamualaikum. Ramadhan ke 4 . Alhamdulillah. Bila maqnie dah busy dengan tanggungjawab , pada maq takkan mungkin ada siapa siapa ambil peduli tentang kehadiran maq dalam kelompok kawan sekolah. Rupanya "ponteng" maq  masuk group sudah dikesan oleh admin besar, huhu. Tengoklah ni perbualan mereka. Niat asal nak menyakat mereka berdua tapi .. Ayat makan tuan lah pulak.  Adehh.. Hehe Ini perbualan ringkas penuh makna dari group sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan Koris. Dulu masa sekolah , cikgu kata kami ni orang Korea - Koris ditukar kepada Korea. Hehe saranghae lah cikgu ,tapi bila ada murid yang terlalu nakal , cikgu kata , biarlah awak duduk dipekan kecil seperti Koris ini tapi perangai awak jangan lah macam perangai puak Quraish..Allah hu ..gurau kaso cikgu kami kan . Tapi kami cool jek ,takda pun nak sentap hati atau nak pasang niat untuk calarkan kereta kereta cikgu kami masatu ,😂..

Pengalaman pertama

Assalamualaikum. Hamboi ,lepas naik pangkat terus senyap sunyi blog nya ye? Hehe maaflah kalau sebulan dua ni maq lebihkan fokus pada dunia realiti berbanding alam maya ini. Pengalaman pertama telah menyuntik semangat wanita berusia 49 tahun ini untuk kekal bertenaga demi keluarga. Apakah pengalaman pertama tersebut? "Ya , menjaga anak sulong dalam pantang" Seperti biasa ,menjaga orang dalam pantang  yang bersalin cara oprate banyak hal yang berbeza dari menjaga orang yang bersalin normal. Tiada urut , tiada jamu ,tiada bertangas , tiada bengkung yang perlu dililit diperut dan pinggang , tiada makanan untuk lancarkan pengaliran darah kecuali masakan singgang dan ikan bakar bersama air asam , ikan kukus , sawi rebus berhalia , pegaga goreng ikan bilis dan sambal lada hitam. Menu lauk berubah bila dah masuk hari yang ke 30 hari. Bila jahitan dah pulih fizikalnya 100% ,maq baru bagi beliau masakan berasas ayam dan masakan bergoreng menggunakan minyak yang sedikit. Namu

Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian dari group whatsapp menjelang kehadiran Ramadhan pertama pada hari ini. Mari baca dibawah ini : Tips Ramadan Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa; 1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypothalamus (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. 2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu. 3. Jangan lewatkan solat maghrib. Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar...... 4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, bua